Aku yang terus hidup

Erm... Hari ni lepas satu presentation. Betul kata rakan-rakan yang arif tentang diri ini. Hidup memang ada yang suka "menjual". Tetapi kita jangan silap untuk "membeli". Senang, tenang, lapang hati ini setelah aku "menjerit". Terasa lepas seketul batu bebanan yang sebesar bebanan.

Semalam aku terlena dari pukul 9 malam hingga la 8 pagi. Mungkin akibat terlalu penat aku rasa. Kesian pulak rakan-rakan yang menanti kedatangan aku ke tempat biasa. Hari ini masih macam hari-hari yang sebelumnya. Selagi bernyawa, selagi itulah kerja. Jika difikirkan semula terasa seperti macam mahu pulang ke zaman kanak-kanak. Tak pernah fikir tentang dunia, tak pernah tentang duit. Abah selalu berpesan,"belajar untuk hidup, pengalaman adalah guru. Hormati orang yang menghormati kita. Nescaya selamatlah hidup di dunia yang sementara". Walaupun abah tak pernah belajar sehingga ke universiti. Tetapi aku lihat cara dia bergaul dengan masyarakat, dia amat dihormati. Ini kerana dia amat menjaga hal-hal yang berkaitan manusia.

Aku amat bersyukur kerana dididik dengan ilmu yang baik. Kesannya sekarang, dengan sesiapa saja aku boleh berkawan tanpa memikirkan pangkat, darjat, harta dan tahap akademik. Pada aku semua itu tak penting. Perasaan hormat-menghormati itu lagi la penting.


Luahan rasa:
Alangkah dungunya diri ini,
Alangkah malunya diri ini,
Alangkah hinanya diri ini,
Seandainya aku tak menghormati mereka yang menghormati diri ini.