Api atau hati aku yang panas ni?

Hidup kalo banyak cakap pun susah,
Hidup kalo tak bercakap pun susah,
Seandainya banyak cakap adalah mereka-mereka itu suruh diam,
Bila tak bercakap pula mereka-mereka itu kata aku ni sombong,
Tapi pada aku,
Aku tak suka bercerita,
Sekiranya ditanya barulah aku bercerita,
Tetapi cerita belum sempat habis dah dikata "Awak ni banyak cakap ek? Kalo dah bercakap tu tak berhenti."
Hati aku berkata terhadap mereka-mereka itu, "Kalo tak nak dengar tak payah tanya. Sebab aku sendiri tak suka nak bercerita hal hidup aku kat orang!" Betapa panas hati aku masa tu. Rasa ingin aku maki hamun jerk mereka-mereka tu.
Ada pula dikalangan orang-orang Malaysia ni banyak cakap tapi boleh diumpamakan macam tin kosong. Cakap, sembang jerk lebih. Buat keje rupa-rupanya tak tau apa benda pun. Aku lagi la menyampah dengan orang yang macam tu. Cerita macam dia hebat. Semua benda tau. Tapi tau "order" orang jerk. Kalo jumpa orang macam tu memang ayat aku sedap jerk la. Macam la ada seorang kawan tu... tak pasal-pasal terdiam dan tak terkata apa-apa. Kalo aku ingat semula memang buat aku tergelak jerk. Punya la bangang mamat tu. Dia ingat dia bercakap dengan budak tadika agaknya. Sedang rancak dia bercerita depan aku dan rakan-rakan yang lain dengan idea mana ntah dia kutip. Aku pun jadi malas nak dengar, dengan slumber aku berkata,"Ko ni sembang nak lebat, kira ko ni hebat ar... berbual nak menang jerk." Serta merta dia terus terdiam. Member-member lain hanya mampu tergelak besar. Punya la merah muka mamat tu.... Kalo setakat sembang nak berapi... Buat tak reti... baik ko tak payah cerita dengan aku. Sebab aku punya perangai buat dulu baru cerita. Cerita masuk lokap. Tapi tak pernah masuk lokap tak payah ar cerita lelebih. Kalo turun "showdown" pun dia yang lari dulu tak payah la nak cerita banyak.

Argh!!!!~ Tertekan sungguh aku hari ni. Kenapalah senantiasa ada saja manusia yang suka sangat nak makan penumbuk aku ni? Kat mana la akal? Tak kan la dah belajar pandai-pandai tapi masih dungu lagi? Setakat ada PhD, Master, Degree tak yah berlagak ar dengan aku.... Aku tak pandang semua tu kalo tak nak pandai bawa diri dalam masyarakat. Baik ko buang jerk sijil-sijil ko tu semua kat dalam longkang! Buduh!