Seronoknya!!!

Tak dapat nak aku gambarkan perasaan seronok yang teramat sangat. Semua pun pelik tengok aku lain macam jerk. Tak terkecuali gak ada awek-awek yang usya aku sambil tersenyum-senyum. Seronok kerana bulan yang aku nanti telah tiba. Bulan Ramadhan. Aku tak tau la kenapa aku rasa seronok sangat menunggu kehadiran Ramadhan. Dan bila tiba Syawal aku agak sedih meninggalkan Ramadhan. Si Lan gelakan aku, "Iye ke ko seronok tunggu Ramadhan?" Cis! Lan... "Ko pandang 'step' dengan aku yer..." Kami berdua tergelak...

Kepada semua umat Islam aku dengan Lan mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang Mulia. Marilah kita bersama-sama menunaikan Rukun Islam yang ke-3 ini. Semoga hidup kita lebihi dirahmatiNya.