Aku... Rahsia atau Memendam Rasa?

Hidup tak selalu indah seperti mana yang aku inginkan. Itulah lumrah kehidupan. Akal tak akan pernah terfikir kepada perkara-perkara yang bakal berlaku. Hari tidak akan sentiasa cerah. Perkenalan tidak akan sentiasa berakhir dengan kegembiraan. Percintaan pula tidak akan sentiasa berkesudahan dengan kebahagiaan.

Aku hanyalah pelakon yang melakonkan watak kehidupan tentang diri aku sendiri semasa hayat ku di dunia ini. Segala skrip telah pun ditentukan sejak azali lagi. Kelahiran aku kedunia tak pernah aku pinta. Tetapi sebagai seorang hamba aku terlalu bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku bekerja berkaitan dengan interior design. Kerja aku memerlukan kreativiti dan idea-idea baru untuk aku selitkan dalam design-design aku. Adakalanya terasa sebal dan bebal kepala hotak aku ini untuk memikirkan sesuatu yang baru. Hingga juga pernah aku bergerak seorang diri memikirkan dan mencari ilham-ilham yang baru untuk aku cetuskan di dalam kerjaya ku. Ah... kerja.. kerja... kerja... Kalo cerita pasal kerja, sampai mati pun tak akan pernah selesai.

Hidup aku simple. Dan aku suka mencari sesuatu yang akan memudahkan segala urusan kehidupan aku seharian. Walaupun adakalanya agak mustahil untuk mencari dan memudahkan urusan tu, aku tetap juga mencari kaedah dan cara lain sehingga ianya menjadi mudah. Pergaulan? Pergaulan aku biasa jerk... Aku datang dari golongan orang yang sederhana. Tiada harta, tiada nama, tiada rupa yang menarik, tiada pangkat dan darjat, tiada kelulusan yang boleh aku banggakan dan juga aku tak lah genius. Apa yang aku ada hanyalah maruah diri, cita-cita, harapan dan impian yang tak tahu bila akan aku gapai, perasaan menghormati sesama manusia, cinta untuk sidia yang tahu menghargai dan menerima aku seadanya dan tulang 4 kerat untuk aku berusaha mengisi kekosongan perut yang kekadang pun tersangkut juga.

Cinta? Pada aku cinta tu terlalu abstrak. Tiada satu definisi khas untuk aku ungkapkan maknanya cinta. Pada aku secara peribadi... cinta itu perasaan kasih sayang sesama manusia. Hala tuju cinta? Hala tuju sebenarnya kita yang perlu mencorakkan. Perhubungan yang lama pun belum tentu menjaminkan kesudahan yang membahagiakan. Cinta perlukan pengorbanan. Cinta juga perlu diluahkan. Jika tak... maka bengkaklah hati.... Adakalanya akan memendam rasa dan menyimpan rasa.

Hidup terlalu banyak rahsia. Rahsia yang hanya Allah yang tahu. Hidup ini juga akan banyak memendam rasa. Siapalah yang sudi untuk menjadi rakan berkongsi suka duka kehidupan yang sementara ini? Teman? Sahabat? Kawan? Kekasih? Isteri? Tepuk dada tanyalah diri. Mereka yang berada disekeliling masih belum cukup untuk memenuhi kekosongan hati ini. Aku hanya mampu menerima mereka seadanya walau adakalanya hati ini terguris. Aku masih lagi waras kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Walaupun kekasih mahupun isteri, pada aku masih tak dapat memenuhi jiwa aku yang kosong ini.

Tiba-tiba aku teringatkan kisah Bob yang tak jadi nak bertunang. Ada juga terasa kesian pada awek dia tu. Ntah apalah yang dia buat sekarang. Tapi pada aku, aku kesian gak pada kawan aku tu. Banyak dia mengalah dan memendam rasa dengan awek dia tu. Kekadang aku ni pelik tengok mereka yang bergelar perempuan. Ntah apa yang mereka cari pun aku tak tahu? Pada aku... Bob tu dah terlalu banyak kali mengalah dengan dia. Tapi tak cukup-cukup ke dia untuk menyakiti hati si Bob tu? Tak pelah... Bob pun dah tekad membuat keputusan. Bob pun dah nak bertunang dah dengan awek barunya. Walaupun ada kalanya Bob bercerita pada aku yang dia terasa hati dengan awek dia yang baru tu... Tapi aku tahu Bob dah menjadi seorang yang paling sabar dalam mengharungi kehidupan bercinta begitu... Disebabkan pengalaman yang lepas yang lebih mencabar kesabaran dia dan kali ini aku rasa dia akan lagi sabar. Cuma aku agak risaukan kalo-kalo awek baru Bob ni membuatkan Bob hilang tahap kesabaran dia. Bob yang dulu aku kenal lain dengan sekarang. Sekarang Bob lebih banyak bersabar dan menjadi seorang yang terlalu memendam rasa. Dia semakin sukar untuk berkongsi masalah dengan sesiapa pun. Semuanya oleh kerana pengalaman dengan kekasih lamanya. Dia menjadi seorang yang terlalu berhati-hati dan semakin kuat cemburu jika ada saja lelaki yang menghampiri kekasih baru nya tu. Aku tahu... Bob ada alasannya yang tersendiri kenapa dia jadi begitu. Alasan yang tak perlu aku persoalkan. Apa yang patut aku lakukan aku hormatilah dia seadanya... dan aku tegur-tegurlah sekiranya perlu untuk memperbaiki kesilapannya.

Aku? Aku... Cinta...? Siapalah yang nak kat aku yang ntah hapa hapa ntah ni.... Gila dengan gigs, gila dengan muzik, perokok tegar, tiada kelulusan, tiada masa depan yang cerah. Aku mungkin hanya mampu untuk mendoakan kebahagian. Tapi apakah aku akan mengecapi kebahagiaan? Hentah lah???? Hidup ini terlalu banyak rahsia.... Atau aku yang terlalu berahsia.... Mungkinkah aku yang memendam rasa???