Terlenakah Aku?

Jam dah menunjukkan pukul 3.30 pagi. 7/11/2009. Mata aku masih tak mahu tertutup. Hotak aku ni masih ligat memikirkan pelbagai perkara. Pagi ni masih lagi kawan karib aku menemankan aku. Tapi kawan aku ni dah tinggal sebatang la pulak. Rasa macam ada lagi sekotak kat dalam tu. Jap lagi la aku cari semula. Suasana kat luar agak berkabus. Sunyi jerk. Rasa damai jerk hati ini. Dikala ini aku cuba melepaskan segala lelah beban yang aku hadapi sekarang ni. Bob masih lagi bercinta ditelefon bersama aweknya. Layan jerk Bob... Kalo tak merajuk pulak...

Esok aku ada urusan kat pejabat. Aku perlu menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh semalam akibat meeting. Sebab, hari Isnin ni Madam dah nak mintak dah kerja aku tu. Tapi yang aku pelik... Kenapa mata aku ni masih terus mahu melihat keindahan alam yang berkabus ni??? Baik aku masuk bilik, paksa diri untuk tidur.

"Indah alam ciptaan Allah,
Indah manusia ciptaan Allah,
Betapa kerdilnya aku untuk melupakan itu semua,
Sesungguhnya Allah tak pernah sekali pun terlupa,
Terlupa memberi rahmat kepada hambanya,
Terlupa untuk memberikan oksigen kepada hambanya,
Tak pernah pula Allah terlupa untuk memberikan kasih sayangNya,
Akan tetapi akulah yang menzalimi diri sendiri,
Akulah yang sering melupakanNya"

Eh? dah tertido ke aku ni? Atau aku masih lagi berangan-angan? Gelap... Hitam... Tiba-tiba... Putih sehingga menyilaukan.... Eh? Apa ni?

Ada sesuatukah itu?

"Baiklah, kita tanggungkan mesyuarat kita ni hingga ke tarikh yang bakal saya beritahu kelak. Terima kasih kepada saudara dan saudari sekalian. So, mesyuarat bersurai." Uhhh... Lega.. Akhirnya abis gak meeting tu... Dari pukul 9 pagi membawa ke 4 petang. Lepak giler... "Joe!" Apalagi la makcik ni??? "Ha... Saya." "Joe sibuk ke sekarang?" "Tak lah sibuk. Nape?" "Jom pi minum petang? Pekene pisang goreng ke... Ok?" "Ok. Sekarang ke?" "Ha'a. Kita balik kat tempat memasing letak barang-barang dulu. Then kita jumpa kat lobby." "Tapi... Sekarang kan masih masa kerja.... Nanti Madam Suzy jerit nanti payah pulak." "Nur dah tanya kat madam tadi. Madam dah bagi green light dah...." "Oooo... ok" Hurm... Baru aku nak kalih dari pi minum dengan dia... Ingat nak berambus terus balik... Kurang-kurang dapat aku layan kepala pusing-pusing kat tasik titiwangsa ke petang ni layan kan orang-orang main kete kontrol ke...

"Joe tinggal mana sekarang?" Eles... Ayat biasa jerk untuk memulakan perbualan.... Bosan-bosan... "Tinggal kat area cheras-ampang. Tahu ke?" "Tahu la gak." "Nur tanya Joe... Nur tinggal kat mana?" "Nur tinggal kat Pandan Height" Alamak.... Satu tempat rupanya.... Nasib baik la tak pernah terserempak... Kalo tak... Malapetaka.... "Lama ke Joe dah kerja kat sini?" "Lama tu tak la... Kira baru gak la... adalah dalam 12 bulan lepas." "Apalah Joe ni... senget ek? 12 bulan tu setahun la... dah setahun kerja kat sini kira lama la tu... kalo nak dibandingkan dengan Nur yang baru sebulan." Aku hanya mampu tergelak dan senyum jerk mendengar penjelasan yang panjang lebar tu. "Kat sini Nur tinggal dengan siapa?" "Nur duduk bujang jerk. Rumah Nur tu tiga orang jerk termasuk Nur..." "Macam mana Nur boleh kenal dengan mereka berdua tu? Kawan lama ke?" "Tak lah... Ada salah seorang budak rumah tu... dia iklankan kat internet.... Mencari housemate. Joe ingat tak masa Nur tegur Joe barang Joe jatuh masa kat LRT?" "Hurm... Ingat." "Masa tu lah Nur pi jumpa budak tu, untuk deal pasal nak sewa kat rumah tu. Budak tu kerja kat area Masjid Jamek." "Ooo... Semua dah bekerja la kat rumah tu? Sebaya ke mereka tu dengan Nur?" "Ha'a, semua kerja... Tak la sebaya... Setakat ni Nur yang paling muda la kat rumah tu... Iza yang paling tua kat rumah tu... dia yang kerja kat Masjid Jamek... Kerja sebagai pegawai bank kat cimb kat Masjid Jamek tu... Yang satu lagi, Ziha... Dia kerja kat KLCC sebagai Executive Business Planner untuk Petronas. Yang last Nur la... Kerja setakat interior designer jerk..." "Gempak-gempak juga jawatan mereka semua ek.... Seram jerk dengar..." "Mereka memang gempak kerja nya... Nur jerk yang tak gempak..." "Tak pe la... rezeki halal... Eh? Mereka berdua tu mesti High Class kan? Ada ke pakwe nak dekat dengan orang macam tu? Joe agak kan... Kalo ada pun mesti yang sama standard dengan mereka kan?" "Eh! Joe ni... Tak la... Iza dan ziha tu low profile jerk tau orang nye... Dah la tu... dua-dua tu cute cantik jerk... tapi Iza dah nak tunang dah hujung bulan ni... Nur tengok pakwe dia tu kerja sendiri jerk. Buat business IT. Ada ofis pun ofis rumah kedai je. Bukan la anak orang kaya. Tapi Iza ok jerk... Walaupun ada BMW 3 series, kuar dating still naik kancil pakwe dia... Alasan dia... dia dah sayang... siapa pun lelaki tu dia terima jerk. Tak baik tau Joe buruk sangka kat mereka... Ziha masih lagi mencari-cari. Ziha ni orang KL gak. Ziha pun low profile gak. Walaupun anak orang kaya... Tapi bawak kete kelisa jerk." "Ok... Joe jawab semula ek... Iza tu sebab nak save duit minyak kete... BMW kan minyak rabak... sebab tu naik kancil... lagi pun kete pakwe dia... pakwe dia yang kene kuar duit minyak kete... Iza tu peduli apa kan? Pasal Ziha tu... dia bawak kelisa sebab kat KL ni senang nak parking. Kalo bawak kete besar-besar nanti susah pulak nak parkingkan?" "Iskh~ tak baik la Joe ni... Mereka ok la semua... Nanti ada masa lapang nanti Nur kenalkan kat Joe." Saje jerk aku bakar line nak tengok respon budak ni.... Bagus la kalo kawan-kawan rumah dia macam tu... Harap-harap akan membakar semangat dia untuk lebih berjaya dari apa yang dia ada sekarang. Untung-untung kalo dah berjaya tak pulak jadi orang yang sombong dan lupa daratan.

Petang tu aku menghabiskan masa melayankan Nur. Ahhhh.... Letih. Sampai pun rumah. Nasib baik jalan tak sesak tadi. Dapat la aku sampai rumah cepat sikit... Baik aku terus mandi, segar la sikit... Nanti kalo dah baring... Kompom punya esok pagi jerk la aku mandi... Mandi la... "lalalalala... sabun di bilik mandi...."

Aku... Rahsia atau Memendam Rasa?

Hidup tak selalu indah seperti mana yang aku inginkan. Itulah lumrah kehidupan. Akal tak akan pernah terfikir kepada perkara-perkara yang bakal berlaku. Hari tidak akan sentiasa cerah. Perkenalan tidak akan sentiasa berakhir dengan kegembiraan. Percintaan pula tidak akan sentiasa berkesudahan dengan kebahagiaan.

Aku hanyalah pelakon yang melakonkan watak kehidupan tentang diri aku sendiri semasa hayat ku di dunia ini. Segala skrip telah pun ditentukan sejak azali lagi. Kelahiran aku kedunia tak pernah aku pinta. Tetapi sebagai seorang hamba aku terlalu bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku bekerja berkaitan dengan interior design. Kerja aku memerlukan kreativiti dan idea-idea baru untuk aku selitkan dalam design-design aku. Adakalanya terasa sebal dan bebal kepala hotak aku ini untuk memikirkan sesuatu yang baru. Hingga juga pernah aku bergerak seorang diri memikirkan dan mencari ilham-ilham yang baru untuk aku cetuskan di dalam kerjaya ku. Ah... kerja.. kerja... kerja... Kalo cerita pasal kerja, sampai mati pun tak akan pernah selesai.

Hidup aku simple. Dan aku suka mencari sesuatu yang akan memudahkan segala urusan kehidupan aku seharian. Walaupun adakalanya agak mustahil untuk mencari dan memudahkan urusan tu, aku tetap juga mencari kaedah dan cara lain sehingga ianya menjadi mudah. Pergaulan? Pergaulan aku biasa jerk... Aku datang dari golongan orang yang sederhana. Tiada harta, tiada nama, tiada rupa yang menarik, tiada pangkat dan darjat, tiada kelulusan yang boleh aku banggakan dan juga aku tak lah genius. Apa yang aku ada hanyalah maruah diri, cita-cita, harapan dan impian yang tak tahu bila akan aku gapai, perasaan menghormati sesama manusia, cinta untuk sidia yang tahu menghargai dan menerima aku seadanya dan tulang 4 kerat untuk aku berusaha mengisi kekosongan perut yang kekadang pun tersangkut juga.

Cinta? Pada aku cinta tu terlalu abstrak. Tiada satu definisi khas untuk aku ungkapkan maknanya cinta. Pada aku secara peribadi... cinta itu perasaan kasih sayang sesama manusia. Hala tuju cinta? Hala tuju sebenarnya kita yang perlu mencorakkan. Perhubungan yang lama pun belum tentu menjaminkan kesudahan yang membahagiakan. Cinta perlukan pengorbanan. Cinta juga perlu diluahkan. Jika tak... maka bengkaklah hati.... Adakalanya akan memendam rasa dan menyimpan rasa.

Hidup terlalu banyak rahsia. Rahsia yang hanya Allah yang tahu. Hidup ini juga akan banyak memendam rasa. Siapalah yang sudi untuk menjadi rakan berkongsi suka duka kehidupan yang sementara ini? Teman? Sahabat? Kawan? Kekasih? Isteri? Tepuk dada tanyalah diri. Mereka yang berada disekeliling masih belum cukup untuk memenuhi kekosongan hati ini. Aku hanya mampu menerima mereka seadanya walau adakalanya hati ini terguris. Aku masih lagi waras kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Walaupun kekasih mahupun isteri, pada aku masih tak dapat memenuhi jiwa aku yang kosong ini.

Tiba-tiba aku teringatkan kisah Bob yang tak jadi nak bertunang. Ada juga terasa kesian pada awek dia tu. Ntah apalah yang dia buat sekarang. Tapi pada aku, aku kesian gak pada kawan aku tu. Banyak dia mengalah dan memendam rasa dengan awek dia tu. Kekadang aku ni pelik tengok mereka yang bergelar perempuan. Ntah apa yang mereka cari pun aku tak tahu? Pada aku... Bob tu dah terlalu banyak kali mengalah dengan dia. Tapi tak cukup-cukup ke dia untuk menyakiti hati si Bob tu? Tak pelah... Bob pun dah tekad membuat keputusan. Bob pun dah nak bertunang dah dengan awek barunya. Walaupun ada kalanya Bob bercerita pada aku yang dia terasa hati dengan awek dia yang baru tu... Tapi aku tahu Bob dah menjadi seorang yang paling sabar dalam mengharungi kehidupan bercinta begitu... Disebabkan pengalaman yang lepas yang lebih mencabar kesabaran dia dan kali ini aku rasa dia akan lagi sabar. Cuma aku agak risaukan kalo-kalo awek baru Bob ni membuatkan Bob hilang tahap kesabaran dia. Bob yang dulu aku kenal lain dengan sekarang. Sekarang Bob lebih banyak bersabar dan menjadi seorang yang terlalu memendam rasa. Dia semakin sukar untuk berkongsi masalah dengan sesiapa pun. Semuanya oleh kerana pengalaman dengan kekasih lamanya. Dia menjadi seorang yang terlalu berhati-hati dan semakin kuat cemburu jika ada saja lelaki yang menghampiri kekasih baru nya tu. Aku tahu... Bob ada alasannya yang tersendiri kenapa dia jadi begitu. Alasan yang tak perlu aku persoalkan. Apa yang patut aku lakukan aku hormatilah dia seadanya... dan aku tegur-tegurlah sekiranya perlu untuk memperbaiki kesilapannya.

Aku? Aku... Cinta...? Siapalah yang nak kat aku yang ntah hapa hapa ntah ni.... Gila dengan gigs, gila dengan muzik, perokok tegar, tiada kelulusan, tiada masa depan yang cerah. Aku mungkin hanya mampu untuk mendoakan kebahagian. Tapi apakah aku akan mengecapi kebahagiaan? Hentah lah???? Hidup ini terlalu banyak rahsia.... Atau aku yang terlalu berahsia.... Mungkinkah aku yang memendam rasa???

Damai bulan Ramadhan,

"Letih! Penat! Sakit hati! Macam-macam lagi la. Aku bukannya perlukan duit! Aku sendiri tak faham la apa yang berlaku sebenarnya? Tak pe la... Aku dah tawar hati dah untuk kesana lagi. Lantak la. Aku hanya akan dicari bila diperlukan. Tak pe la. Aku akan ingat sampai mati! Apa yang ko dah buat kat aku." Itu lah keluh kesah hati aku terhadap seorang kawan ni. Aku tak kesah hilang kawan macam ko. Aku cuma masih hormatkan mak dan ayah ko jerk. Tapi kalo inilah yang aku dapat. Terima kasih.

Ntah la? Tiba-tiba aku teringat kisah lama yang berlaku antara aku dengan Hairi. Betapa aku terasa hati sangat dengan apa yang dia lakukan pada aku. Ah! abaikan jerk la. Bukan penting pun dia dalam hidup aku. Bukan dia yang bagi aku makan. Setakat meniaga kedai makan. Aku makan pun aku bayar apa. Bukan aku buat restoran dia tu suka hati mak bapak aku punya restoran.

Allahuakbar... Allahuakbar... Eh? Dah berbuka pulak. Boleh pulak aku kelamun. "Bob... Buka wei." Mana pulak si bulat ni? "Bob, Bob, Bob.... Buka wei. Bangkit ar tido tu..." "Ok ok..." Membuta lagi mamat ni? Penat sangat la tu baru sampai dari Labuan.

Nasib baik la kali ni aku mengenali seorang kawan yang macam Bob ni. Kalo tak kusut gak otak aku ni. Bob dia simple dan tak menyakitkan hati orang disekiling dia. Cuma gurauannya tu agak pedas. Slumber dia nak kutuk orang... Tapi aku tau... Hati dia baik...

"Dah wei... Mamu lagi ka? Minum ni. Ni kurma ni. Dah baca Bismillah belum ni? Ko ni...?" "Ko ke yang pi beli ni tadi?" "Ha'a... Aku tengok ko pengsan. Aku pi la sengsorang. Belikan sekali untuk ko..." "Thanks la beb." "No hal... Benda ni kecik jerk. Lagi pun ko bukan tak kenal aku kan... Bedal kasik penuh perut ko tu sudah... pastu terawikh..." Damainya suasana diwaktu berbuka... Menikmati rezeki yang Allah limpah kurniakan....

Menerung, Termenung atau Direnung?

Selamat Hari Lahir

Hari ni genap usia arwah abah 52 tahun. Teringat aku masa ulang tahun arwah ke-51. Masa tu, arwah called aku dan bersembang panjang dan setiap hari dia call aku. Alasan dia, dia dapat buat panggilan free selama seminggu kerana hadiah dari celcom kerana ulang tahunnya. Habis semua anak-anaknya dia called. Sampai adik-adik aku semua called aku dan menyatakan perasaan pelik terhadap arwah. "Long. Akak pelik la... hari ni abah called akak 3 4 kali." Kata uda masa called aku. Aku hanya mampu tersenyum jerk. "Ala... abah pun called along gak. Lama gak. Adalah dalam setengah jam gak along gayut dengan abah." Lepas uda, angah pulak called aku menyatakan perkara yang sama. Aku agak gembira walaupun terasa agak pelik kerana sebelum ni abah tak pernah berbuat demikian.

Tapi.... Semua tu hanya tinggal kenangan. Kenangan yang tak mungkin berlaku lagi. Alangkah syahdunya hari ni. Aku terasa lemah jerk hari ni untuk melangkahkan kaki ke pejabat. Terlalu banyak kenangan yang tak mampu aku lupakan. Hari ni tak ada lagi kedengaran telefon aku berbunyi menerima panggilan dari abah. Walaupun hari ini adalah hari kegembiraannya. "Ya Allah, Kau lapangkanlah pusara ayahku dan Kau tempatkanlah ayahku bersama kekasihMu Ya Allah."

Hurm.... Hari ni hilang mood aku nak bekerja. Terasa seperti nak je balik kampung dan ziarah ke pusara arwah. Aku masih jugak langkahkan kaki ini. Gagahkan diri untuk terus hidup. Mungkin rakan-rakan di pejabat merasakan aku pelik hari ini. Ada gak yang aku terdengar mereka berbisik bisik menyatakan aku seperti mayat hidup, nampak tak bermaya, ada jugak yang bertanyakan seandainya aku sakit, ada yang kata aku ada masalah. Macam macam prasangka mereka. Aku tau yang mereka semua amik berat terhadap aku. Tapi aku tak tau nak bercerita. Biarlah hanya hati aku sahaja yang mengerti akan perasaan aku ini.

"Assalamualaikum." "Wa'alaikumsalam." "Eh, Joe. Tak sangka aku ko kerja kat sini." "Siapa ye awak?" "Akulah... Nur..." "Owh ok. Awak ke yang tegur saya kat LRT hari tu?" "Yelah. Aku lah." "Awak buat apa kat sini?" "Aku baru jerk tukar kesini." "Maksud awak?" "Yelah. Aku sekarang kerja kat sini. Aku dah berhenti kat tempat lama." "Owh..." "Ko ni kenapa? Tak sihat ke? Sakit?" "Saya tak ada apa-apa." Perbualan kami termati setakat itu sahaja. Dan lamunan aku pun terhenti akibat teguran Nur tadi. Tak pelah. Sambunglah kerja. Selamat hari lahir abah. Along sayang abah. Sayang sangat. Kami semua sayangkan abah. Kami semua rindukan abah.

Aku Sepi

Leka aku menghayati...
Kepekatan malam membawa kesunyian,
Kesunyian memberikan ketenangan,
Hanya kedengaran lembut angin berzikir,
Dalam kesunyian menerbitkan ilham,
Menenangkan jiwa yang serabut,
Merehatkan minda yang kusut,
Termenung aku ketika...
Sepinya malam yang syahdu,
Menghayutkan perasaan yang dilanda kerinduan,
Rindu yang tak berpenghujung,
Rindu yang tak mungkin diubati,
Betapa aku lemah sebagai manusia,
Ingin aku laungkan rasa rindu ini,
Ingin aku isi kesunyian ini,
Terasa...
Alangkah lemahnya aku,
Kerana aku hanya mampu termanggu,
Merenungkan nasib diri,
Terus diburu rasa rindu,
Bilakah ini akan berakhir?
Betapa sakitnya hidup seperti ini,
Merindu kepada yang tak mungkin akan kembali,
Buat selamanya,
Perasaan rindu terus menerus menghiris hati,
Selamanya aku akan terus merinduimu.
::Roo-mah koo...::


Hujung minggu yang menyakitkan. Menyakitkan minda hati dan perasaan. Aku terasa betapa kosongnya hidup. Entah kenapa secara tiba-tiba aku terasa betapa aku rindu terhadap arwah abah. Tak pernah aku minta perasaan ini datang. Tapi kenapa tiba-tiba aku jadi seperti ini? Tiba-tiba aku boleh terimbas kembali kenangan kali terakhir aku lihat arwah hidup. Tak semena-mena air mata aku menitik. Kenapa mesti perasaan seperti ini wujud semula dalam jiwa aku? Aku kena kuatkan diri. Jangan layan perasaan seperti ini. COme on la Joe. Janganlah ko lemah. Arwah abah tak pernah ajar ko jadi lemah. Kalo arwah abah tau ko macam ni, mesti arwah sedih. Ko kene bangkit Joe. Kene teruskan hidup. Mak dan adik-adik masih perlukan ko. Ko adalah tempat mereka bergantung. Janganlah ko lemah.

Sekarang dah pukul 1.27 pagi. Mata masih tak mahu lelap. Aku masih terus termenung. Kepala terasa kosong. Apa yang boleh aku buat dalam masa-masa macam ni? Radio Sinar FM masih terus kedengaran, tapi tak berjaya menarik minat aku untuk mendengar. Apa yang aku nak buat esok siang ye? Sunyi yang teramat sangat. Walaupun dikelilingi dengan kawan-kawan. Aku tetap terasa sunyi. Tak de perkara yang berjaya membuatkan hati aku terasa gembira.

Teringat aku peristiwa pada hari Jumaat. Macam manalah aku boleh terjumpa dengan Nur semula? Dia kerja kat mana sebenarnya? Dia tinggal kat mana? Hurm... Aku harap dia sentiasa baik. Hurm... Pertemuan yang sekejap. Tapi membuatkan aku teringat. Mungkin kerana aku dah lama tak jumpa dia. Dah lama tak dengar khabar cerita dari dia. Mungkin kerana itu aku teringat-ingat. Tak pe la... ada jodoh, mungkin aku akan jumpa dia lagi. Eh? Rokok pun dah abis. Tido la...