Dimana aku sekarang?

Hari nie aku tersangkut kat KL. Semuanya gara-gara boss aku yang punya angkara. Apa boleh buat... salah orang lain aku yang menjadi mangsa. Inilah dunia. Mungkin ada hikmah disebalik perkara yang berlaku ni. Aku redha. Petang yang damai ni aku lepak kat rumah jerk. Terkenangkan pagi tadi aku tak dapat ke pejabat disebabkan kepala yang teramat sakit dan mood yang tiada untuk bekerja. Angah dan acik demam kat KL nie. Risau pulak aku dibuatnya. Kenapa ye orang di KL ni agak gelojoh mengejar duit? Mungkin kerana faktor-faktor kehidupan dan keperluan hidup. Tapi kenapa pulak ada yang sanggup menyusahkan dan memijak orang lain? Malah ada pulak yang sanggup tikam belakang kawan-kawan. Abah selalu berpesan, "along kalo kita nak hidup, kita jangan menipu dan menabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Kerana itu akan menyusahkan diri kita sendiri dikemudian hari." Hem... sekarang ni baru aku paham apa makna yang tersirat disebalik kata-kata abah tue. Dunia nie terlalu luas untuk kita manusia melangkah. Terlalu penat untuk kita berlari. Apa yang Allah ciptakan ni semuanya ada tujuannya. Pernah ke aku mengingatiNya? Pernah ke aku mensyukuri dengan nikmatNya?

Manusia sentiasa lalai dengan dunia,
Sedangkan kehidupan yang kekal abadi semakin hampir dengan kita,
Sedarkah kita semua?
Masa tidak akan menunggu kita,
Tapi... dapatkah kita mengejar masa?