Salah lelaki ke?

Hidup memang ada pasang surut. Kalo tak... tak menarik la jalan cerita hidup kita. Hurm~ stress sangat aku rasa sejak kebelakangan ni. Kalo ingatkan 4 haribulan yang lepas... Aku menghubungi bonda tersayang dan mengucapkan selamat ulang tahun. Kemudian aku bercakap la pulak dengan uda. Punya la lama aku tak balik ke kampung tu, sampaikan yang uda dah abis pengajian pun aku tak tau. Apalah aku jadi abang ni.... Bukan aku tak mahu pulang ke kampung, tapi disebabkan tanggung jawab kerja tak mengizinkan aku untuk berbuat sedemikian. Semua kawan-kawan kat pejabat ni pun sibuk. Sampai ada yang terpaksa tidur di pejabat. Termasuk lah aku. Begitu amanahnya mereka-mereka menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Sekarang aku masih lagi dipejabat menyelesaikan tugas-tugas yang tak pernah habis. Dalam sibuk aku membuat kertas kerja, sempat juga melayang fikiran aku terhadap peristiwa yang berlaku semalam. Bob menceritakan yang dia tak jadi bertunang. Aku agak terkezut gak la... Kenapa macam tu? Bob hanya mampu jawab tak ada jodoh.... Bukan setakat itu sahaja. Malah Bob juga telah bujang kembali. Dia terus putuskan perhubungan antara dia dengan Hasilah. Dia bagi tau yang Hasilah tak boleh lagi jadi seperti mana Hasilah yang memula dia kenal dulu. Seorang yang memahami. Hasilah yang sekarang Bob bagi tau telah banyak berubah. Seorang yang tak pandai kawal emosi, terlalu memberi tekanan kepada Bob. Bob bagi tau aku, sampai dia nak buat kerja pun masih diganggu Hasilah. Sedangkan mereka baru jerk lepas jumpa. Tapi Hasilah masih lagi mengganggu Bob dengan alasan nak kan perhatian. Hurm~ Aku sendiri tak dapat nak tolong ko Bob. Aku pun tak paham kenapa Hasilah macam tu. Kalo ko rasa tindakan yang ko buat tu betul... Janji ko bahagia sudah lah Bob. Bob pulak kata, dia tak takut dan serik nak bercinta lagi. Pada dia biarlah Hasilah belajar dari kesilapan dia. Pada aku itu pun kalo dia sedar kesilapan dia...

Entahlah??? Perempuan ni terlalu mengikut perasaan dan terlalu abstrak untuk difahami. Begitu uniknya perempuan Allah ciptakan. Ada seorang mamat yang aku sembang kat kedai mamak semalam, dia kata perempuan ni selalunya cepat melatah. Buat keputusan tak berfikir panjang. Bila dah terhantuk baru nak sedar. Masa tu, mula la diri tu murah dengan air mata. Kalo tak ego... Aku pernah dengan kawan-kawan pejabat lama aku kata, perempuan sekarang dah advanced. Semua kerja lelaki mereka boleh buat. Sampai tahap takburnya dia, dia kata... suatu hari nanti lelaki dok rumah jaga anak. Masa tu nak je aku jawab... Alo kak long, sekarang ye la... perempuan ramai dah macam 8:1... Sebab tu nampak perempuan jerk yang menonjol dalam segala bidang. Cuba korang orang perempuan pikir, kalo lelaki ramai ada ke isu semua bidang perempuan ceburi... Silap-silap tak pernah wujud jawatan kerja untuk perempuan. Persoalan, semua ke kerja lelaki perempuan boleh buat? Ada awek berlagak kat kedai runcit depan rumah aku tu. Kononnya perempuan hebat. Tapi kenapa angkat tong gas suruh orang lelaki angkat? Kalo hebat junjung ar tong gas tu atas kepala. Itu baru hebat.... Kalo semua kerja lelaki perempuan boleh buat... Kenapa para rasul dan nabi itu Allah letakan tanggung jawab tu kepada lelaki dan Allah nyatakan lagi lelaki adalah pemimpin di dunia. Kenapa bukan perempuan? Itu satu bukti yang kukuh yang perempuan tu lemah. Ini tidak... perempuan zaman sekarang... sampai ada yang jadi Imam solat Jumaat lagi. Ada yang bercita-cita nak jadi perdana menteri pulak tu... Lu orang pikir la sendiri... Rasul dan nabi dikalangan lelaki. So, lu orang.. orang perempuan nak jadi perdana menteri ke? Aku memang hangin betul lah kat awek kedai runcit depan rumah aku tu. Bodoh sombong. Harap je belajar tinggi. Otak tak boleh guna. Aku ni, SPM pun tak de. Tapi masih boleh mampu pikirkan benda-benda asas macam tu.... Mungkin terlalu emosi pasal aku sedih tengok keadaan Bob yang tertekan sekarang ni disebabkan perempuan yang bernama Hasilah. Itu pun dia masih senyum untuk menghiburkan diri sendiri. Sorry la kaum hawa yang terasa.