Aku hanyut

"Abang Joe, terima kasih." "Sama-sama dik, jangan sedih-sedih lagi. Kuatkan semangat. Yang pergi tetap akan pergi. Belajar rajin-rajin. Ingat pesan arwah kakak." "InsyaAllah bang." Dah genap 40 hari Aishah pergi meninggalkan kami kawan-kawan dan keluarganya. Semoga dia di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Agak dingin malam ni selepas hujan datang membasahi bumi. Terasa betapa syahdunya hati mengenangkan kehilangan seorang kawan. Inilah hakikat kehidupan, bumi ini hanya satu persinggahan yang sementara, akhirat jualah tempat yang kekal buat selama-lamanya. Bersediakah aku nak menghadapi semua tu? Banyak ke bekalan aku untuk berhijrah ke sana?

Secara tiba-tiba aku terkenangkan wajah arwah abah yang tersenyum berbaju melayu ketika selesai solat Jumaat buat kali terakhir aku solat bersamanya. Tak pasal-pasal dadaku berombak menahan kerinduan terhadap abah. Aku berharap agar abah tenang bersemadi di sana. Pernah aku terfikir:

Seandainya hidup tiada mati sudah tentu sempit dunia ini,
Sempit dengan dosa-dosa manusia yang rakus,
Manusia yang tak pernah kenal erti cukup,
Nafsu yang tak pernah puas,
Tapi...
Kematian adalah satu kenyataan yang amat perit untuk di terima,
Kehilangan insan tercinta menimbulkan perasaan rindu,
Rindu yang tak mungkin terubat kerana tiada lagi peluang untuk bertemu,
Tiada lagi peluang untuk bersama-sama melalui kehidupan di alam yang fana,
::Nukilan Rindu::

Hilang aku hanyut dibawa arus lamunan kerinduan terhadap arwah abah. Walaupun perit untuk aku telan, tapi inilah hakikatnya. Betapa aku terlalu merindui arwah. Malam semakin larut. Ketika dan saat begini hanya rokok yang mampu menemani aku. Teman sejati yang tak pernah mengerti apa yang aku lalui.

"Joe. Telefon ko tu. Tak mo jawab ke?" "Uh?" Tersentak aku dari khayalan. "Assalamualaikum, hello." "Wa'alaikumsalam." "Ye Nana." "Joe... Nana nak mintak maaf pasal perkara hari tu." "Perkara apa?" "Yang masa jumpa Nana tinggalkan Joe macam tu je." "Releks ar... Bukan benda besar pun. Tak de hal la." "Tapi Nana rasa bersalah. Masa tu Nana tengah moody." "Ok. Joe maafkanlah." "Terima kasih Joe. Joe... Joe free tak esok?" "Esok? Tak de la free sangat pun... Nape?" "Ingat nak belanja Joe makan. Sebagai tanda terima kasih sebab maafkan Nana." "Tak payah la Nana... Simpan je la duit tu. Joe kawan dengan Nana bukan nak kan duit Nana. Lagi pun bukan susah sangat nak cakap perkataan maafkan tu." "Tapi...." "Tak de tapi-tapi.... Kalo setakat nak belanja makan dengan niat macam tu, lupakan jerk la niat mu yang murni tu...." "Ye la encik Joe... Saya kalah dengan awak.... Pelik la awak ni... Kawan nak belanja makan pun susah. Tak pe la, kalo itu yang awak selesa, saya respect. Ok la, Nana nak tido. Assalamualaikum." "Wa'alaikumsalam, Nite"
Apa kenelah minah ni? Kusut otak aku. Layankan jerk la.... Nasib baik la bukan awek aku. Kalo tak haru dibuatnya.... Eh dah pukul 1 pagi dah... Diam tak diam dah dekat 2 jam lebih gak aku melepak kat balkoni ni. Tak pe la... Last one. Rokok yang terakhir untuk hari ni sebelum aku masuk tido. Esok pepagi nak mengadapkan si singa lapar kat opis tu.