Egokah Aku?

Sunyi pulak pagi ni... Fuh...~ berkepul asap rokok aku hembuskan... "Ya~ selamat pagi anda bersama saya Najman di Sinar Fm. Pagi ini mari kita kupaskan topik pagi sinar yang bertajuk ego. Siapa lagi ego? Lelaki atau perempuan?" Sambil melayan radio dan minum milo panas aku menyandar malas di sofa yang aku beli hujung tahun lepas. Hurm... Ego ek? Agak best gak tajuk tu...

Kerana ego manusia bertelagah,
Kerana ego manusia bersatu,
Kerana ego manusia kecewa,
Kerana ego manusia berjaya,

Pada aku lelaki atau perempuan siapa yang lagi ego tak penting. Yang penting bagaimana kita mengawal keegoan kita. Biar kerana ego kita berjaya jangan kerana ego kita kecewa dan menyesal. Dari perkataan ego tu aku terfikir beberapa persoalan.

Kenapa manusia tak pernah sedar yang singkatnya masa didunia ini?
Kenapa manusia tak pernah belajar untuk menghargai?
Kenapa manusia selalu sahaja terlajak kata dan laku?
Kenapa manusia mudah sahaja lupa?

Manusia satu-satunya hamba yang dikurniakan akal dan nafsu.
Tetapi kenapa sahaja nafsu yang menjadi penghulu di dalam diri?
Jangan sampai kita kehilangan sesuatu itu baru kita sedar akan kewujudannya.
Kenapa tidak dari dulu kita hargai kewujudannya di sisi kita?
Perlukah sehingga kita diberitahu akan kewujudannya di sisi kita?
Kalau diberi peluang kedua untuk kita bersamanya adakah kita akan menghargainya?
Mungkin juga kerana ego kita akan mengulangi perkara yang sama dan akhirnya menyesal kehilangannya untuk kali kedua.
Belajarlah menghargai.

Manusia sentiasa inginkan teman, sahabat, kawan dan kekasih. Tetapi kenapa bila mereka ada semua itu mereka tak tau untuk menghargai? Mungkin si dia tidak akan berkata-kata tentang perasaannya terhadap kita. Tetapi butakah kita untuk membuat penilaian tentang perasaan kasih dan sayangnya terhadap kita, diatas setiap apa yang dilakukan buat kita? Kenapakah kita masih tak tau untuk menghargai kewujudannya di sisi kita? Perlukah sehingga si dia pergi tak kembali baru kita sedar akan kewujudan dirinya? Kenapa kita perlu mencari kasih sayang yang jauh sedangkan yang dihadapan mata ada menanti? Untuk kali keberapakah kita mempersia-siakan kewujudan insan yang menyayangi kita? Kenapa manusia begitu ego sehingga akhirnya menyesal sendiri? Kita tidak akan berjumpa dengan pelengkap kehidupan kita yang sebenar seandainya kita tidak berjumpa dengan yang salah terlebih dahulu. Kita juga tidak akan berjumpa dengan pelengkap hidup itu seandainya kita tidak pernah menghargai kewujudannya. Sememangnya jodoh itu telah ditetapkan sejak azali lagi, sama seperti rezeki. Tetapi seandainya kita tidak pernah cuba untuk mencari jodoh kita... maka janganlah kita hanya berserah pada takdir. Kenapa kita mampu berusaha mencari rezeki walaupun rezeki kita telah ditetapkan sejak azali lagi. Tetapi kenapa tidak jodoh? Jawapannya hanya kita sahaja yang tahu. Tepuk dada tanya diri. Belajarlah menghargai kehadiran sesiapa sahaja di sisi agar kita tidak menyesal setelah pemergiannya nanti.

"Assalamualaikum..." Eh~ tertido rupanya. "Wa'alaikumsalam..." Sapa plak yang bagi salam pepagi ni... Eh?