Ilmu Tuhan nak bagi.

Kegelapan malam tak bererti sepi
Kesibukan siang yg memecah sunyi
Ketenangan malam penuh bererti
Hilangkan segala derita hati

Oh sudikah engkau menjadi pendengar
Tiada apa yg mampu ku beri
Walau hilang kawan aku tetap tabah
Meneruskan hidup yg penuh iri hati

Gembira bersedih tak ada siapa peduli
Kepayahan yg mengajar ku untuk berdiri
Bukan nak ampu bukan ku meminta simpati
Dingin malam tak sehagat bahangnya mentari

Didalam dunia yg penuh dengan pancaroba
Tak kira didesa mahupun jua dikota
Yang berlumba pasti kau terus kejar mengejar
Yang tercicir jangan kau teruskan ketinggalan

Tak pernah terlintas namun ku teruskan
Gelap masa depan tak pernah ku hiraukan
Berembun kepagi terbit sinar mentari
Dimana cahaya yg benar engkau cari ....

:: The Heritage - Pancaroba ::

Hidup tak pernah sunyi dari masalah. Hidup juga tak boleh lari dari perasaan iri hati, cemburu dan dengki. Kenapa masih wujud lagi spesis mereka-mereka yang suka mengambil kesempatan diatas kebaikan yang diberi? Pada aku hilang kawan yang seperti mereka itu sikit pun tidak menjejaskan hidup aku. Tapi apa yang boleh kau lakukan? Perkara dah berlaku pun Cah. Aku harap ko bersabarlah banyak-banyak. Tapi jangan pulak ko terlalu lembut pada mereka-mereka tu. Biar sombong dengan orang-orang yang macam tu pun tak pe la...

"Wei Joe, nape dengan Shah tadi?" "Kawan baik dia yang tinggal satu rumah dengan dia tu jual nama dia. Memburuk-buruk kan si Cah tu... Tak cukup dengan tu jerk... Sebelum dia kuar dari rumah sewa si Cah tu... sempat dia songlap duit Cah dalam 3 ratus." "Pulak... Tapi aku tengok si Cah tu tak pernah pulak bercerita apa-apa dengan aku pun masa kat opis." "Ntah la Bob? Aku pun tak tau la kenapa dia bercerita kat aku pulak? Mungkin sebab dia tertekan sangat kot... Sebab angah adik dia tu dah balik ke asrama semula... tinggal la dia sorang-sorang kat rumah... tu yang dia tertekan kot... nak luahkan tekanan...." "Maybe yes, maybe not." "Lor.. Kenapa maybe not pulak?" "Lu pikir la sendiri Joe... Nanti lu mesti dapat agak apa yang gua pikirkan skrang ni..." "Suka hati ko la nak... Ko dah besar... Janji ko senang hati sudah... Tak kuasa aku nak layan...."

Itu jerk puncanya di miss called aku sampai 14 kali. Nasib tak sampai sepuluh ratus kali dia call aku.... Huhu... Aku cuba la nasihat kan ko... tapi ko pikir sendiri la shah... Sebab kes kawan bangsat kawan ni aku dah terlalu banyak kali terkena... dah masak dah dengan perangai spesis yang macam tu... Yang penting niat kita berkawan tu biar jujur dan ikhlas... Pasti ada hikmah apa yang berlaku... Tuhan nak mengajar ko Shah bahawa tak semua orang boleh percaya. Tapi tuhan tak turunkan wahyu macam nabi dapat wahyu tu kat ko. Tapi dengan cara macam ni tu lah tuhan turun kan ilmu pada ko. Belajar lah dari pengalaman. Kerana pengalaman adalah guru yang terbaik untuk diri sendiri. Ilmu kehidupan tak pernah diajar di mana-mana. Tapi kita tetap kene belajar. Hurm~~ Manusia.. memang macam-macam perangai.... Letih kalo nak describe manusia punya perangai... Pandai-pandai hidup kalo tak nak kene pijak....