Aku layankan saje.

"Awal ko balik hari ni? Apa kes?" "Lor... ko Bob. Tak de kes apa-apa pun. Nana dah blah. Aku blah la... Tak kan aku nak dok melanguk kat mamak tu plak." "Owh... Apa kes Nana ajak ko kuar hari ni? Mimpi dapat nombor ke dia tu leh ajak ko kuar plak?" "Ntah la? Aku tak tau." "Kata kuar dengan dia. Ni kata tak tau pulak. Ko pi jumpa dia tak?" "Yer.. Memang aku jumpa dia. Macam ner aku nak tau? Air baru sampai dia dah blah. Sebab dia nak jumpa aku pun aku tak tau..." "Hek elleh lu ni Joe... Apa kes la...." "Apa kes apa? Ko pi tanya dia sendiri la."

Perbualan aku dengan Bob terhenti setakat tu jerk. Bob buat muka pelik dan blur memikirkan apa sebenarnya yang berlaku antara aku dengan Nana tadi. Lantak ko la Bob... Ko nak percaya ke tak nak percaya ke... Aku tak kesah. Janji aku tak menipu ko. Dah memang itu yg berlaku tadi. So, aku nak kata apa? Yang si minah tu pun tetiba nak hangin apasal plak? Ingat aku pakwe dia ke... nak merajuk rajuk dengan aku. Tak kuasa aku.

"Truuuuttttttttt......" "Hello.. Assalamualaikum.." "Wa'alaikumsalam... Joe tengah buat apa?" "Tak de buat apa-apa pun. Dok melepak depan TV kat rumah ni ha..." "Ha.. Free tak sekarang?" "Sekarang? Free gak kot. Nape ek?" "I kat area rumah u ni... Jom keluar dengan I.. Kalo u ok jap lagi I sampai depan rumah u." "Hurm~~~ Nak kuar ek? Jap ek... I pikir jap..." "Macam tak sudi jerk? Tak pe la..." "Bukan tak sudi... But accually I baru je sampai rumah..." "Tak pe la... Mungkin u penat. Lain kali la saya ajak awak kuar." "U datang amik I kan?" "Ha'a la.... Kan I dah cakap tadi..." "Sori-sori... I tak perasan... Kalo u datang amik I... Ok jerk la... Dah sampai karang mesej." "Ok... Lebih kurang 2 3 minit lagi I sampai la ni. Bye." "Ok... Bye."

Apa kene la pulak si Ecah ni ajak aku keluar la plak? Layankan jerk la... Bosan gak dok rumah ni asyik tengok Bob jerk. "Sapa call ko?" "Ecah." "Nak keluar ke?" "Ha'a... Nape ko gelak?" "Yer la... Giler kentang... Pagi tadi kuar dengan Nana... Tengah hari tak sempat petang dah kuar dengan Ecah plak... Ilmu apa ko tuntut ni Joe?" "Aku tak tau... Yang aku tau... Orang ajak aku kuar... Aku ok jerk... Layan... Ok la beb... dia dah sampai... Gua chalo dulu ar..." "Yer ar... Kem salam kat Ecah tu..."

Bersalahnya Aku.

"Ok la... Sekarang kita nak ke mana?" "Kita ke restoran depan tu nak tak?" "Ok" Aku dengan Nana berjalan menuju ke restoran yang dimaksudkan Nana tu. "Awak apa kabar Joe?" "Macam biasa jerk kabar saya." "Lama tak dengar kabar awak. Tu yang saja ajak awak keluar ni" "Owh~ Keje mana sekarang?" "Kerja kat area Keramat." "So, how tempat keje baru?" "Ok lah sikit." "Abis tu dok mana?" "Saya menyewa kat area Ampang Point." "Pi keje naik apa?" "Saya dah ada kete sendiri dah..." "Owh~" "Ane... Order." "Patut la tak nampak awak turun train tadi. Puas saya menunggu kat stesen LRT tu." "He~" "Milo Ais, Limau Ais" "Makan mcha?" "Makan tak mau."

"Awak keje sebagai apa kat sana?" "Keje sebagai designer lagi. Itu je kemahiran yang saya ada." "Tak pe la tu. Janji keje yang mendatangkan rezeki yang halal." "Mak abah awak sihat ke kat kampung?" "Sihat Alhamdulillah." "Eh? Asyik saya je yang bertanya bercakap. Awak yang senyap. Ni sapa yang ajak keluar ni?" "Tak pe ar Joe... Saya suka dengar awak bercakap." "Ye ke? Nanti saya membebel awak tak larat nak dengar." "Hahahaha~" "Gelak pulak dia..." "Eh! Bob apa cerita?" "Dia ok je. Kalo nak tanya pasal dia kenapa tak ajak dia keluar sekali?" "Tak pe la... Hari ni date dengan Joe. Esok Lusa date dengan Bob pulak." "Wah... dah maju seyh... sejak bila pulak dah pandai dating-dating ni?" "He~ Sejak Esok. Ha~" "Sejak esok ek? Macam pernah ku dengar ayat seperti itu. Tapi dimana ya?"

"Joe kenapa nampak semenjak dua menjak ni macam moody je?" "Moody? Nampak? Eh? Awak ni macam nujum pulak boleh nampak-nampak. Dok kat area Ampang keje kat Keramat macam ne leh nampak saya plak ni?" "Ada la..." "Ni yang tak besh ni... Baik cakap." "Rahsia. Shhhhh~ Mana leh bagi tau." "Cis. Rahsia la pulak. Tak pe bagi tau saya sorang jerk. Saya janji tak bagi tau orang lain." "Rahsia kalo dah bagi tau awak itu bukan rahsia lagi. Rahsia hanya saya sorang je yang tau." "Ok... Tak pe... So, kalo gitu saya pun tak de apa-apa nak bagi tau awak la..." "La... Merajuk la pulak..." "Tak de maknanya nak merajuk rujuk ni..." "Eles~" "Joe nak tanya sikit la..." "Aku dah agak dah dia ni... Mesti ada benda baru nak cari kita..." "Ok la tak jadi tanya la." "Lor... Merajuk ke?" "Tak la." "Ok ok.. Sori sori... Cerita la... Saya dengar ek." "Sori sori naik lori la." "Pulak... Tak pe la. Tak mo cerita sudah. Bukan saya yang nak bercerita. Awak yang nak bercerita. So, kalo tak nak sudah. Saya tak kesah pun." "Ok la Joe... Saya nak kene balik dulu la. Saya ada temu janji dengan customer saya ni." "Lor, hari Ahad pun jumpa customer ke?" "Ok la ek... Thanks. Ni duit awak bayar la air ni. Bye." "Orite. Its Ok. Bye."

Merajuk la pulak minah ni. Lantak ko la. Tak kuasa aku nak memujuk. Bukan aku pandai pun. Balik ar. Bosan la pulak dok sorang-sorang ni. Hurm~

Cermin Diri ar!

Hari ni ada lagi hamba Allah yang berkecil hati dengan aku. "Lucu ar pula aku rasakan. Kata aku sombong ego. Bukan ego, tapi oleh kerana aku dah terasa hati dengan kamu semua. So, jangan salahkan aku seandainya aku buat tak reti jerk dengan korang. Apa korang jerk ada perasaan? Aku ni robot ke? Tak tau makna marah dan terasa hati. Aku ni manusia macam korang gak. Bila aku call cari kawan-kawan untuk berbual. Sorang pun tak jawab panggilan aku. Bukan kene bayar pun kalo jawab panggilan aku tu. Sekali dua ok lah aku leh terima alasan korang. Bila dah terlalu banyak kali alasan yang sama korang bagi kat aku. Hati mana yang tak terasa. Kata kawan. Tapi macam ni ke cara korang berkawan? Hurm~ Aku pun apa lagi. Aku buang jerk no telefon korang dari hp aku. Buat semak jerk simpan nombor korang tapi bila aku call sorang pun tak jawab. Kalo macam tu cara korang berkawan. Aku boleh terima. So, korang kene ar terima cara aku berkawan pulak. Tak payah nak cakap aku sombong ke... ego ke... atau apa-apa la.... Cermin diri sendiri baru cari salah orang lain.

Aku tak heran hilang kawan macam korang ni. Ramai lagi orang lain yang aku boleh buat kawan. Aku bukan minta duit korang pun. Minta korang jawab panggilan aku jerk. Tak kan 365 hari 24 jam pun sibuk? Aku pun bekerja juga. Tak de la sampai tak de masa untuk kawan-kawan. Banyak sangat alasan korang bagi kat aku. Pada aku, orang yang banyak alasan adalah seorang yang pemalas dan seorang yang gagal. Sendiri pikir la... Korang ada otak. Aku tak rugi apa-apa pun kalo korang tak nak pikir.

Belajarlah menghargai kewujudan kawan-kawan di sekeliling kita. Kalo tak... sampai bila-bila lah korang tak akan kemana-mana. Kesimpulannya nombor telefon korang memang aku dah buang. Jangan harap ar aku akan merayu minta semula nombor korang. Kalo korang ingat aku akan merayu semula minta nombor korang, korang silap ar. Ni Joe beb... Aku tak akan patah balik apa je keputusan yang aku dah buat. Aku bagi tau korang la... Serius aku tak rugi hilang kawan macam korang. Jangan menyemak lagi dalam hidup aku. Berambus ar korang. Anggap jerk aku tak pernah kenal korang. Kalo ikut kan sakit hati aku yang korang buat... Tak cukup lagi apa yang aku dah buat pada korang. Tapi mungkin sebab aku ni kesian kat korang. So, aku buang jerk nombor hp korang. Aku tak nak dengar lagi cerita korang. Cermin diri korang dulu sebelum korang mengata aku sombong. Kalo aku sombong, aku tak ada ramai kawan. Sendiri pikir ar.... " tuuutttttttttttt.......

"Awak bercakap dengan sapa tu Joe?" "Uh! Bila masa awak datang?" "Tadi lagi dah sampai. Saya tengok, sikit punya garang lagi awak bercakap. Dengan sapa awak bercakap tu?" "Bercakap dengan manusia yang tak tau nak menghargai kewujudan orang disekeliling dia." "Ye la... Siapa orang tu?" "Eh? Yang awak nak tau sangat ni kenapa?" "Ok-ok... Sorry-sorry... Kalo tak nak bagi tau tak pe la. Saya sekadar bertanya jerk. Tak bagi tau tak pe. Its ok." "Hurm~ Fuhhhhhhhhhhh...................." Aku melepaskan dengusan yang agak keras. Mungkin sebab terlalu marah.

Salah lelaki ke?

Hidup memang ada pasang surut. Kalo tak... tak menarik la jalan cerita hidup kita. Hurm~ stress sangat aku rasa sejak kebelakangan ni. Kalo ingatkan 4 haribulan yang lepas... Aku menghubungi bonda tersayang dan mengucapkan selamat ulang tahun. Kemudian aku bercakap la pulak dengan uda. Punya la lama aku tak balik ke kampung tu, sampaikan yang uda dah abis pengajian pun aku tak tau. Apalah aku jadi abang ni.... Bukan aku tak mahu pulang ke kampung, tapi disebabkan tanggung jawab kerja tak mengizinkan aku untuk berbuat sedemikian. Semua kawan-kawan kat pejabat ni pun sibuk. Sampai ada yang terpaksa tidur di pejabat. Termasuk lah aku. Begitu amanahnya mereka-mereka menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Sekarang aku masih lagi dipejabat menyelesaikan tugas-tugas yang tak pernah habis. Dalam sibuk aku membuat kertas kerja, sempat juga melayang fikiran aku terhadap peristiwa yang berlaku semalam. Bob menceritakan yang dia tak jadi bertunang. Aku agak terkezut gak la... Kenapa macam tu? Bob hanya mampu jawab tak ada jodoh.... Bukan setakat itu sahaja. Malah Bob juga telah bujang kembali. Dia terus putuskan perhubungan antara dia dengan Hasilah. Dia bagi tau yang Hasilah tak boleh lagi jadi seperti mana Hasilah yang memula dia kenal dulu. Seorang yang memahami. Hasilah yang sekarang Bob bagi tau telah banyak berubah. Seorang yang tak pandai kawal emosi, terlalu memberi tekanan kepada Bob. Bob bagi tau aku, sampai dia nak buat kerja pun masih diganggu Hasilah. Sedangkan mereka baru jerk lepas jumpa. Tapi Hasilah masih lagi mengganggu Bob dengan alasan nak kan perhatian. Hurm~ Aku sendiri tak dapat nak tolong ko Bob. Aku pun tak paham kenapa Hasilah macam tu. Kalo ko rasa tindakan yang ko buat tu betul... Janji ko bahagia sudah lah Bob. Bob pulak kata, dia tak takut dan serik nak bercinta lagi. Pada dia biarlah Hasilah belajar dari kesilapan dia. Pada aku itu pun kalo dia sedar kesilapan dia...

Entahlah??? Perempuan ni terlalu mengikut perasaan dan terlalu abstrak untuk difahami. Begitu uniknya perempuan Allah ciptakan. Ada seorang mamat yang aku sembang kat kedai mamak semalam, dia kata perempuan ni selalunya cepat melatah. Buat keputusan tak berfikir panjang. Bila dah terhantuk baru nak sedar. Masa tu, mula la diri tu murah dengan air mata. Kalo tak ego... Aku pernah dengan kawan-kawan pejabat lama aku kata, perempuan sekarang dah advanced. Semua kerja lelaki mereka boleh buat. Sampai tahap takburnya dia, dia kata... suatu hari nanti lelaki dok rumah jaga anak. Masa tu nak je aku jawab... Alo kak long, sekarang ye la... perempuan ramai dah macam 8:1... Sebab tu nampak perempuan jerk yang menonjol dalam segala bidang. Cuba korang orang perempuan pikir, kalo lelaki ramai ada ke isu semua bidang perempuan ceburi... Silap-silap tak pernah wujud jawatan kerja untuk perempuan. Persoalan, semua ke kerja lelaki perempuan boleh buat? Ada awek berlagak kat kedai runcit depan rumah aku tu. Kononnya perempuan hebat. Tapi kenapa angkat tong gas suruh orang lelaki angkat? Kalo hebat junjung ar tong gas tu atas kepala. Itu baru hebat.... Kalo semua kerja lelaki perempuan boleh buat... Kenapa para rasul dan nabi itu Allah letakan tanggung jawab tu kepada lelaki dan Allah nyatakan lagi lelaki adalah pemimpin di dunia. Kenapa bukan perempuan? Itu satu bukti yang kukuh yang perempuan tu lemah. Ini tidak... perempuan zaman sekarang... sampai ada yang jadi Imam solat Jumaat lagi. Ada yang bercita-cita nak jadi perdana menteri pulak tu... Lu orang pikir la sendiri... Rasul dan nabi dikalangan lelaki. So, lu orang.. orang perempuan nak jadi perdana menteri ke? Aku memang hangin betul lah kat awek kedai runcit depan rumah aku tu. Bodoh sombong. Harap je belajar tinggi. Otak tak boleh guna. Aku ni, SPM pun tak de. Tapi masih boleh mampu pikirkan benda-benda asas macam tu.... Mungkin terlalu emosi pasal aku sedih tengok keadaan Bob yang tertekan sekarang ni disebabkan perempuan yang bernama Hasilah. Itu pun dia masih senyum untuk menghiburkan diri sendiri. Sorry la kaum hawa yang terasa.