Sebakkah Aku?

"Hello." "Ha, Bob." "Joe, ko kat mana Joe?" "Aku baru sampai Bandai Tasek Selatan ni. Apa hal?" "Ko terus ke HUKM Joe." "Apa kes?" "Ko datang jerk la kebahagian kecemasan." "Sekarang ke?" "Ha'a" "Ok-ok" Apa hal pulak si Bob ni? Cemas jerk suara. Dia langgar orang ke? Aku rasa tak mungkin. Sebab dia ni memang seorang yg cepat bawak kereta. Kenapa la hati aku yang pulak terasa duk dap duk dap ni?

"Hello mi, along dah sampai KL ni. Sekarang along on the way ke Hospital ni." "Hospital? Kenapa? Along eksiden ke?" "Tak de la mi, Bob tu tiba-tiba jek call suruh along pi HUKM katanya penting. Ok la mi, along tengah drive ni. Bye. Assalamualaikum." "Hati-hati wa'alaikumsalam"

Mana pulak si Bob ni? Tadi suruh aku datang sini. Aku dah sampai ni. Ko nak suruh aku tunggu berapa lama kat sini. "Joe. Jom ikut aku." "Apa cerita ni Bob? Cuba ko intro sikit kat aku Bob." "Ko ikut jerk ar. Jangan banyak bunyi." Adoi... lain macam jerk gayanya ni... Makin kuat la plak jantung aku berdegup. Muka si Bob ni pun nampak macam ada gaya baru lepas menangis. Tapi menangis style lelaki la... control macho. "Eh, Ni bilik jemput Jenazah ni! Apa kes ni Bob? Cuba ko cakap dengan aku." "Joe, ecah dah tak de." "Ha?" "Aku mimpi ke Bob? Ko jangan memain benda-benda macam ni Bob." "Betul Joe... Tu adik dia dan family dia. Ko gi la tanya." Ya Allah~ tak aku sangka. Rasa macam semalam baru aku berjumpa dengan dia. "Kenapa Bob? Macam mana semua ni berlaku? Apa puncanya?" "Tadi pagi... Dia ada call aku... Ko tau kan yang dia balik kampung?" "Tau." "Dia ada tanya pasal ko. Aku pun kata la yang ko pun ada kat kampung. Dia bertolak dalam pukul 1 petang dari kampung. Entah macam mana pukul 6 tadi aku dapat panggilan telefon dari bos aku yang mengatakan aishah ni masuk hospital." "Dia eksiden ke?" "Dia eksiden kat highway. Ada lori dari belakang yang hilang kawalan rempuh dia pastu Aishah ni mungkin hilang kawalan atau panik dia terus terbabas dan masuk dalam gaung." Adoi~ Mungkin salah aku kerana tak temani dia masa dia ajak aku hari tu. Maafkan aku aishah. Maafkan aku. Terasa bersalah, sebak apa yang telah menimpa diri Aishah.

Hari ini... Hari yang penuh kesedihan dan kesyahduan.

Pertemuan, Perpisahan
Kelahiran, Kematian
Kekayaan, Kemiskinan
Kesihatan, Keuzuran
Inilah lumrah alam
Yang hidup pasti akan mati
Pernahkah kita sedar
Atau adakah kita hanya akan sedar bila diri ditimpa musibah?
Sedar la anak cucu Adam
Sesungguhnya Allah telah menciptakan alam ini berpasang-pasangan
Lelaki dan perempuan
7 petala Langit dan 7 lapisan tanah
Matahari dan bulan
Siang dan malam
Hidup dan mati
Pulanglah kepada Maha Pencipta dengan hati dan jiwa yang tenang
wahai Umat Manusia.


Kepada yang telah pergi, Al-Fatihah~