Hebatkah Manusia?

Hidup ni seperti buku. Lagi banyak kita baca, maka banyaklah ilmu yang kita dapat. Tapi, kalo setakat ilmu kat buku je buat apa? Lepas tutup buku tak tau nak guna ilmu yang ada tu untuk kehidupan. Kalo nak jadi macam tu nak buat apa? Membazir duit je beli buku lepas tu bodoh gak. Pada aku secara peribadi, hidup ni satu pengembaraan. Lagi banyak aku teroka, semakin banyak perkara yang aku dapat tahu. Semakin bertambahlah pengalaman hidup aku. Cuma cara aku berbeza sikit. Sebelum aku teroka dunia ni. Aku akan isi diri dengan ilmu agar bila aku teroka aku tak sesat didunia yang luas ni. Dah 27 tahun aku hidup. Nak kata banyak makan garam kehidupan tu tidak lah. Banyak makan ajinomoto masakan tu adalah. 

Dunia sekarang ni hebat. Bukan setakat teknologi je. Malah manusia pun semakin hebat. Ada yang kerja macam robot tak kenal erti penat sampai terlupa yang Allah ciptakan bulan dan malam itu untuk berehat. Kerana apa? Kerana manusia sekarang hebat. Kejar untuk kaya. Kaya sampai mana? Kaya sampai boleh bukak kilang kaya sendiri. Tak kurang gak kerana ego. Ego nak tunjuk pada orang lain yang dia pun mampu ada apa yang orang lain ada. Orang lain tu pulak ada apa? Ada ego juga. Maka, dimana keikhlasan mencari rezeki untuk anak isteri makan? Tak ada keikhlasan. Dan rezeki yang anak isteri tu makan jadi darah daging. Jika niat si suami atau bapak itu tadi cari rezeki dah tersasar. Maka rezeki tadi pun dah bertukar menjadi tak elok. Dan anak isteri pun makan. Dan, tak hairanlah sekarang ni ramai isteri-isteri dan anak-anak derkaha. Puncanya? Terlalu banyak puncanya. Tapi, punca yang utama adalah si suami atau bapak tadi tu yang bekerja siang dan malam katanya mencari rezeki, telah lupa pada Allah. Solat 5 waktu buat. Tepat pada masanya. Bagus si suami tu. Tapi, khusyuk ke solatnya? Adakah masa solat teringatkan meeting sekejap lagi? Keduanya, zakat pulak. Berzakat ke si suami tu? Zakat fitrah pun sebab dah nak raya. Zakat harta? Zakat emas perak? Ketiganya jika niat mencari rezeki tu nak cepat kaya atau nak menunjuk, berkat ke rezeki tu? Sebab tulah aku kata, manusia sekarang hebat. Jika mesin atau robot patuh pada arahan yang tuannya tetapkan. Tapi manusia? Patuh ke pada arahan dan perintah yang mencipta mereka? Sekarang bunuh orang dah macam bunuh anak ayam. Kat mana letaknya iman? Sampai ada yang sanggup bunuh anak yang baru dilahirkan. Buta ke hati mereka tu?

Pernah dulu seorang teman datang pada aku bertanyakan macam mana dia nak dapat kebahagiaan hakiki semasa hidup didunia ni. Aku sendiri tak tahu nak jawab macam mana. Cuma secara spontannya, aku pun jawablah, kebahagiaan hakiki Allah telah berikan kepada kita semua umat manusia sebagai khalifah dibumi. Cuma kita kene cari, kene kejar untuk kita miliknya. Cara mana? Pertama, dekatkan diri dengan Allah. Kedua, perbaiki niat diatas segala perkara yang ingin dilakukan. Dan yang terakhir. Buangkan sifat negatif dalam diri. Ego, hasad dengki, cemburu buta. Itu semua boleh merosakkan diri. Untuk apa rupa tampan dan cantik jelita tapi hati busuk? Hati masih lagi ada rasa ego, hasad, cemburu buta.

"Joe, bangkit joe. Dah sampai dah." "Ha? Sampai? Ok...ok..." "Assalamualaikum" "Ummi... Along dah sampai." Akhirnya.... Sampai gak aku kat kampung. "Ummi sihat?" "Sihat, Alhamdulillah. Masuk dululah. Bob meh masuk sekali. Makan dulu tu. Ummi dah siap masak dah." "Makcik masak apa makcik? Bau macam sedap je." "Ummi masak makanan kampung je. Lemak cili api, sambal petai." "Sedap tu mi...." "Ko ni Bob... agak-agak la mencekik... Tadi dah makan. Ni makan lagi...." "Releks la bro.... Tadi tengah hari... Ni dah gelap langit tu... Perut gua lapar ni..." "Dah.... yelah... masuk dulu... mandi... solat... lepas tu kita makan sama-sama." "Yelah mi." Sejuk hati aku tatap wajah ummi. Tenang je rasa hati ni.

Kembali

Diam tak diam dah seminggu rupanya aku terlantar di katil hospital. Ya Allah aku pasrah di atas segala ketentuan Mu. Hari ni aku dah dibenarkan keluar. Bob datang menjemput aku pulang. Bob terus hantar aku ke kampung katanya. Dalam perjalanan tak banyak perkara yang kami bualkan. Aku hanya melayan perasaan gembira aku kerana telah bebas dari syurga yang membosankan. "Beb ko lapar tak? Aku nak berhenti makan jap la." Bob memulakan perbualan. "Aku ok jerk." Kami berhenti di hadapan sebuah gerai makan. 

"Joe, aku ingat aku nak tunang la. Apa pendapat ko?" Aku hanya tersenyum melihat gelagat Bob. "Bro, aku sembang dengan lu kot... Bukan sembang dengan kerusi yang lu duduk tu.... Yang lu senyum ni kenapa? Jawab la aku tanya tu." "Aku tak tau hujung pangkal, tup tup... ko nak bertunang. Dengan siapa? Orang mana? Bila? Macam mana ko kenal dia? Banyak soalan yang timbul dalam otak aku. Kalo soalan tu tak ada jawapannya, macam mana aku nak jawab soalan ko? Boleh tahan jugakan ko ni. Lepas tu nak bingit dengan aku pulak. Sekali aku siku kepala lutut ko baru ko tau." "Ok, ok.... Heeheehee, jangan la hangin. Aku nak tunang dengan awek aku la." "Awek ko yang tu ke?" "Bukan yang semak samuk tu... Yang baru. Hee..." "Siapa?" "Alia, budak opis aku." "Ok, jawapan aku senang untuk persoalan ko tadi tu. Ko umur pun dah nak masuk 30 tahun. Aku rasa memang dah tiba seruan untuk ko berumah tangga. Cuma ok yang ko maksudkan tu aku tak beberapa pasti  ok yang macam mana ko maksudkan. Tapi, ko memang dah sepatutnya kawin. Macam aku ni lainlah. Masih muda remaja lagi. Baru 27 tahun." "Hurm... Jawapan ko tu agak boleh diterima gunalah kan... cuma dalam jawapan yang bernas tu ada sikit kesialan gak jawapan ko tu kan?" "Releks la bro, ko macam baru kenal aku jerk kan.... Tak boleh gurau lu duduk surau la beb." "Oklah... aku kenal ko... No hal punya... Selama ni pun ko yang banyak tolong aku dan pandangan ko pun banyak membantu aku... Aku rasa ko ni kan Joe, boleh jadi kaunselor la...." "Apa kejadahnya ko ni... Aku lebih selesa dengan apa adanya aku sekarang." "Jom lah, nanti lewat ko sampai. Kang ummi ko risau pulak." "Orite."

"Akhirnya, sampai juga seru untuk ko berkawin Bob. Baguslah, aku doakan ko bahagia. Yang lama tu ko lupakan saje la. Sampai bila ko harus bersabar dan bertahan dengan perempuan yang tak tau menghargai ko? Tapi kali ni ko janganlah sampai tersalah pilih pula." Suasana kembali sunyi didalam kereta. Teringat aku akan kisah silam hidup aku. Betapa sakitnya hati bila kepercayaan yang diberi dipermainkan oleh insan yang dikasihi. Aku pernah hampir-hampir hilang keimanan dan akal yang waras hingga aku sanggup buat keputusan untuk terjun dari tingkat 6 rumah aku. Nasib baik ada Bob yang cuba menenangkan aku. Ishks.... Kenapalah kisah zaman kegelapan ni boleh bermain difikiran aku. Aku nak lelap sekejaplah. Sebab kesan makan ubat tadi. Seandainya tido aku ini untuk selamanya. Maafkan aku semua.