Mulanya disini...

Hari ni aku mengantuk sangat. Rasa macam nak cari port yang cantik sikit nak pejamkan mata nie. Hem... Teringat aku kat mak abah yang sekarang di KL menghantar acik sambung belajar disalah sebuah IPTS disana. Bila la agaknya kerja-kerja aku ni nak selesai ek??? Menimbun-nimbun kerja yang diberikan pada aku. Iskh, mata nie asyik nak tertutup jerk... Penat aku menahan ngantuk...

Musnahlah segala harapan,
Punahlah segala perancangan,
Perit berganti tiada henti,
Melanda diriku ini....

the suspect aka - kesamaran

Tengah melayan kepala yang kepenatan berfikir dan terus berfikir tanpa henti untuk menyelesaikan kerja yang tak pernah tamat...
Cuaca agak mendung aku tengok kat luar tu... Aku dah semakin layu la pulak... Iskh, bangun beb!!! Aku kene kuat, kene selesaikan segala amanah yang dipertanggungjawabkan...

Arwah Atuk slaloo berpesan;

Hidup ini adalah perjalanan yang singkat,
Segala yang hidup telah berjanji untuk menjadi hamba yang terbaik di bumi ini,
Telah berjanji untuk memikul amanah,
Sebagai Khalifah Allah, sebagai ketua keluarga, sebagai pemimpin negara,
dan yang paling penting sebagai ketua pada diri sendiri...
Tetapi apa yang aku nampak yang banyak berlaku sekarang...
Amanah itu hanya sekadar barang perhiasan untuk menunjuk kuasa yang dimiliki,
Menunaikan segala amanah dengan tak sempurna, sekadar melepaskan batuk ditangga.
Tidakah mereka sedar bahawa amanah itu akan dipersoalkan didalam kubur itu nanti??
Maka, tunaikanlah amanah dengan ikhlas,
Seandainya diri itu tak mampu, maka janganlah mencari nahas untuk memikul amanah...

Itulah kata-kata arwah yang masih aku pegang hingga sekarang... Dengan nada yang lembut tapi penuh nasihat yang berguna.

3.48 pm, lama lagi nak balik... aku semakin layu...