Selamat Hari Lahir

Hari ni genap usia arwah abah 52 tahun. Teringat aku masa ulang tahun arwah ke-51. Masa tu, arwah called aku dan bersembang panjang dan setiap hari dia call aku. Alasan dia, dia dapat buat panggilan free selama seminggu kerana hadiah dari celcom kerana ulang tahunnya. Habis semua anak-anaknya dia called. Sampai adik-adik aku semua called aku dan menyatakan perasaan pelik terhadap arwah. "Long. Akak pelik la... hari ni abah called akak 3 4 kali." Kata uda masa called aku. Aku hanya mampu tersenyum jerk. "Ala... abah pun called along gak. Lama gak. Adalah dalam setengah jam gak along gayut dengan abah." Lepas uda, angah pulak called aku menyatakan perkara yang sama. Aku agak gembira walaupun terasa agak pelik kerana sebelum ni abah tak pernah berbuat demikian.

Tapi.... Semua tu hanya tinggal kenangan. Kenangan yang tak mungkin berlaku lagi. Alangkah syahdunya hari ni. Aku terasa lemah jerk hari ni untuk melangkahkan kaki ke pejabat. Terlalu banyak kenangan yang tak mampu aku lupakan. Hari ni tak ada lagi kedengaran telefon aku berbunyi menerima panggilan dari abah. Walaupun hari ini adalah hari kegembiraannya. "Ya Allah, Kau lapangkanlah pusara ayahku dan Kau tempatkanlah ayahku bersama kekasihMu Ya Allah."

Hurm.... Hari ni hilang mood aku nak bekerja. Terasa seperti nak je balik kampung dan ziarah ke pusara arwah. Aku masih jugak langkahkan kaki ini. Gagahkan diri untuk terus hidup. Mungkin rakan-rakan di pejabat merasakan aku pelik hari ini. Ada gak yang aku terdengar mereka berbisik bisik menyatakan aku seperti mayat hidup, nampak tak bermaya, ada jugak yang bertanyakan seandainya aku sakit, ada yang kata aku ada masalah. Macam macam prasangka mereka. Aku tau yang mereka semua amik berat terhadap aku. Tapi aku tak tau nak bercerita. Biarlah hanya hati aku sahaja yang mengerti akan perasaan aku ini.

"Assalamualaikum." "Wa'alaikumsalam." "Eh, Joe. Tak sangka aku ko kerja kat sini." "Siapa ye awak?" "Akulah... Nur..." "Owh ok. Awak ke yang tegur saya kat LRT hari tu?" "Yelah. Aku lah." "Awak buat apa kat sini?" "Aku baru jerk tukar kesini." "Maksud awak?" "Yelah. Aku sekarang kerja kat sini. Aku dah berhenti kat tempat lama." "Owh..." "Ko ni kenapa? Tak sihat ke? Sakit?" "Saya tak ada apa-apa." Perbualan kami termati setakat itu sahaja. Dan lamunan aku pun terhenti akibat teguran Nur tadi. Tak pelah. Sambunglah kerja. Selamat hari lahir abah. Along sayang abah. Sayang sangat. Kami semua sayangkan abah. Kami semua rindukan abah.