Aku terima.

Hurm~~ Hidup tak lari dari melakukan kesilapan. Aku tau semua tu. Sebab aku sendiri manusia hamba Allah yang hina dan banyak kelemahan. Setelah aku renung aku tenung tidak ada masalah yang besar pun dalam pergaulan aku setiap hari. Mudah memaafkan adalah yang selalu aku amalkan. Sebab aku normal. Sebab aku tau manusia itu tak pernah lari dari salah dan silap.

Belajar dari kesilapan adalah ilmu yang berguna. Tidak ada sesiapa pun yang akan mengetahui diri kita melainkan diri kita sendiri. Maka tak perlulah nak berdendam terhadap mereka yang bersalah terhadap kita. Kerana mereka itu sememangnya tak mengenali diri kita.

Aku sekadar melepaskan rasa geram bukannya menyimpan dendam dan perasaan amarah. Setelah aku lepaskan dengan cara aku sendiri aku akan rasa lega tiada lagi bebanan dalam hati. Maaf mu aku terima dengan hati yang terbuka. Arwah atuk selalu berpesan, "Mudah maafkan orang, kerana sifat itu adalah sifat Rasulullah." Ahh~~~ Rindu pulak aku pada arwah. (Al-Fatihah).

"Woi! Kelamun jerk keje ko." Apa hal la pulak mamat sekor ni... "Ko nak apa bob?" "Jom ikut aku." "Kemana?" "Jom ar... jgn banyak bunyi."