Lelah, Lemas.... Lesu....

Aku semakin penat dengan keadaan sekeliling yang asyik mendesak untuk aku melakukan perkara-perkara yang aku sendiri pun tak suka. Bila diri ini merendah diri selalulah ada yang cuba memijak mijak tahap kesabaran diri ini. Aku selalu berfikiran bahawa, sekiranya aku tak suka sesuatu perkara itu berlaku keatas diri ini, maka aku tidak akan melakukan perkara yang sama keatas orang lain. Tapi kenapa apabila aku tak berkelakuan sebegitu, masih ramai lagi manusia yang jahil lagi hina yang cuba menyakiti hati ini??? Betapa dungunya mereka itu???

"Aku juga manusia,
sabar ku ada batasnya.
Kenapa dizaman yang kian kiamat ini makin ramai manusia yang jahil?"

Adakah anda sebahagian dari orang yang suka menyakiti hati manusia lain disekeliling anda??? Kita perlu beringat bahawa tidak semua manusia boleh menerima cara kita berkawan. Maka, tak gunalah anda memiliki PhD sekali pun tetapi seandainya anda "Bodoh" dalam menjaga perhubungan sesama manusia terutamanya yang berada disekeliling anda... Tidak heranlah seandainya anda akan dihina dan dimaki oleh orang yang tidak pernah kesekolah. Anda dah dewasa, mempunyai akal. Fikirlah sendiri. Jauh disudut hati ini... Aku menghina dan memandang rendah mereka yang mempunyai PhD tetapi BODOH dalam pergaulan sesama manusia.

Fikir~ Fikir~ dan teruskan lah berfikir~~~