Aku Merindui Mu.

"Assalamualaikum" "Wa'alaikumsalam" "Ha, sebelum terlupa, Bob kem salam kat awak." "Wa'alaikumsalam.... Joe dah makan?" "Makan? Belum kot...?" "Eh? Boleh kot-kot pulak." "Kenapa? shah nak saya temankan makan ke? Boleh jerk... Layan...." "Tak de la.. kalo Joe belum makan, kita pi makan dulu... Saya nak bawak Joe temankan saya balik kampung." "Wow! Apa kes ni tetiba jerk?" "Heee~ bukan sekarang la... Minggu depan." "Owh... Tapi apa kes nak ajak saya pulak?" "Saje nak buat teman balik kampung. Tak sudi ke? Kampung I ayah I ada dusun buah." "Hek elleh... Nak suruh saya panjat pokok durian ke? Giler kentang... Mana ada orang panjat pokok durian... Heee~" "Hek elleh dia ni... macam orang tak tau pulak yang pokok durian tu tak perlu dipanjat... Buah dia jatuh sendiri ar... Buat lawak spastik pulak dia ni..." "Ok-ok... sekarang ni kita nak kemana?" "Awak ikut jerk la... Bukan saya nak colek awak pun... Tau ar hensem... Takut sangat orang colek dia" "Hensem? Shah ni buta ke apa? Muka macam tembok ni Shah kata hensem... Hmm... tak de maknanya...." Kami berdua tergelak....

"Eh? Nak ke jalan TAR ke?" "Ha'a... Nak beli kain untuk bagi kat mak untuk buat baju. Saja je ajak kawan kesini." "Oh..." Pelik la pulak minah ni... Dah la tiba-tiba nak ajak aku balik kampung dia... Hurm... serabut la pulak otak aku memikirkan benda ala ni... Jangan mak ayah dia ingat aku ni bakal menantu dia udah le... Uh...nak jawab apa untuk soklan yang membunuh tu.... "Cik abang... kita dah sampai yer... Berangan nampak... Ingatkan buah hati ke?" "Ha? Mana datang buah hati? Buah durian ada ar kat kedai depan tu..."

"Mak suka warna apa?" "Ala... orang tua ni tak kesah... Janji sesuai dengan kulit dia udah la... Nanti belikan warna macam orang muda bukannya dia nak pakai." "Owh... Kalo gitu shah tolong pilih kan saya satu gak la..." "Uits? Untuk sapa? Untuk permaisuri awak ke?" "Ha'a untuk buah hati saya." "Owh... dah ada buah hati dah rupanya... Kenapa tak habaq awal-awal?" "Tak pe... Nanti ada rezeki saya kenalkan dengan buah hati saya." "Dia ada kat KL ni ke?" "Tak lah. Dia jauh di selatan tanah air..." "Owh... Dia suka warna apa?" "Hmmm... dia tak kesah... saya suka warna hijau... so... saya nak dia pakai warna kegemaran saya." "Owh.. ok..." Tapi kenapa air muka dia ni berubah bila aku cakap aku ada buah hati? Hmmm... Kira menjadi gak la taktik aku... Heee~ nasib ko la shah... Bukan aku sengaja....

"Joe... Jom kita minum kat sogo jom?" "Jom." Senyap jerk si Shah ni... Kenapa ek? Tadi bukan main bercakap... Hurm... Sogo pun ramai orang gak... Sesak kat KL ni... Lemas aku... "Hurm... Joe dah lama ke kenal buah hati Joe tu?" Eh? Apa kes ni tetiba tanya pasal buah hati aku pulak? "Dah lama gak la... Kenapa?" "Dia kerja apa kat Johor tu?" "Dia setakat buat kuih antar kat kantin sekolah jerk. Nanti saya nak bagi kain ni, saya ajak la awak ke Johor tu..." "Dia tak jeles ke?" "Tak... Dia open-minded... Don't worry." "Eh, yang awak tu pulak tiba-tiba diam jerk. Kenapa? Tadi bukan main bercakap." "Mesti buah hati awak tu cantik kan? Sepadan dengan awak yang hensem ni." "Cantik la gak. Tapi senyuman dia yang saya suka. Senyuman dia membuatkan hati saya tenang." "Joe~ boleh saya tau? Ciri-ciri perempuan yang awak suka untuk awak jadikan bakal isteri?" "1st sekali dia kene tau hormati saya, then, dia mesti leh senyum. Kalo leh biarlah menutup aurat. Itu jerk" "Owh..." "Pada saya, kalo dia boleh hormati saya bermakna.. dia mesti lah boleh hormati kedua orang tua saya. Then, senyum tu... maknanya... kalo saya penat, marah atau kusut-kusut pasal kerja... cukup la saya tengok senyuman dia dan boleh memberikan ketenangan dalam hati, diri, pikiran dan jiwa saya. Menutup aurat tu... Bukankah benda tu di tuntut oleh agama kita. Lagi pun saya suka kalo perempuan tu menutup aurat. Dan saya saya lagi suka kalo dia pakai mini-telekung atau pun tudung yang labuh atau pun tundung yang besar macam Wardina pakai tu... Itu jerk yang saya cari." "So... Joe dah jumpa la orang nye?" "Dah... I sayang sangat dengan dia." "Eh... dah nak hujan la, jom saya hantar awak balik." "Ok" Apa kene dengan minah ni? Pelik jerk...? Buah hati aku yang aku maksudkan tu bonda ku yang tercinta la.... Apa la yang ko pikir tu shah? Hmmm~~~ Apa khabar bonda kat rumah tu... Aku merinduimu bonda.