Sempitnya kotak pemikiran.

Hidup ada pasang surut. Kepayahan telah mengajar aku erti untuk berdiri. Terus melangkah kaki walau apa pun dugaan yang datang. Tak pernah aku didik diri ini untuk berundur. Pengalaman merupakan guru yang terbaik dalam diri. Aduh. Kenangan masa mula-mula menjejakan kaki ke kota batu ni bermain semula di kotak fikiran aku yang semakin sempit ni. Sakit jatuh bangun semuanya ku tanggung sendiri. Jumpa dengan kenalan baru. Di tipu dengan kawan. Dikhianati. Tiada pendengar untuk aku kongsikan masalah diri. Hilang kawan dan keseorangan masih jua aku terus berdiri. Hidup di kota batu ini aku terasa seperti tak cukup 24 jam yang dikurniakan Illahi. Semuanya berlumba-lumba. Ada yang jatuh tersungkur. Ada yang telah maju tidak pedulikan orang lain. Ada juga 'lumpuh' dan terus tak mampu berdiri. Ada juga yang mengampu demi diri sendiri. Ada yang meraih simpati untuk sesuap nasi. Ada yang berjaya diatas 'kelumpuhan' orang lain. Itu lah suasana kota yang penuh perasaan iri hati.

Aku semput, lelah hidup dalam suasana macam ni. Tapi aku juga masih berlumba-lumba untuk mencari sesuap nasi. "Station Majid Jamek" dah sampai dah. Suasana agak bising dengan manusia di siang hari. Aku teruskan kaki untuk melangkah. Dengan melihat barang-barang yang diniagakan. Mereka dengan cara mereka yang tersendiri untuk mencari pelanggan. "Ye bang. Singgah bang. Baju ada. Seluar ada. Harga boleh runding bang." Ye lah.... Aku sekarang ni tak tau kemana hala tuju aku. Melangkah ikut gerak kaki je. Mungkin di sebabkan hal yang baru berlaku tadi. Aku agak tersentuh dengan apa yang dikatakan oleh orang tu. Ingat aku ni tak de perasaan ke? "Awak yang tak paham kehendak saya! Awak kalo tak boleh buat. Baik awak pi belajar lagi! Saya rasa budak sekolah rendah pun paham apa yang saya maksudkan." Tak pe lah.... Bekerja dikalangan orang yang penuh ego agak-agaknya memang macam tu lah. Sekarang ni aku cuba tenangkan fikiran dan hati. Agar aku dapat mengelakan hasutan Iblis. Maklumlah... hati tengah panas... Ada je yang suka rela jadi batu api. Nasib baiklah ayah bonda bekalkan aku dengan ilmu yang cukup. Tahap kesabaran ni masih lagi tebal. Macam nilah hidup didunia sekarang. Gembira sedih tak ada siapa yang peduli. Kepayahan lah yang mengajar aku erti untuk terus berdiri. Aku tak boleh jatuh. Aku tak boleh cepat melatah.

Satu projek dah selesai. Tinggal projek ni jerk. Susah betul nak deal dengan hamba Allah yang sorang ni. Aku sendiri tak pernah terlintas untuk jadi begini. Tapi dah jadi... Apa aku boleh buat. Kerja. Itu lah punca rezeki aku. Tak kan aku nak tabur pasir dalam periuk nasi sendiri. Come lah Joe.... Kipidap dude! Go to the Hell la kepada semua yang menyakitkan hati. Yang penting aku tak kacau hidup orang lain.

Ilmu Tuhan nak bagi.

Kegelapan malam tak bererti sepi
Kesibukan siang yg memecah sunyi
Ketenangan malam penuh bererti
Hilangkan segala derita hati

Oh sudikah engkau menjadi pendengar
Tiada apa yg mampu ku beri
Walau hilang kawan aku tetap tabah
Meneruskan hidup yg penuh iri hati

Gembira bersedih tak ada siapa peduli
Kepayahan yg mengajar ku untuk berdiri
Bukan nak ampu bukan ku meminta simpati
Dingin malam tak sehagat bahangnya mentari

Didalam dunia yg penuh dengan pancaroba
Tak kira didesa mahupun jua dikota
Yang berlumba pasti kau terus kejar mengejar
Yang tercicir jangan kau teruskan ketinggalan

Tak pernah terlintas namun ku teruskan
Gelap masa depan tak pernah ku hiraukan
Berembun kepagi terbit sinar mentari
Dimana cahaya yg benar engkau cari ....

:: The Heritage - Pancaroba ::

Hidup tak pernah sunyi dari masalah. Hidup juga tak boleh lari dari perasaan iri hati, cemburu dan dengki. Kenapa masih wujud lagi spesis mereka-mereka yang suka mengambil kesempatan diatas kebaikan yang diberi? Pada aku hilang kawan yang seperti mereka itu sikit pun tidak menjejaskan hidup aku. Tapi apa yang boleh kau lakukan? Perkara dah berlaku pun Cah. Aku harap ko bersabarlah banyak-banyak. Tapi jangan pulak ko terlalu lembut pada mereka-mereka tu. Biar sombong dengan orang-orang yang macam tu pun tak pe la...

"Wei Joe, nape dengan Shah tadi?" "Kawan baik dia yang tinggal satu rumah dengan dia tu jual nama dia. Memburuk-buruk kan si Cah tu... Tak cukup dengan tu jerk... Sebelum dia kuar dari rumah sewa si Cah tu... sempat dia songlap duit Cah dalam 3 ratus." "Pulak... Tapi aku tengok si Cah tu tak pernah pulak bercerita apa-apa dengan aku pun masa kat opis." "Ntah la Bob? Aku pun tak tau la kenapa dia bercerita kat aku pulak? Mungkin sebab dia tertekan sangat kot... Sebab angah adik dia tu dah balik ke asrama semula... tinggal la dia sorang-sorang kat rumah... tu yang dia tertekan kot... nak luahkan tekanan...." "Maybe yes, maybe not." "Lor.. Kenapa maybe not pulak?" "Lu pikir la sendiri Joe... Nanti lu mesti dapat agak apa yang gua pikirkan skrang ni..." "Suka hati ko la nak... Ko dah besar... Janji ko senang hati sudah... Tak kuasa aku nak layan...."

Itu jerk puncanya di miss called aku sampai 14 kali. Nasib tak sampai sepuluh ratus kali dia call aku.... Huhu... Aku cuba la nasihat kan ko... tapi ko pikir sendiri la shah... Sebab kes kawan bangsat kawan ni aku dah terlalu banyak kali terkena... dah masak dah dengan perangai spesis yang macam tu... Yang penting niat kita berkawan tu biar jujur dan ikhlas... Pasti ada hikmah apa yang berlaku... Tuhan nak mengajar ko Shah bahawa tak semua orang boleh percaya. Tapi tuhan tak turunkan wahyu macam nabi dapat wahyu tu kat ko. Tapi dengan cara macam ni tu lah tuhan turun kan ilmu pada ko. Belajar lah dari pengalaman. Kerana pengalaman adalah guru yang terbaik untuk diri sendiri. Ilmu kehidupan tak pernah diajar di mana-mana. Tapi kita tetap kene belajar. Hurm~~ Manusia.. memang macam-macam perangai.... Letih kalo nak describe manusia punya perangai... Pandai-pandai hidup kalo tak nak kene pijak....

Aku.

Hidup penuh dengan liku. Umpana jalan raya yang tidak sentiasa rata. Hati sunyi selalu bertanya, kenapa hidup ini setelah dewasa terlalu banyak sangat pilihan? Seandainya salah pilihan apa kesannya terhadap diri sendiri? Dan apa pula kesannya terhadap mereka yang aku sayang serta orang sekeliling? Cantik pulak pandangan di luar time-time macam ni. Cantik ciptaan tuhan. Alam yang terbentang luas untuk manusia teroka. Panorama luar memang cantik sekarang ni.

Tidak mungkin hanya pada nama engkau banggakan
Tidak mungkin hanya pada kata kita serupa
Kini kita bersatu hati mara kehadapan
Jangan cemarkan pengaruhnya di mata mereka

Merenung di kejauhan langit senja mengimbau warna
langkahi ranjau menggapai cita - cita
Merenung di kejauhan mendamaikan hati dan perasaan
sambil merenungkan panorama kehidupan

Gurun pasir bukit bukau dan mentari tak pernah terlintas apakan terjadi
akal tanpa nurani kelak lemas diri sendiri
usahlah direnang belum tentu ketebing usahlah kau selam lemas sendiri
cubalah renungkan panorama kehidupan

Tak mungkin berakhir perjuangan yang dibina
Dan apakah kan bermula revolusi yang membara dijiwa

::Acong & The Heritage - Panorama Kehidupan::

Tapi... Panorama dalam hati dan kepala aku? Berkecamuk macam berus dawai. Hurm~ Telan mati mak, luah mati bapak. Macam tu la keadaan diri aku skrang ni. Tapi aku tak nak pulak jadi keluar mulut harimau masuk mulut singa pulak. Adoi... Ya Allah... Bantulah hamba mu yang lemah lagi hina ini. Kenapa time-time macam ni mesti aku kesorangan? Ni membuatkan aku rindu sangat pada arwah atuk. Sebab bila time-time macam ni, aku mesti akan kedengaran kata-kata nasihat dari dia. Nasihat-nasihat itu lah yang membuatkan aku kembali berpijak kedunia nyata. Hurm~~~ Retak menanti belah. Tetas menanti putus. Sayang tapi tak mampu memiliki. Ada cahaya baru yang menerangi. Tapi aku tak pantas untuk menyayangi. Kerana cahaya tersebut terlalu bersih untuk aku. Aku hanya mampu berdoa agar cahaya itu bertemu dengan yang beriman.

Sabar adalah pilihan yang terbaik. Biarlah masa yang menentukan keadaan. Sayang yang sejati adalah perasaan sayang yang teramat sangat terhadap seseorang walaupun dia tak mampu kita miliki. Kita akan tetap terus menyayangi dia dan mendoakan kebahagiaan dia. Seandainya dia disakiti maka sakit jugalah kita.

Hurm~ Sampai bila aku nak macam ni? Apa tujuan aku sebenarnya? Kenapa macam ni pulak jadinya? Bila kesudahannya? Kat mana silapnya? Aku ke puncanya? Ah
hhh~~~ Semput dada aku dibuatnya. Letih! Argh!!!!

"Joe! Aishah call ko nape ko tak jawab?" "Ha? Iyer ker? Aku tak perasan la. Apa dia nak?" "Ntah? Ko call dia balik ar. Ko kenapa? Ada prob ke?" "Ok jap lagi aku call dia semula. Aku ok jerk. Nothing." Sambil tersengih aku pi capai phone aku. Mak ai! 14 kali miss called. Macam ner leh tak perasan ni? "Assalamualaikum, Hello." "Wa'alaikumsalam Joe." "Kenapa ek U call I?"

Bawa diri?

Riuh rendah suansana kota metropolitan hari minggu ni. Aku menghanyunkan kaki dan terus melangkah bersendirian tanpa hala tuju yang pasti. Apa yang aku cari? Apa yang aku buat kat sini? Cuma yang aku pasti aku cuba mencari ketenangan dan kedamaian hati. Serabut sungguh kotak pemikiran aku untuk hari ini. Sambil melayan lagu dalam MP3 player aku ni, aku terus melangkah dari Pudu ke Jalan Sultan Ismail. Ada yang berpasangan ada juga yang berkumpulan berjalan dengan tujuan masing-masing. Lepak jap kat Deli France kat Time Square.

"Order bang?" "Saya nak soft drink satu." Sambil melihat masyarakat kota yang tak putus-putus lalu lalang keluar masuk Time Square, aku terpandang sekujur tubuh yang agak aku kenal. Dia senyum. "Hi Joe." "Eh, Aishah. Buat apa kat sini? Sorang jerk ke? 'abang' awak mana?" "Abang? Abang mana? Saya anak sulong mana ada abang. Saje jalan-jalan kat sini. Kebetulan saya nak keluar duit tadi. Then ternampak ada mamat tu jalan sorang-sorang. Saya tengok betul-betul dari belakang. Awak rupanya. Saya terus la datang." "Kak, order kak." "Lime Juice." "Awak buat apa kat sini sorang? Tunggu makwe ke?" "Makwe pe kebendenye plak? Saje layan kepala tengok dunia. Usha-usha barang. Yang awak tu?" "Saya pun saje jerk. Sekadar nak lepaskan penat dok rumah. So... Life macam mana?" "Life? Hehehee~ macam ni lah... Terkais-kais." "PC angah dah siap ke?" "Dah siap dah... Ingat malam nanti baru nak mesej cah yang PC dah siap. Kebetulan dah jumpa ni. Bagi tau jerk la." "OK... nanti balik saya singgah rumah U amik sekali." "OK gak." "Berapa U nak charge I?" "Erm... saya amik harga barang jerk la... Mama-board dan Ram dalam RM 180 jerk." "Eh? Upah U buat keje?" "Ikut berapa ikhlas la U nak bagi." "Saya buat ni pun sekadar tolong kawan-kawan jerk." "Boleh pulak macam tu ek?" "Boleh la... Kan bisnes I. I bos. I staf. Tak de orang nak marah punya. Hehehehe~ So, U pulak keje macam ner?" "I keje macam tu la. Keje memang tak akan abis. Selagi hidup. Selagi tu la keje. Eh, kebetulan U ada kat sini jom temankan I. Boleh?" "Teman ke mana?" "Jenjalan cari pasal. Hehehehe~" "Jom la... Cari pasal tak pe. Jangan cari gaduh sudah la. Bang! Bil bang."

Fuh~~~ Penat la pulak hari ni. Satu siang melayankan si Ecah window shopping. Nasib baik balik tadi dia hantar. Kalo tak mau nya aku tido jerk kat Time Square tu. Nak tercabut kepala lutut aku di buatnya. Hem~~~ Itu lah kaum hawa ciptaan Allah. Nafsu untuk membeli belah tak pernahnya abis. Nasib baik dia tak borong satu mall tu. Mampos aku kalo dia borong satu mall tu... Hahahaha~~ Hurm~~~ Bernafas sikit minggu ni aku. Ecah tadi bagi RM 250 untuk PC adik dia. Aku dah cuba kurangkan gak. Tapi dia kata aku yang buat keje. So, kene lah terima duit tu. Bukan aku buat guna air liur. Aku buat guna masa, tenaga dan ilmu yang aku ada. Dah dia cakap macam tu, aku tak leh buat apa-apa lah. Terima jerk la. Rezeki tuhan bagi. Alhamdulillah syukur.

Hilang rasa berat kepala. Sekurang-kurangnya ada gak orang yang nak berbual dengan aku hari ni. Nak harapkan Bob. Pepagi lagi dah hilang. Ni dah nak pukul 12am pun tak balik lagi. Kalo aku pikirkan semula, hidup memang tak pernah terlepas dari masalah. Yang dalam kubur pun ada masalah nak jawab soklan malaikat. Ni kan lagi kita yang masih bernyawa. Hadapi jerk la Joe.... Tak kan nak lari dari masalah pulak? Sampai bila nak lari? Nanti bila dah penat, ko akan berhenti gak kan? Masa tu silap-silap masalah dulu kecik dah membesar dah. Lagi sakit otak nak selesaikan. Aku bukan lari dari masalah. Tapi cukup la aku tenang dan pikirkan cara untuk selesaikannya. Nak bercerita pada orang. Rajin pulak aku nak bercerita hal hidup aku kat orang. Cukuplah masa aku tengah kusut dengan masalah ada insan yang sudi temankan aku dan berbual dengan aku. Tak perlu la cerita masalah aku. Berbual la pasal benda lain pun tak pe. Janji boleh buat aku gelak dah kira ok la tu. Sekadar aku lupa sekejap masalah aku. Then, bila emosi dan otak aku dah center, baru la aku settle kan masalah aku tu. Itu lah cara aku mengatasi setiap problem aku. Memula cari kawan-kawan untuk gelak-gelak sampai pecah perut. Bila emosi dah stable baru aku settle sendiri masalah aku. Yezzzzaaa Joe... Kipidap dude! Ah... Tido ar... Esok nak keje lagi.

Eh?

"Then? Dia macam mana?" "Dia dengan muka gelabah dia la.... Hahahahahahaha~" Cis ko Bob, sikit punya rancak lagi ko kutuk aku dengan nana ni.... Yang minah ni pun satu hal gak... Ntah apa kene suka pulak dia nak tau pasal aku.... "Bob jap ek... Aku nak pi kedai tu jap beli rokok." "Merajuk ke Joe?" "Tak de ar... Apa kes nak merajuk dengan lu?" "Joe. Rokok aku ar skali..." "Orite!"

"Eh, Bob... Joe tu dia tu single lagi ke?" "Kenapa?" "Tak de ar... dia tu tak nampak macam ada masalah percintaan jerk." "Ntahla Nana? Dia tak pernah pulak cerita apa-apa dengan I. Ke you yang minat kat dia ni?" "Tak de la... Cuma Nana suka tengok cara dia tu... Dia jenis buat slumber jerk... walau pun dengan sesiapa... Muka macam tak de apa-apa masalah." "Hurm~ dia tu kalo Nana nak tau.... ada masalah ke? tak de masalah ke? sakit ke? tak sakit ke? selagi dia mampu senyum dia akan kata dia ok. Kekadang tu dah sampai pucat muka masih tak ngaku yang dia tu sakit." "Pernah ke dia buat macam tu Bob?" "Mamat tu? Hurm~ Sebab pernah terkene la saya boleh cerita. Tapi pantang mamat ni pulak, kalo kawan-kawan susah... fuh~ saya memang puji dia... dia sanggup tolong selagi dia termampu. Teringat masa ada sorang member kita orang dulu masa study sesama kat kolej. Member tu sakit perut. Datang si Joe ni dia pujuk la member kita orang tu pi klinik. Yang si member ni pun degil... Joe apa lagi.. sound tegak-tegak jerk... 'aku tak leh ar tengok kawan aku macam keadaan skarang ni. Aku bagi masa 3 minit untuk ko siap-siap pakai baju aku nak hantar ko pi klinik... Jap lagi aku datang bilik ko... ko tak siap lagi... aku sepak ko.' Member tu apa lagi... terus ar pakai baju. Dengan muka berkedut tahan sakit. Dalam masa yang sama Joe pi cari saya untuk pinjam kete hantar member kita orang tu. Saya dengan Joe pi la antar member ni ke klinik berhampiran. Tiba-tiba.... member kita orang tu dapat surat untuk ke HUKM kene terus ke bahagian kecemasan. Kami hantar la ke HUKM pulak. Sampai HUKM member kami tu kene tahan kat wad. Dia bagi tau kat Joe dengan saya. Tapi masalah nyer member tu tak de duit nak bayar duit rawatan. Masa tu saya nampak la kesungguhan dan keikhlasan Joe tu menjadi kawan. Sebenarnya masa tu kami pun tak de duit. Tapi saya tak tau la... Joe boleh sanggup keluarkan duit dalam 2 ratus bagi kat member tu untuk bayaran buat dan apa-apa yang patut. Kami balik rumah amik baju member tu dan datang semula hospital bagi sekali duit." "Hurm~" "Dalam perjalanan balik tu... saya tanya kat Joe. Dia ada duit tak nak makan ni?" Dia jawab pendek jerk "Tak de." "Bis tu? Ko nak makan macam mana nanti?" "Ala... Bob... duit boleh cari beb... Rezeki tuhan tu melimpah ruah kat bumi ni... Nyawa orang bukan boleh jual beli. Tengok tadi... Kalo terlambat antar member tadi tu... Ntah hidup ntahkan mati member kita tu. Tak payah la sangat nak berkira pasal duit ni... As long as... bila mamat tu keluar hospital tak sombong dengan aku sudah la... Aku pun tak minta dia bayar balik duit tu." "Member tu sakit apa Bob?" "Member kami tu sakit buah pinggang peringkat awal." "Masa tu saya terasa kagum la pulak dengan Joe ni. Memang tak sangka la dia tu jenis yang suka membantu orang." "Tu la... Dia pun pernah gak bantu Nana dulu. Tolong Nana masa mula-mula Nana kat KL ni..." "Eh.. dia dah datang dah.."

"Seronok sembang bro... Hehehee~" "Yang ko ni lama sangat tu kenapa? Ko beli apa sebenarnya?" "Aku pi kedai komputer tu. Cari mama-board* dengan ram." "Apa kes? Bukan ko guna note book ke? Apa kes cari barang desktop?" "Aishah call aku tadi malam. Dia kata PC adik dia yang belajar kat UTM tu rosak. Dari apa yang dia cerita tu aku dapat agak la yang mama-board dengan ram dia problem. Tu yang pi beli kejap tu." "Eh rokok aku mana?" "Tu ha dalam plastik tu." "Bis tu nanti nak kene pi amik PC kat rumah dia ke?" "Tak de ar... tak de keje gua nak pi rumah anak dara orang. Dia datang rumah kita nanti petang." "Owh~ patut ar hari tu dia mintak no henpon ko. Macam ne dia tau ko ada repair PC ni?" "Masa sembang-sembang tu... aku yang terbagi tau secara tak sengaja." "Eh... Joe... Siapa Aishah tu?" Alamak.... Aku pandang Bob... Bob pandang aku...

Seronok atau gabra aku ni?

"Mana ko nak bawak aku ni bob?" "Ko ikut jerk ar... Nanti ko tau la...." Hurm~ apa kene mamat ni? dah la tadi sergah aku. Ni dah macam culik aku pulak. Layankan jerk la. Tak ikut karang merajuk pulak. Dah tua-tua nak merajuk. Buruk jerk.

"Eh ni dah ke Seremban dah ni. Janganlah kata ko nak pi family day opis ko?" "Ha! Ingatlah pulak ko." "Ko pernah cakap kat aku minggu lepas. Tapi aku buat tak reti jerk. Apa kene mengene dengan aku." "Apa pulak tak de kene mengene dengan ko? Ini penting." "Penting?" Iskh! Apa kes la mamat ni? Family day opis dia tapi penting untuk aku. Tak reti ar aku. "Tak payah kusut-kusut. Nanti dah sampai sana nanti ko tau la kenapa aku tarik ko..." "Yer la... Then yang ko gelak ni kenapa pulak?" "Aku terasa lawak plak tengok muka ko yang gelabah tadi."

Dah sampai pun PD. Hurm~ lama gak aku tak dengar bunyi ombak ni. Syahdu seyh... Ni lah yang dikatakan Nature Rythm. "Joe! Sini jap." Apa lagi si gumok sekor ni....? Aku humban dalam laut tu nanti baru padan dengan muka dia. "Ha! Jap-jap." Eh!? Sapa pulak pompuan yang depan dia tu? Fuh! dia punya senyum sikit punya sweet ar.... "Joe, ni aku kenalkan Aishah. Ecah yang aku kata tu." "Cah... Kenalkan ni housemate saya Joe." "Hai." Kenapa pulak terkedu aku ek? Dia punya mata bersinar-sinar penuh dengan semangat. Senyuman dia bisa menggoyangkan lutut aku la pulak. Aduh! tak sia-sia aku melayan ko Bob. Hehehe~ "Woit! Dah. Jangan tenung anak dara orang lelama. Dah naik merah dah muka orang tu." "Hehe~ Sorry... Hi saya Joe." "Hi saya Aishah. Panggil jerk Ecah atau Cah." "Cantik nama tu. Salam kenal ye." "Joe, ko sembang-sembang la dulu. Aku nak lapor diri dengan Pn Zie dulu. Nanti bising plak dia kalo tak nampak aku. Biasa ar... Aku kan pekerja kesayangan." "Ok... Gi ar... Cepat sikit."

Hurm~ Tak sangka ko Bob. Ko memang saja nak kenekan aku ek. Hari tu aku sebut memain, tapi kali ni ko bagi aku buah keras bebetul ek... Tapi tak pe... Rezeki nak kenal dengan orang secomel Cah tu. Kalo aku sendiri nak gi berkenalan memang tak de maknanya aku ni.... Sapa la aku? Dah la buduh, belajar tak tinggi, pastu keje pun setakat freelancer jerk, duit tak de, rete lagi ar tak de, muka pun buruk, nak harapkan tinggi macam KL Tower jerk....

"Hu... lepak beb.... Separuh hari melayankan lu dengan budak-budak opis lu." "Melayankan budak-budak opis gua ke... atau melayankan Cah jerk tadi?" "Ello beb... lu jangan nak trick gua ek... Sat gi gua luku kepala lu baru lu tau." "Joe, Ecah mintak no henpon lu." "Ni yang aku tak suka ni... Ko ni pun kalo nak trick aku pun guna la tektik baru.... Ni tak... Taktik zaman pak pandir tu gak yang ko nak guna.... Eh! Iyer ker?" "Pak pandir konon... blah ar... Iye... tadi sebelum balik dia cari ko... tapi ko kat toilet. So, dia mintak aku sampaikan pesan jerk." "Ko bagi jerk la no aku kat dia... No hal punya... Sapa la aku nak berkawan dengan orang macam dia tu...."

Aku terima.

Hurm~~ Hidup tak lari dari melakukan kesilapan. Aku tau semua tu. Sebab aku sendiri manusia hamba Allah yang hina dan banyak kelemahan. Setelah aku renung aku tenung tidak ada masalah yang besar pun dalam pergaulan aku setiap hari. Mudah memaafkan adalah yang selalu aku amalkan. Sebab aku normal. Sebab aku tau manusia itu tak pernah lari dari salah dan silap.

Belajar dari kesilapan adalah ilmu yang berguna. Tidak ada sesiapa pun yang akan mengetahui diri kita melainkan diri kita sendiri. Maka tak perlulah nak berdendam terhadap mereka yang bersalah terhadap kita. Kerana mereka itu sememangnya tak mengenali diri kita.

Aku sekadar melepaskan rasa geram bukannya menyimpan dendam dan perasaan amarah. Setelah aku lepaskan dengan cara aku sendiri aku akan rasa lega tiada lagi bebanan dalam hati. Maaf mu aku terima dengan hati yang terbuka. Arwah atuk selalu berpesan, "Mudah maafkan orang, kerana sifat itu adalah sifat Rasulullah." Ahh~~~ Rindu pulak aku pada arwah. (Al-Fatihah).

"Woi! Kelamun jerk keje ko." Apa hal la pulak mamat sekor ni... "Ko nak apa bob?" "Jom ikut aku." "Kemana?" "Jom ar... jgn banyak bunyi."

Api atau hati aku yang panas ni?

Hidup kalo banyak cakap pun susah,
Hidup kalo tak bercakap pun susah,
Seandainya banyak cakap adalah mereka-mereka itu suruh diam,
Bila tak bercakap pula mereka-mereka itu kata aku ni sombong,
Tapi pada aku,
Aku tak suka bercerita,
Sekiranya ditanya barulah aku bercerita,
Tetapi cerita belum sempat habis dah dikata "Awak ni banyak cakap ek? Kalo dah bercakap tu tak berhenti."
Hati aku berkata terhadap mereka-mereka itu, "Kalo tak nak dengar tak payah tanya. Sebab aku sendiri tak suka nak bercerita hal hidup aku kat orang!" Betapa panas hati aku masa tu. Rasa ingin aku maki hamun jerk mereka-mereka tu.
Ada pula dikalangan orang-orang Malaysia ni banyak cakap tapi boleh diumpamakan macam tin kosong. Cakap, sembang jerk lebih. Buat keje rupa-rupanya tak tau apa benda pun. Aku lagi la menyampah dengan orang yang macam tu. Cerita macam dia hebat. Semua benda tau. Tapi tau "order" orang jerk. Kalo jumpa orang macam tu memang ayat aku sedap jerk la. Macam la ada seorang kawan tu... tak pasal-pasal terdiam dan tak terkata apa-apa. Kalo aku ingat semula memang buat aku tergelak jerk. Punya la bangang mamat tu. Dia ingat dia bercakap dengan budak tadika agaknya. Sedang rancak dia bercerita depan aku dan rakan-rakan yang lain dengan idea mana ntah dia kutip. Aku pun jadi malas nak dengar, dengan slumber aku berkata,"Ko ni sembang nak lebat, kira ko ni hebat ar... berbual nak menang jerk." Serta merta dia terus terdiam. Member-member lain hanya mampu tergelak besar. Punya la merah muka mamat tu.... Kalo setakat sembang nak berapi... Buat tak reti... baik ko tak payah cerita dengan aku. Sebab aku punya perangai buat dulu baru cerita. Cerita masuk lokap. Tapi tak pernah masuk lokap tak payah ar cerita lelebih. Kalo turun "showdown" pun dia yang lari dulu tak payah la nak cerita banyak.

Argh!!!!~ Tertekan sungguh aku hari ni. Kenapalah senantiasa ada saja manusia yang suka sangat nak makan penumbuk aku ni? Kat mana la akal? Tak kan la dah belajar pandai-pandai tapi masih dungu lagi? Setakat ada PhD, Master, Degree tak yah berlagak ar dengan aku.... Aku tak pandang semua tu kalo tak nak pandai bawa diri dalam masyarakat. Baik ko buang jerk sijil-sijil ko tu semua kat dalam longkang! Buduh!

Lepak jerk la.

"Lor... ko rupanya Bob." "Tolong bawak masuk beg tu jap Joe" "Menatang apa ko isi dalam ni Bob? Berat bebenor..." "Beg tu ko letak jerk kat ruang tamu tu... Aku nak mandi jap..." Ishk! Apo yang di isi si Bob ni.... Jangan ko sumbat anak dara orang udah lah dalam beg ni.... Dah la besar beg ni... Aku rasa si ecot kat opis tu pun leh muat masuk dalam ni... Baik aku layan TV lagi syok...

"Wei Joe, Sikit air ko tu... kering plak tekak aku ni" "Ko sampai sini pukul berapa sebenarnya?" "Aku sampai pukul 8 tadi... Pastu amik Cab. Pepagi macam ni pun jalan dah mula semak dengan manusia ek?" "KL beb... Ko macam hari ni jerk baru jejakan kaki kat KL ni.. Ko ni sebenarnya ke Sabah tu urusan apa?" "Aku tak cakap dengan ko ke?" "Sebab ko tak bagi tau aku la aku tanya ko ni skarang ni..." "Aku buat survey skolah-skolah kat KK tu untuk naik taraf. Segala infrastruktur yang mereka perlukan." "Owh...~ Abis tu apa yang ko sumbat dalam beg ni? Anak orang sana ke? Ko jangan buat keje beb..." "Ha'a... Aku sumbat anak dara dalam beg tu... Giler ke apa?" "Heeee~... Gurau sikit tak bleh... Dah nak hangin..." "Dalam beg tu ada baju, sluar jeans aku borong kat sana... Murah beb... Rokok Indonesia pun ada gak... Aku ada belikan beberapa helai untuk ko... Ko bukak beg tu dalam beg plastik merah tu ko punya bahagian." "Thanx kaseh la dude... Ko nak aku bayar ke?" "Ha'a... ko kene bayar..." "Banyak ni beb... Berapa hingit semua ni?" "Ko buatkan nescafe satu jug letak kat sini pun dah cukup... tak payah le bayar... aku tau ko ni pemalas beli pakaian... Selagi tak lusuh selagi tu la ko pakai jerk... Macam ner awek nak sangkut dengan ko..."

"Wei... ko ar. Tak mo kenalkan aku dengan awek yang kat opis ko tu. Pas tu nak kutuk aku tak de awek plak... Ni yang hati panas ni..." "Awek kat opis aku? Sapa? Bila masa ko pi opis aku?" "Semalam aku lepak kat stall burger depan blok kita ni, dah terlanjur cerita pasal awek ni... aku pun nak bukak cerita ni kat ko..." "Hurm~" "Kekadang bila aku pikir semula apa brother burger tu cakap ada benarnya juga. Sekarang ni perempuan kat dunia dah mula ramai. Umpama 8 nisbah 1. Nasib baik kita leh kawin 4 jerk... Kalo leh lebih... aku rasa mesti aku, ko, brother burger tu, dan lelaki2 semua dah sapu bersih sorang ada 8 bini." "??? Aku blur ar ko ni... apa sebenarnya yang ko nak cerita? Ko dah kemaruk nak kawin ke?" "Tak de la... aku cuma nak pandangan ko jerk. Apa komen ko tentang mereka yang tak kawin lagi macam kita ni? dan apa yang membuatkan ko, aku ni tak kawin lagi? Umur makin lanjut..." "Owh... baru aku paham... Pada pandangan aku yang telus ni kan...." "Truttttttt!" "Ala... Joe iklan jap tepon aku dah melalak tu..."