Seperti Selalunya Aku

Hari ni kehidupan aku masih lagi seperti biasa. Masuk opis mengadap singa lapar kat opis tu. Menempuh perjalanan yang dipenuhi manusia didalam LRT. "Assalamualaikum" "Wa'alaikumsalam" "Joe, design yang ni kene ubah. Customer kata warna ni agak lapok. Tak menonjolkan ciri-ciri kesenian dan budaya." "Owh. Ok. So... dia ada bagi cadangan warna apa yang sesuai tak?" "Oh, ada. Ada, Ada. Dia kata tema pesta kebudayaan tahun ni, bertemakan Kehijauan Flora. So... ko try la... Aku rasa hijau boleh la timbulkan font dia yang berwarna putih tu. Pastu shadow dia ko buat la kebiruan sikit." "Ok... tak pe. Nanti aku bagi 2 design. Pastu suruh dorang decide." "Ok la Joe. Aku balik tempat aku dulu. Nanti singa tu nampak. Aku pulak yang kene jerit." "Ok ok."

Customer, macam-macam kerenah dorang. Ada yang OK. Ada yang KO. Bila kene yang OK senanglah urusan keje aku. Tapi... Bila kene yang KO? Tak kuasa aku nak layan. Tetiba teringatkan pesanan arwah abah, "Sabar dalam segala urusan. InsyaAllah akan dipermudahkan." Tapi pada aku secara peribadinya, sabar tu tetap ada tahapnya. Kalo orang dah lebih sangat menyakitkan hati, nak sabar apa lagi? Baik aku kasik sikit ajar pada orang yg macam tu.

"Joe, jom kuar makan?" "Jom. Kat ne?" "Kedai Zubir Masakan Kampung." "Jom." Tak sangka aku, terlalu pantas masa berlalu. Diam tak diam dalam pejabat tadi sekarang dah tengah hari. Makan pun makan la... Kalo tak lapar la pulak aku. Lepas makan ni settlekan kerja-kerja yang tertangguh lagi tu... Petang ni kalo aku singgah kat Time Square pun bagus ni. Dapatlah makan kat Deli France.

Biru awan tak tercapai,
Indah laut yang lepas,
Sentosa kehijauan permandangan dari atas gunung,
Dingin udara menusuk ke tulang,
Tapi pernahkah kita hargai?
Segala nikmat yang dikurniakan,
Kita hanya hamba yang lemah,
Selalu meminta-minta kepada yang Esa,
Apa pula yang kita pinta?
Kita selalu alpa,
Terlalu ramai yang meminta minta nikmat-Nya,
Tapi kenapa terlalu kecil bilangannya yang meminta untuk dekat bersama-Nya?
Terlalu ramai yang takutkan neraka dan azab-Nya,
Tapi semakin ramai pula yang menimbulkan kemurkaan-Nya,
Hancurlah dunia, Jahanamlah manusia seandaikan nafsu yang berfikir,
Pupuslah golongan orang yang berilmu,
Merupakan antara petanda besar hari kehancuran akan tiba,
Arwah Abah pernah berpesan: "Jangan ko gentar hadapi kenyataan. Kerana manusia
selalu lupa, akan kehadiran hari kehancuran yang bakal tiba"
:: Tulisan Rasa ::
Ahhh~~~ Syahdunya...