Selamat Hari Lahir

Hari ni genap usia arwah abah 52 tahun. Teringat aku masa ulang tahun arwah ke-51. Masa tu, arwah called aku dan bersembang panjang dan setiap hari dia call aku. Alasan dia, dia dapat buat panggilan free selama seminggu kerana hadiah dari celcom kerana ulang tahunnya. Habis semua anak-anaknya dia called. Sampai adik-adik aku semua called aku dan menyatakan perasaan pelik terhadap arwah. "Long. Akak pelik la... hari ni abah called akak 3 4 kali." Kata uda masa called aku. Aku hanya mampu tersenyum jerk. "Ala... abah pun called along gak. Lama gak. Adalah dalam setengah jam gak along gayut dengan abah." Lepas uda, angah pulak called aku menyatakan perkara yang sama. Aku agak gembira walaupun terasa agak pelik kerana sebelum ni abah tak pernah berbuat demikian.

Tapi.... Semua tu hanya tinggal kenangan. Kenangan yang tak mungkin berlaku lagi. Alangkah syahdunya hari ni. Aku terasa lemah jerk hari ni untuk melangkahkan kaki ke pejabat. Terlalu banyak kenangan yang tak mampu aku lupakan. Hari ni tak ada lagi kedengaran telefon aku berbunyi menerima panggilan dari abah. Walaupun hari ini adalah hari kegembiraannya. "Ya Allah, Kau lapangkanlah pusara ayahku dan Kau tempatkanlah ayahku bersama kekasihMu Ya Allah."

Hurm.... Hari ni hilang mood aku nak bekerja. Terasa seperti nak je balik kampung dan ziarah ke pusara arwah. Aku masih jugak langkahkan kaki ini. Gagahkan diri untuk terus hidup. Mungkin rakan-rakan di pejabat merasakan aku pelik hari ini. Ada gak yang aku terdengar mereka berbisik bisik menyatakan aku seperti mayat hidup, nampak tak bermaya, ada jugak yang bertanyakan seandainya aku sakit, ada yang kata aku ada masalah. Macam macam prasangka mereka. Aku tau yang mereka semua amik berat terhadap aku. Tapi aku tak tau nak bercerita. Biarlah hanya hati aku sahaja yang mengerti akan perasaan aku ini.

"Assalamualaikum." "Wa'alaikumsalam." "Eh, Joe. Tak sangka aku ko kerja kat sini." "Siapa ye awak?" "Akulah... Nur..." "Owh ok. Awak ke yang tegur saya kat LRT hari tu?" "Yelah. Aku lah." "Awak buat apa kat sini?" "Aku baru jerk tukar kesini." "Maksud awak?" "Yelah. Aku sekarang kerja kat sini. Aku dah berhenti kat tempat lama." "Owh..." "Ko ni kenapa? Tak sihat ke? Sakit?" "Saya tak ada apa-apa." Perbualan kami termati setakat itu sahaja. Dan lamunan aku pun terhenti akibat teguran Nur tadi. Tak pelah. Sambunglah kerja. Selamat hari lahir abah. Along sayang abah. Sayang sangat. Kami semua sayangkan abah. Kami semua rindukan abah.

Aku Sepi

Leka aku menghayati...
Kepekatan malam membawa kesunyian,
Kesunyian memberikan ketenangan,
Hanya kedengaran lembut angin berzikir,
Dalam kesunyian menerbitkan ilham,
Menenangkan jiwa yang serabut,
Merehatkan minda yang kusut,
Termenung aku ketika...
Sepinya malam yang syahdu,
Menghayutkan perasaan yang dilanda kerinduan,
Rindu yang tak berpenghujung,
Rindu yang tak mungkin diubati,
Betapa aku lemah sebagai manusia,
Ingin aku laungkan rasa rindu ini,
Ingin aku isi kesunyian ini,
Terasa...
Alangkah lemahnya aku,
Kerana aku hanya mampu termanggu,
Merenungkan nasib diri,
Terus diburu rasa rindu,
Bilakah ini akan berakhir?
Betapa sakitnya hidup seperti ini,
Merindu kepada yang tak mungkin akan kembali,
Buat selamanya,
Perasaan rindu terus menerus menghiris hati,
Selamanya aku akan terus merinduimu.
::Roo-mah koo...::


Hujung minggu yang menyakitkan. Menyakitkan minda hati dan perasaan. Aku terasa betapa kosongnya hidup. Entah kenapa secara tiba-tiba aku terasa betapa aku rindu terhadap arwah abah. Tak pernah aku minta perasaan ini datang. Tapi kenapa tiba-tiba aku jadi seperti ini? Tiba-tiba aku boleh terimbas kembali kenangan kali terakhir aku lihat arwah hidup. Tak semena-mena air mata aku menitik. Kenapa mesti perasaan seperti ini wujud semula dalam jiwa aku? Aku kena kuatkan diri. Jangan layan perasaan seperti ini. COme on la Joe. Janganlah ko lemah. Arwah abah tak pernah ajar ko jadi lemah. Kalo arwah abah tau ko macam ni, mesti arwah sedih. Ko kene bangkit Joe. Kene teruskan hidup. Mak dan adik-adik masih perlukan ko. Ko adalah tempat mereka bergantung. Janganlah ko lemah.

Sekarang dah pukul 1.27 pagi. Mata masih tak mahu lelap. Aku masih terus termenung. Kepala terasa kosong. Apa yang boleh aku buat dalam masa-masa macam ni? Radio Sinar FM masih terus kedengaran, tapi tak berjaya menarik minat aku untuk mendengar. Apa yang aku nak buat esok siang ye? Sunyi yang teramat sangat. Walaupun dikelilingi dengan kawan-kawan. Aku tetap terasa sunyi. Tak de perkara yang berjaya membuatkan hati aku terasa gembira.

Teringat aku peristiwa pada hari Jumaat. Macam manalah aku boleh terjumpa dengan Nur semula? Dia kerja kat mana sebenarnya? Dia tinggal kat mana? Hurm... Aku harap dia sentiasa baik. Hurm... Pertemuan yang sekejap. Tapi membuatkan aku teringat. Mungkin kerana aku dah lama tak jumpa dia. Dah lama tak dengar khabar cerita dari dia. Mungkin kerana itu aku teringat-ingat. Tak pe la... ada jodoh, mungkin aku akan jumpa dia lagi. Eh? Rokok pun dah abis. Tido la...

Aku yang Keliru

Semalam merupakan hari yang pelik bagi aku. Bob pun seolah-olah confused dengan aku semalam. Aku yang mengalaminya lagi la pelik. Aku boleh termimpikan Aishah masa tertido kat dalam train. Dah tu, dalam mimpi tu Aishah sempat cakap kereta dia dan diari jerk. Tapi bila aku sampai rumah pulak ada diari Aishah. Bob kata keluarga arwah jumpa dalam kereta arwah. Pulak tu, setiap helaian diari tu tak pernah terlepas dari tercatatnya nama aku. Sehinggalah malam terakhir semasa arwah berada dikampung sebelum arwah pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi tak sempat tiba. Hati terdetik, apa sebenarnya yang Aishah alami? Dia suka kat aku ke? Punya banyak lagi lelaki lain kenapa aku? Apa ada pada aku? Kerja pun tak tentu. Cerita pasal aku bermula sejak hari pertama dia kenali aku pulak tu. Masa tu aku just followed Bob jerk. Join family day syarikat Bob buat kat PD masa tu. Tak sangka pulak aku, pertemuan yang sekejap tu boleh membuatkan nama aku tercatat dalam diari. Tak pe lah... Perkara dah lepas. Aishah pun dah selamat berada disana. Semoga Aishah tenang disana. Tetiba aku teringatkan kisah semasa nak belikan kain untuk ummi. Masa tu Aishah ajak aku kuar ke Jalan TAR. Rindu plak saat-saat tu. Apa yang aku alami ni? "Stesen Masjid India." Hurm... Memang kenangan betul lah... Berombak pulak dada aku... terasa sebak la pulak bila terkenangkan masa kat Hospital. Nak jemput jenazah Aishah. Bersih jerk wajah dia, tersenyum... Adoi... Terkenang aku pada arwah abah. Arwah abah pun tersenyum jerk sepanjang urusan jenazahnya... Itu yang membuatkan aku tak dapat nak menahan sebak dada sehingga aku tewas mengalir gak air jernih dari mata aku ketika aku mandikan arwah abah dulu. Kerasnya hati lelaki aku ini tewas juga bila aku hadapi keadaan seperti itu. Hanya Allah jerk yang tau betapa sedihnya aku. Lepas tu aku kehilangan seorang kawan pula... Aishah. Herm... aku redha jerk dengan apa yang dah tertulis untuk aku. Aku pun tak tau masa aku bila? Kalo aku pikir-pikirkan... sekarang ni aku dah terlalu penat. Kalo boleh aku nak juga rehat seperti arwah abah dan Aishah. Aku dah terlalu penat untuk hidup ditempat yang semakin sempit dan sesak dengan jiwa manusia yang rakus. "Stesen PWTC" Sampai pun. Berpusu orang keluar masuk train ni. Termasuk la aku. "Assalamualaikum" "Wa'alaikumsalam" "Encik... Encik punya barang terjatuh tadi" "Terima kasih ye." "Sama-sama. Eh? Joe kan?" "Ha'a. Siapa ek? Macam ne kenal saya?" "Tak payah la saya saya." "Aku la... Nur." "Nur? Nur mana?" "Nur Hasilah, budak yang pernah ko buli dulu masa aku praktikal kat Creative Designz dulu." "Siapa ek???? Aku tak beberapa nak ingat la..." "Tak pe... Tak penting pun ko nak ingat aku... ok la tak pe... abaikan la... mungkin aku salah orang kot. Sorry ye..." "Ok." Sorry la Nur... Aku memang kenal sangat dengan ko. Cuma aku malas nak ingat kisah yang dulu. Lagi pun aku dalam kekeliruan sekarang ni. Keliru dengan diri aku sendiri. Sorry la Nur... Kalo jumpa lagi sekali pasti aku tegur ko... seandainya tak jumpa lagi... ko anggap jerk la yang ko tak pernah kenali aku. Ramai plak orang kat kompleks Putra ni. Betapa aku keliru sekarang dengan diri dan minda aku. Yang pasti aku terlalu merindukan arwah Abah. Tetapi sekarang ni kenapa Aishah yang aku teringat? Keliru aku... apa yang tak kene dengan aku ni??? Pesan arwah abah, "Bila tiba kekeliruan melanda, itu adalah ujian Allah kepada hambanya. Kita ada akal, maka gunakanlah dengan bijak."


:: in memoriez - arwah abah bersama ummi ::

Aku dan Mu

Hari ni penuh dengan kebosanan. Hidup yang terasa kesemakan. Hati terasa tiada ketenangan. Akal yang asyik menyatakan keserabutan. Mata yang memandang seolah-olah tiada permandangan yang menarik. Sedang aku memerhatikan persekitaran Kuala Lumpur yang sesak dengan manusia, tiba-tiba mata aku terpandang akan sekujur tubuh yang berada dihujung jalan sedang memandang kiri dan kanan untuk melintas jalan raya yang sesak. Mimpi ke aku ni? Mana mungkin? Eh? Kenapa dia menghala ke arah aku? Sah memang tak silap lagi. Ni memang dia. Tapi macam mana dia ada kat sini? Macam mana dia tau aku ada kat sini? Pelik? "Assalamualaikum" "Wa'alaikumsalam" "Joe, saya tak boleh lama ni. Saya cuma nak beritahu awak sesuatu yang tak sempat saya nak beritahu awak." "Apa dia?" "Kereta saya. Diari." "Encik... Encik... Tren ni dah berhenti dah encik." "Eh? Ni kat mana ni?" "Ni stesen bukit jalil. Encik nak turun kat mana?" "Saya nak turun kat stesen bandar tasek selatan. Tak pe... Tak pe... Terima kasih kerana kejutkan saya." "Sama-sama."

Uh... dah kene patah balik semula. Pelik la mimpi tadi. Aishah macam nak beritahu sesuatu pada aku. Tapi tak sempat. Kereta dia dan diari? Apa maksud dia? Herm... Tak pe la... Apa-apa hal balik dulu la. Penat ni.

Hurm... Sampai pun rumah."Assalamualaikum" "Wa'alaikumsalam" "Eh.. ko Bob. Awal balik?" "Tadi aku dapat call dari angah adik Aishah." "Kenapa?" "Tu ha... Mereka jumpa bungkusan tu dah Dashboard kereta Aishah. Lepas tu kat bungkusan tu ada tulis nama ko. Tu yang angah call aku tadi suruh amik. Sebab dia call ko tak berjawab." "Eh? Jap mana HP aku ek? Lor... HP aku dah mati... Patutlah dia call tak dapat. Ni ke bendanya?" "Ha'a" "Apa benda ni?" "Ntah? Ko tengok la sendiri"

Eh? Diari? Macam ada sesuatu yang betul-betul Aishah nak sampaikan pada aku. Apa ye?
"Sejak aku kenali dirimu, seakan ada sesuatu yang telah membuatkan aku tertarik untuk kenali dirimu lebih dekat. Dari raut rupa mu yang cool membuatkan hati ini bergoncang setiap kali ku tatap wajah mu. Renungan mata mu membuatkan hati ini tak keruan. Bermula dengan perkenalan pada Hari Keluarga syarikat. Tidak ku sangka ianya membawa keakraban sehingga kini. Tutur bicara mu yang tersusun membuatkan kata-kata yang keluar dari mulut mu amat aku kagumi. Senyuman yang terukir membuatkan dirimu tampak lebih manis." "Hari ni aku menghantar PC angah kerumahnya. Kemudian aku bawa dia keluar. Aku terasa seperti tak mahu melepaskan saat-saat setiap kali bersamanya. Terlalu pantas masa yang berlalu. Seolah-olah cemburu dengan setiap pertemuan aku dengannya. Tak puas aku tatap senyumannya. Kenapa? Apa sebenarnya yang aku alami ni? Adakah dia juga mengalami perasaan yang sama seperti aku? Oh, Tuhan... Ko rahmati dan lindungi persahabatan kami. Joe... Kenapa aku tak mampu untuk kehilangan mu?"
"Hidup hanya sekali,
Apa gunanya hidup tanpa kasih sayang?
Akan aku abadikan segala kenangan bersama,
Tersemat rapi dalam hati ini,
Hati dipalu ingin dikasihi,
Tapi adakah yang sudi?
Layakkah diri ini disayangi?
Cinta perlukan pengorbanan,
Tanpa keikhlasan dalam pemberian dan penerimaan,
Maka tiadalah istilah kekasih.
Perasaan menjerit-jerit untuk dikasihi,
Tapi dengarkah dikau akan jeritan ini?
Tahukah engkau yang aku perlukan mu untuk aku terus hidup,
Sedarkah engkau yang dirimu itu adalah kekuatan ku.

::Jeritan Aishah - Bilik, 1.45 a.m, 2/3/2008::"

Ya Allah... Kau ampunkanlah dosa hamba mu ini. Kau tempatkan Roh Aishah dikalangan kekasihmu Ya Allah. Aishah, maafkan aku. Seandainya aku tahu ini yang akan berlaku, semestinya pada masa tu aku akan berada di sisi mu. Temankan mu. Maafkan aku Aishah. Jauh disudut hati ku terasa rindu terhadap diri mu.