Aku dan Mu

Hari ni penuh dengan kebosanan. Hidup yang terasa kesemakan. Hati terasa tiada ketenangan. Akal yang asyik menyatakan keserabutan. Mata yang memandang seolah-olah tiada permandangan yang menarik. Sedang aku memerhatikan persekitaran Kuala Lumpur yang sesak dengan manusia, tiba-tiba mata aku terpandang akan sekujur tubuh yang berada dihujung jalan sedang memandang kiri dan kanan untuk melintas jalan raya yang sesak. Mimpi ke aku ni? Mana mungkin? Eh? Kenapa dia menghala ke arah aku? Sah memang tak silap lagi. Ni memang dia. Tapi macam mana dia ada kat sini? Macam mana dia tau aku ada kat sini? Pelik? "Assalamualaikum" "Wa'alaikumsalam" "Joe, saya tak boleh lama ni. Saya cuma nak beritahu awak sesuatu yang tak sempat saya nak beritahu awak." "Apa dia?" "Kereta saya. Diari." "Encik... Encik... Tren ni dah berhenti dah encik." "Eh? Ni kat mana ni?" "Ni stesen bukit jalil. Encik nak turun kat mana?" "Saya nak turun kat stesen bandar tasek selatan. Tak pe... Tak pe... Terima kasih kerana kejutkan saya." "Sama-sama."

Uh... dah kene patah balik semula. Pelik la mimpi tadi. Aishah macam nak beritahu sesuatu pada aku. Tapi tak sempat. Kereta dia dan diari? Apa maksud dia? Herm... Tak pe la... Apa-apa hal balik dulu la. Penat ni.

Hurm... Sampai pun rumah."Assalamualaikum" "Wa'alaikumsalam" "Eh.. ko Bob. Awal balik?" "Tadi aku dapat call dari angah adik Aishah." "Kenapa?" "Tu ha... Mereka jumpa bungkusan tu dah Dashboard kereta Aishah. Lepas tu kat bungkusan tu ada tulis nama ko. Tu yang angah call aku tadi suruh amik. Sebab dia call ko tak berjawab." "Eh? Jap mana HP aku ek? Lor... HP aku dah mati... Patutlah dia call tak dapat. Ni ke bendanya?" "Ha'a" "Apa benda ni?" "Ntah? Ko tengok la sendiri"

Eh? Diari? Macam ada sesuatu yang betul-betul Aishah nak sampaikan pada aku. Apa ye?
"Sejak aku kenali dirimu, seakan ada sesuatu yang telah membuatkan aku tertarik untuk kenali dirimu lebih dekat. Dari raut rupa mu yang cool membuatkan hati ini bergoncang setiap kali ku tatap wajah mu. Renungan mata mu membuatkan hati ini tak keruan. Bermula dengan perkenalan pada Hari Keluarga syarikat. Tidak ku sangka ianya membawa keakraban sehingga kini. Tutur bicara mu yang tersusun membuatkan kata-kata yang keluar dari mulut mu amat aku kagumi. Senyuman yang terukir membuatkan dirimu tampak lebih manis." "Hari ni aku menghantar PC angah kerumahnya. Kemudian aku bawa dia keluar. Aku terasa seperti tak mahu melepaskan saat-saat setiap kali bersamanya. Terlalu pantas masa yang berlalu. Seolah-olah cemburu dengan setiap pertemuan aku dengannya. Tak puas aku tatap senyumannya. Kenapa? Apa sebenarnya yang aku alami ni? Adakah dia juga mengalami perasaan yang sama seperti aku? Oh, Tuhan... Ko rahmati dan lindungi persahabatan kami. Joe... Kenapa aku tak mampu untuk kehilangan mu?"
"Hidup hanya sekali,
Apa gunanya hidup tanpa kasih sayang?
Akan aku abadikan segala kenangan bersama,
Tersemat rapi dalam hati ini,
Hati dipalu ingin dikasihi,
Tapi adakah yang sudi?
Layakkah diri ini disayangi?
Cinta perlukan pengorbanan,
Tanpa keikhlasan dalam pemberian dan penerimaan,
Maka tiadalah istilah kekasih.
Perasaan menjerit-jerit untuk dikasihi,
Tapi dengarkah dikau akan jeritan ini?
Tahukah engkau yang aku perlukan mu untuk aku terus hidup,
Sedarkah engkau yang dirimu itu adalah kekuatan ku.

::Jeritan Aishah - Bilik, 1.45 a.m, 2/3/2008::"

Ya Allah... Kau ampunkanlah dosa hamba mu ini. Kau tempatkan Roh Aishah dikalangan kekasihmu Ya Allah. Aishah, maafkan aku. Seandainya aku tahu ini yang akan berlaku, semestinya pada masa tu aku akan berada di sisi mu. Temankan mu. Maafkan aku Aishah. Jauh disudut hati ku terasa rindu terhadap diri mu.