Aku.

Hidup penuh dengan liku. Umpana jalan raya yang tidak sentiasa rata. Hati sunyi selalu bertanya, kenapa hidup ini setelah dewasa terlalu banyak sangat pilihan? Seandainya salah pilihan apa kesannya terhadap diri sendiri? Dan apa pula kesannya terhadap mereka yang aku sayang serta orang sekeliling? Cantik pulak pandangan di luar time-time macam ni. Cantik ciptaan tuhan. Alam yang terbentang luas untuk manusia teroka. Panorama luar memang cantik sekarang ni.

Tidak mungkin hanya pada nama engkau banggakan
Tidak mungkin hanya pada kata kita serupa
Kini kita bersatu hati mara kehadapan
Jangan cemarkan pengaruhnya di mata mereka

Merenung di kejauhan langit senja mengimbau warna
langkahi ranjau menggapai cita - cita
Merenung di kejauhan mendamaikan hati dan perasaan
sambil merenungkan panorama kehidupan

Gurun pasir bukit bukau dan mentari tak pernah terlintas apakan terjadi
akal tanpa nurani kelak lemas diri sendiri
usahlah direnang belum tentu ketebing usahlah kau selam lemas sendiri
cubalah renungkan panorama kehidupan

Tak mungkin berakhir perjuangan yang dibina
Dan apakah kan bermula revolusi yang membara dijiwa

::Acong & The Heritage - Panorama Kehidupan::

Tapi... Panorama dalam hati dan kepala aku? Berkecamuk macam berus dawai. Hurm~ Telan mati mak, luah mati bapak. Macam tu la keadaan diri aku skrang ni. Tapi aku tak nak pulak jadi keluar mulut harimau masuk mulut singa pulak. Adoi... Ya Allah... Bantulah hamba mu yang lemah lagi hina ini. Kenapa time-time macam ni mesti aku kesorangan? Ni membuatkan aku rindu sangat pada arwah atuk. Sebab bila time-time macam ni, aku mesti akan kedengaran kata-kata nasihat dari dia. Nasihat-nasihat itu lah yang membuatkan aku kembali berpijak kedunia nyata. Hurm~~~ Retak menanti belah. Tetas menanti putus. Sayang tapi tak mampu memiliki. Ada cahaya baru yang menerangi. Tapi aku tak pantas untuk menyayangi. Kerana cahaya tersebut terlalu bersih untuk aku. Aku hanya mampu berdoa agar cahaya itu bertemu dengan yang beriman.

Sabar adalah pilihan yang terbaik. Biarlah masa yang menentukan keadaan. Sayang yang sejati adalah perasaan sayang yang teramat sangat terhadap seseorang walaupun dia tak mampu kita miliki. Kita akan tetap terus menyayangi dia dan mendoakan kebahagiaan dia. Seandainya dia disakiti maka sakit jugalah kita.

Hurm~ Sampai bila aku nak macam ni? Apa tujuan aku sebenarnya? Kenapa macam ni pulak jadinya? Bila kesudahannya? Kat mana silapnya? Aku ke puncanya? Ah
hhh~~~ Semput dada aku dibuatnya. Letih! Argh!!!!

"Joe! Aishah call ko nape ko tak jawab?" "Ha? Iyer ker? Aku tak perasan la. Apa dia nak?" "Ntah? Ko call dia balik ar. Ko kenapa? Ada prob ke?" "Ok jap lagi aku call dia semula. Aku ok jerk. Nothing." Sambil tersengih aku pi capai phone aku. Mak ai! 14 kali miss called. Macam ner leh tak perasan ni? "Assalamualaikum, Hello." "Wa'alaikumsalam Joe." "Kenapa ek U call I?"