Aku Sepi

Leka aku menghayati...
Kepekatan malam membawa kesunyian,
Kesunyian memberikan ketenangan,
Hanya kedengaran lembut angin berzikir,
Dalam kesunyian menerbitkan ilham,
Menenangkan jiwa yang serabut,
Merehatkan minda yang kusut,
Termenung aku ketika...
Sepinya malam yang syahdu,
Menghayutkan perasaan yang dilanda kerinduan,
Rindu yang tak berpenghujung,
Rindu yang tak mungkin diubati,
Betapa aku lemah sebagai manusia,
Ingin aku laungkan rasa rindu ini,
Ingin aku isi kesunyian ini,
Terasa...
Alangkah lemahnya aku,
Kerana aku hanya mampu termanggu,
Merenungkan nasib diri,
Terus diburu rasa rindu,
Bilakah ini akan berakhir?
Betapa sakitnya hidup seperti ini,
Merindu kepada yang tak mungkin akan kembali,
Buat selamanya,
Perasaan rindu terus menerus menghiris hati,
Selamanya aku akan terus merinduimu.
::Roo-mah koo...::


Hujung minggu yang menyakitkan. Menyakitkan minda hati dan perasaan. Aku terasa betapa kosongnya hidup. Entah kenapa secara tiba-tiba aku terasa betapa aku rindu terhadap arwah abah. Tak pernah aku minta perasaan ini datang. Tapi kenapa tiba-tiba aku jadi seperti ini? Tiba-tiba aku boleh terimbas kembali kenangan kali terakhir aku lihat arwah hidup. Tak semena-mena air mata aku menitik. Kenapa mesti perasaan seperti ini wujud semula dalam jiwa aku? Aku kena kuatkan diri. Jangan layan perasaan seperti ini. COme on la Joe. Janganlah ko lemah. Arwah abah tak pernah ajar ko jadi lemah. Kalo arwah abah tau ko macam ni, mesti arwah sedih. Ko kene bangkit Joe. Kene teruskan hidup. Mak dan adik-adik masih perlukan ko. Ko adalah tempat mereka bergantung. Janganlah ko lemah.

Sekarang dah pukul 1.27 pagi. Mata masih tak mahu lelap. Aku masih terus termenung. Kepala terasa kosong. Apa yang boleh aku buat dalam masa-masa macam ni? Radio Sinar FM masih terus kedengaran, tapi tak berjaya menarik minat aku untuk mendengar. Apa yang aku nak buat esok siang ye? Sunyi yang teramat sangat. Walaupun dikelilingi dengan kawan-kawan. Aku tetap terasa sunyi. Tak de perkara yang berjaya membuatkan hati aku terasa gembira.

Teringat aku peristiwa pada hari Jumaat. Macam manalah aku boleh terjumpa dengan Nur semula? Dia kerja kat mana sebenarnya? Dia tinggal kat mana? Hurm... Aku harap dia sentiasa baik. Hurm... Pertemuan yang sekejap. Tapi membuatkan aku teringat. Mungkin kerana aku dah lama tak jumpa dia. Dah lama tak dengar khabar cerita dari dia. Mungkin kerana itu aku teringat-ingat. Tak pe la... ada jodoh, mungkin aku akan jumpa dia lagi. Eh? Rokok pun dah abis. Tido la...