Ketentuan untuk ku

Joe... Joe... Apa yang dah berlaku sebenarnya? Joe... Joe... Ko dengar tak? Joe... Joe... Bangun Joe... "Eh? Apa yang dah terjadi sebenarnya? Bob... Bob... Ko dengar tak? Kenapa ummi pun ada kat sini? Mereka semua tengok apa tu? Eh? Aku? Kenapa aku terbaring kat situ? Aku kat mana ni sebenarnya? Ummi... Ummi... Along ni ummi... Kenapa ummi menangis? Angah... Uda... Achik... Adik... Kenapa semua tak nampak aku ni?" "Sabar makcik... pihak kami akan cuba menyelamatkan anak makcik... Harap makcik berdoa pada Allah agar dipanjangkan usia anak makcik." Apa yang sebenarnya berlaku pada aku? "Bob... Macam mana keadaan Joe Bob?" Eh? Nur pun ada? Apa yang sebenarnya berlaku? Ya Allah, Kau berilah petunjuk kepada aku. Apa yang telah terjadi pada aku sebenarnya?

"Along." "Eh, Abah? Abah nampak along? Abah, apa yang berlaku ni? Along keliru... Macam mana along boleh jumpa abah? Macam mana ummi tak nampak along?" "Ni semua kuasa Allah along. Along kene tabah. Along kene kuat untuk tempuh semua ni." "Maksud abah?" "Abah tak boleh bagitahu apa-apa pada along. Nanti along akan ketemui sendiri segala jawapan kepada persoalan along." "Abah sentiasa memerhati along, ummi dan adik-adik dari atas." "Abah... Abah... Abah nak kemana?"

Sedar tak sedar aku menangis ketakutan dan kekeliruan terhadap situasi yang aku tempuhi sekarang. Kenapa ini semua perlu berlaku pada diri aku? Apa sebenarnya yang Allah nak tunjukkan kepada aku? Aku tak mampu nak melihat ummi menangis. Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat aku.

"Doktor, macam mana keadaan kawan saya doktor?" "Keadaan kawan awak, dia akan berada dalam keadaan koma dalam beberapa hari. Saya harap mereka yang rapat dengan pesakit akan terus berada disisi untuk memberi kata-kata semangat kepadanya. Kerana orang yang koma ini dia dengar apa yang kita cakapkan. Dan seperkara lagi, banyak-banyakkanlah berdoa kepada Allah agar dia cepat sembuh." "Doktor, apa sakit anak saya ni doktor?" "Ada darah beku dikepalanya akibat hentakkan yang kuat. Dia pernah mengalami kemalangan ke atau apa-apa hentakkan yang kuat dikepalanya?" "Saya tak tahu pulak doktor? Dia tak pernah cerita apa-apa pada saya." "Pernah doktor. Dia pernah beritahu saya yang dia pernah mengalami kemalangan dan kepalanya terhentak kuat." "Hmm... Darah beku dikepalanya telah kritikal. Jika tadi awak lambat hantarnya ke hospital mungkin kami tak sempat berbuat apa-apa." "Bob, kenapa tak beritahu pada makcik Bob?" "Maaf makcik, saya memegang amanah Joe. Dia tak benarkan saya beritahu pada sesiapa pun, terutamanya makcik atau ahli keluarganya. Sebabnya dia tak nak ada sesiapa yang risaukan keadaannya. Maaf makcik. Joe tu seorang yang tabah, kuat semangat. Dia sakit macam mana sekali pun dia tak pernah manjakan diri dia dengan ubat. Ada kalanya dia sakit sampai tak mampu nak bangun. Saya dah naik risau dah. Tapi... Dia masih lagi degil dan cuba untuk tidak makan ubat." "Along... Kenapa along tak bagi tahu ummi along....?" "Sabar makcik... Sabar... kita doa banyak-banyak agar along cepat sembuh. Maaf, saya terlupa perkenalkan diri. Saya Nur. Kawan pejabat Joe." 

"Maafkan along ummi. Along tak bermaksud nak buat ummi macam ni. Along cuma tak nak ummi risaukan keadaan along. Along tak sampai hati nak menyusahkan ummi lagi. Sejak along kecil ummi dah banyak bekorban untuk along. Along tak nak ummi risaukan along. Along cuma mengalah dan biarkan ummi fikirkan hal adik-adik je. Tak usah la risaukan along. Tapi.... along tak sangka boleh jadi macam ni... Along minta maaf ummi..."

Ya Allah, aku redha dengan ketentuan Mu. Kau berikanlah aku peluang untuk terus membahagiakan ibu ku. Hanya pada Mu aku berserah. Amin~