Sedang aku berjalan dihadapan plaza seni, aku disapa, "Assalamualaikum" aku toleh ke kanan ku, "Wa'alaikumsalam, eh Nana. Terlambat gi keje gak ke hari ni?" Sambil tergelak, "Biasalah... Hari Isnin... memang macam ni. Malas jerk nak bangkit pagi gi keje.... Yang you ni pulak macam Zombie tak cukup zat kenapa?" Eh?! "I macam you gak la... mengalami masalah yang sama untuk hari Isnin" Perbualan abis kat situ jerk di sebabkan pagi Isnin otak ku yang agak slow ni... tak de idea dan topik untuk aku bicarakan.
Di pejabat keadaan masih macam biasa. Aku masih lagi melakukan rutin harian ku. "Karkkerukkk!!!" Perut aku dah memainkan lagu Nothing Else Metter dah ni... Tu maknanya aku kene isi tangki dulu... Baru boleh sambung kerja...
Sambil minum Nescafe panas yang aku buat tadi aku meneliti akhbar utusan on-line. Hurm... Tak de berita lain... Politik Malaysia yang makin pincang, kemalangan kematian, jenayah yang tak pernah kurang kat Malaysia ni dan harapan poyo pasukan bola sepak Malaysia yang umpama asap rokok.
Sejarah pernah menjulang nama Malaysia suatu ketika dulu. Arwah atuk pernah berkata, "Apa yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah untuk hari esok. Adakah kita hidup untuk mengukir sejarah atau kerana sejarah kita hidup?" umur aku masih lagi 13 tahun, memang agak mustahil untuk aku faham kata-kata tu. Tapi kini mungkin aku agak mengerti apa yang arwah cuba

Satu hari bekerja dah tamat. Petang ni aku ingat nak pergi ziarah Lan. Tapi aku tengok kat langit tu... Kapas-kapas mendung dah mula berada diatas kepala aku. Lebih baik aku cepat sebelum aku mandi di khalayak ramai ni. Dah la payung tak de ni. "Graoummm!!!!" Dia dah bunyi dah..... Dah mula gugur dah...
