Haram

Semakin hari semakin penat, semput, lelah dan lesu dengan tugasan hari di kota besar ini. Terasa alangkah bahagianya hidup jika sekarang ni dapat mendengar bunyi burung berkicauan  dan air sungai mengalir tenang. Syahdu je rasa bila terkenangkan zaman kanak-kanak. Melalut pulak aku ni. Kerja banyak giler~ ni. "Joe, jom gerak." "Mana?", Aku macam terasa blur pulak. "Meeting la~" "Ok, jom." Macam mana aku boleh terlupa yang aku ada meeting hari ni. 

"Arghh...~ Dah 5.30 p.m. Terasa macam dah lewat pulak. Joe, jom kita ngeteh jap." "Uh? Ko tak nak terus lambung ke bang?" "Aku malas la nak balik sekarang. Pagi tadi aku datang dengan kereta. Ko tau ar, KL ni. Sesak tak habis-habis. Kang pukul 6 lebih aku tibai ler balik rumah. Lagi pun bini aku balik lewat hari ni." Patut ar, bini masih kat opis. Terkejut gak aku tiba-tiba si Amir ni ajak ngeteh. "Joe, ko ni sampai bila nak hidup macam ni?" "Erk? Maksud ko?" "Ye ar, umur dah lanjut. Keje dah ada. Tapi tak kawin-kawin. Ko tunggu apa?" "Sapa nak kat aku yang sengal ni bro?" "Sengal-sengal ko pun, ko pandai. Orang yang tak kenal ko jerk yang sengal kata ko sengal. Tapi ko ni sebenarnya pandai. Keje pun elok. Apa lagi masalah ko ek? Ko jangan nak cakap, ko tak cukup duit lagi. Ko bujang hidup kat KL dengan gaji 3 riban, duduk rumah sewa yang sebulan hanya perlu bayar sebulan 500 hengget, pastu pi kerja hanya naik public transport jerk, yang tambang ntah beberapa sen sangat, then, tak ada tanggung apa-apa hutang pun, ko pun bukan kaki enjoy yang suka membuang duit. So, aku rasa mesti buku akaun simpanan ko tu dah sampai tak ada ruang kerani bank tu nak isi kan?" "Haha... Pandai ko sembangkan mir. Ni apa hal ni? Ko nak suruh aku bayar teh tarik ko ke?" "Hish, setakat teh tarik kedai mamak ni, ko order empat belas ratus gelas pun aku boleh bayar tau." "Hahahahaha... berlagak plak ko ek. Beb, jom blah la. Aku nak solat Asar la." "Ok jom." 

"Klang, pihak polis sedang menyiasat rompakan bersenjata di salah sebuah kedai emas. Lokasi kejadian yang terletak di berhampiran wisma umno" Hurm.... berita kat TV ni hari-hari rompak, bunuh, rogol, rasuah, mat rempit dan politik. Langsung takde berita yang positif. Kalo ada pun berita positif, mesti berita pasal mamat ini sedang menghadapi HIV positif dah sedang menunggu saat nak mampos. Haram jadah betullah media yang di kawal oleh kerajaan ni....