Seronok atau gabra aku ni?

"Mana ko nak bawak aku ni bob?" "Ko ikut jerk ar... Nanti ko tau la...." Hurm~ apa kene mamat ni? dah la tadi sergah aku. Ni dah macam culik aku pulak. Layankan jerk la. Tak ikut karang merajuk pulak. Dah tua-tua nak merajuk. Buruk jerk.

"Eh ni dah ke Seremban dah ni. Janganlah kata ko nak pi family day opis ko?" "Ha! Ingatlah pulak ko." "Ko pernah cakap kat aku minggu lepas. Tapi aku buat tak reti jerk. Apa kene mengene dengan aku." "Apa pulak tak de kene mengene dengan ko? Ini penting." "Penting?" Iskh! Apa kes la mamat ni? Family day opis dia tapi penting untuk aku. Tak reti ar aku. "Tak payah kusut-kusut. Nanti dah sampai sana nanti ko tau la kenapa aku tarik ko..." "Yer la... Then yang ko gelak ni kenapa pulak?" "Aku terasa lawak plak tengok muka ko yang gelabah tadi."

Dah sampai pun PD. Hurm~ lama gak aku tak dengar bunyi ombak ni. Syahdu seyh... Ni lah yang dikatakan Nature Rythm. "Joe! Sini jap." Apa lagi si gumok sekor ni....? Aku humban dalam laut tu nanti baru padan dengan muka dia. "Ha! Jap-jap." Eh!? Sapa pulak pompuan yang depan dia tu? Fuh! dia punya senyum sikit punya sweet ar.... "Joe, ni aku kenalkan Aishah. Ecah yang aku kata tu." "Cah... Kenalkan ni housemate saya Joe." "Hai." Kenapa pulak terkedu aku ek? Dia punya mata bersinar-sinar penuh dengan semangat. Senyuman dia bisa menggoyangkan lutut aku la pulak. Aduh! tak sia-sia aku melayan ko Bob. Hehehe~ "Woit! Dah. Jangan tenung anak dara orang lelama. Dah naik merah dah muka orang tu." "Hehe~ Sorry... Hi saya Joe." "Hi saya Aishah. Panggil jerk Ecah atau Cah." "Cantik nama tu. Salam kenal ye." "Joe, ko sembang-sembang la dulu. Aku nak lapor diri dengan Pn Zie dulu. Nanti bising plak dia kalo tak nampak aku. Biasa ar... Aku kan pekerja kesayangan." "Ok... Gi ar... Cepat sikit."

Hurm~ Tak sangka ko Bob. Ko memang saja nak kenekan aku ek. Hari tu aku sebut memain, tapi kali ni ko bagi aku buah keras bebetul ek... Tapi tak pe... Rezeki nak kenal dengan orang secomel Cah tu. Kalo aku sendiri nak gi berkenalan memang tak de maknanya aku ni.... Sapa la aku? Dah la buduh, belajar tak tinggi, pastu keje pun setakat freelancer jerk, duit tak de, rete lagi ar tak de, muka pun buruk, nak harapkan tinggi macam KL Tower jerk....

"Hu... lepak beb.... Separuh hari melayankan lu dengan budak-budak opis lu." "Melayankan budak-budak opis gua ke... atau melayankan Cah jerk tadi?" "Ello beb... lu jangan nak trick gua ek... Sat gi gua luku kepala lu baru lu tau." "Joe, Ecah mintak no henpon lu." "Ni yang aku tak suka ni... Ko ni pun kalo nak trick aku pun guna la tektik baru.... Ni tak... Taktik zaman pak pandir tu gak yang ko nak guna.... Eh! Iyer ker?" "Pak pandir konon... blah ar... Iye... tadi sebelum balik dia cari ko... tapi ko kat toilet. So, dia mintak aku sampaikan pesan jerk." "Ko bagi jerk la no aku kat dia... No hal punya... Sapa la aku nak berkawan dengan orang macam dia tu...."