Kembali

Diam tak diam dah seminggu rupanya aku terlantar di katil hospital. Ya Allah aku pasrah di atas segala ketentuan Mu. Hari ni aku dah dibenarkan keluar. Bob datang menjemput aku pulang. Bob terus hantar aku ke kampung katanya. Dalam perjalanan tak banyak perkara yang kami bualkan. Aku hanya melayan perasaan gembira aku kerana telah bebas dari syurga yang membosankan. "Beb ko lapar tak? Aku nak berhenti makan jap la." Bob memulakan perbualan. "Aku ok jerk." Kami berhenti di hadapan sebuah gerai makan. 

"Joe, aku ingat aku nak tunang la. Apa pendapat ko?" Aku hanya tersenyum melihat gelagat Bob. "Bro, aku sembang dengan lu kot... Bukan sembang dengan kerusi yang lu duduk tu.... Yang lu senyum ni kenapa? Jawab la aku tanya tu." "Aku tak tau hujung pangkal, tup tup... ko nak bertunang. Dengan siapa? Orang mana? Bila? Macam mana ko kenal dia? Banyak soalan yang timbul dalam otak aku. Kalo soalan tu tak ada jawapannya, macam mana aku nak jawab soalan ko? Boleh tahan jugakan ko ni. Lepas tu nak bingit dengan aku pulak. Sekali aku siku kepala lutut ko baru ko tau." "Ok, ok.... Heeheehee, jangan la hangin. Aku nak tunang dengan awek aku la." "Awek ko yang tu ke?" "Bukan yang semak samuk tu... Yang baru. Hee..." "Siapa?" "Alia, budak opis aku." "Ok, jawapan aku senang untuk persoalan ko tadi tu. Ko umur pun dah nak masuk 30 tahun. Aku rasa memang dah tiba seruan untuk ko berumah tangga. Cuma ok yang ko maksudkan tu aku tak beberapa pasti  ok yang macam mana ko maksudkan. Tapi, ko memang dah sepatutnya kawin. Macam aku ni lainlah. Masih muda remaja lagi. Baru 27 tahun." "Hurm... Jawapan ko tu agak boleh diterima gunalah kan... cuma dalam jawapan yang bernas tu ada sikit kesialan gak jawapan ko tu kan?" "Releks la bro, ko macam baru kenal aku jerk kan.... Tak boleh gurau lu duduk surau la beb." "Oklah... aku kenal ko... No hal punya... Selama ni pun ko yang banyak tolong aku dan pandangan ko pun banyak membantu aku... Aku rasa ko ni kan Joe, boleh jadi kaunselor la...." "Apa kejadahnya ko ni... Aku lebih selesa dengan apa adanya aku sekarang." "Jom lah, nanti lewat ko sampai. Kang ummi ko risau pulak." "Orite."

"Akhirnya, sampai juga seru untuk ko berkawin Bob. Baguslah, aku doakan ko bahagia. Yang lama tu ko lupakan saje la. Sampai bila ko harus bersabar dan bertahan dengan perempuan yang tak tau menghargai ko? Tapi kali ni ko janganlah sampai tersalah pilih pula." Suasana kembali sunyi didalam kereta. Teringat aku akan kisah silam hidup aku. Betapa sakitnya hati bila kepercayaan yang diberi dipermainkan oleh insan yang dikasihi. Aku pernah hampir-hampir hilang keimanan dan akal yang waras hingga aku sanggup buat keputusan untuk terjun dari tingkat 6 rumah aku. Nasib baik ada Bob yang cuba menenangkan aku. Ishks.... Kenapalah kisah zaman kegelapan ni boleh bermain difikiran aku. Aku nak lelap sekejaplah. Sebab kesan makan ubat tadi. Seandainya tido aku ini untuk selamanya. Maafkan aku semua.