Dimana aku sekarang?

Hari nie aku tersangkut kat KL. Semuanya gara-gara boss aku yang punya angkara. Apa boleh buat... salah orang lain aku yang menjadi mangsa. Inilah dunia. Mungkin ada hikmah disebalik perkara yang berlaku ni. Aku redha. Petang yang damai ni aku lepak kat rumah jerk. Terkenangkan pagi tadi aku tak dapat ke pejabat disebabkan kepala yang teramat sakit dan mood yang tiada untuk bekerja. Angah dan acik demam kat KL nie. Risau pulak aku dibuatnya. Kenapa ye orang di KL ni agak gelojoh mengejar duit? Mungkin kerana faktor-faktor kehidupan dan keperluan hidup. Tapi kenapa pulak ada yang sanggup menyusahkan dan memijak orang lain? Malah ada pulak yang sanggup tikam belakang kawan-kawan. Abah selalu berpesan, "along kalo kita nak hidup, kita jangan menipu dan menabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Kerana itu akan menyusahkan diri kita sendiri dikemudian hari." Hem... sekarang ni baru aku paham apa makna yang tersirat disebalik kata-kata abah tue. Dunia nie terlalu luas untuk kita manusia melangkah. Terlalu penat untuk kita berlari. Apa yang Allah ciptakan ni semuanya ada tujuannya. Pernah ke aku mengingatiNya? Pernah ke aku mensyukuri dengan nikmatNya?

Manusia sentiasa lalai dengan dunia,
Sedangkan kehidupan yang kekal abadi semakin hampir dengan kita,
Sedarkah kita semua?
Masa tidak akan menunggu kita,
Tapi... dapatkah kita mengejar masa?

Singgah sekejap

Kenapa letih sangat hari nie??? Aku rasa ke'blur'an... Mmmm... Hari minggu ni aku tido dari pukul 8 pagi hingga ke 1 petang... Letih membuat kerja sehingga subuh... Kerja kerja kerja... Selagi tak tutup mata selagi tu la kerja... Aku cuba mencari keredhaan Allah yang besar dalam segala pekerjaan yang aku lakukan... Semoga hidup ini dimurahkan rezeki dan perjalanan hidup di permudahkan...

Selamat berusaha!!

Adoi.........

Penat giler bergerak kesana sini.... Kusut kepala aku mengenangkan masih menimbun kerja. Mungkin inilah lumrah hidup. Alangkah best nyer kalo aku dapat pulang kemasa ku kecil... mungkin aku tak mau menjadi dewasa seperti sekarang. Malam tadi aku keluar makan dengan nana. Best je semasa dalam perjalanan nak ketempat makan tu. Lupa segala masalah kerja. Hai la nana. Mungkin ko adalah anugerah tuhan untuk aku... Hehehe... Terperasan pulak aku nie...

Dah lah, baik aku siapkan kerja. Nanti kena hamuk pulak dengan bos.




Mulanya disini...

Hari ni aku mengantuk sangat. Rasa macam nak cari port yang cantik sikit nak pejamkan mata nie. Hem... Teringat aku kat mak abah yang sekarang di KL menghantar acik sambung belajar disalah sebuah IPTS disana. Bila la agaknya kerja-kerja aku ni nak selesai ek??? Menimbun-nimbun kerja yang diberikan pada aku. Iskh, mata nie asyik nak tertutup jerk... Penat aku menahan ngantuk...

Musnahlah segala harapan,
Punahlah segala perancangan,
Perit berganti tiada henti,
Melanda diriku ini....

the suspect aka - kesamaran

Tengah melayan kepala yang kepenatan berfikir dan terus berfikir tanpa henti untuk menyelesaikan kerja yang tak pernah tamat...
Cuaca agak mendung aku tengok kat luar tu... Aku dah semakin layu la pulak... Iskh, bangun beb!!! Aku kene kuat, kene selesaikan segala amanah yang dipertanggungjawabkan...

Arwah Atuk slaloo berpesan;

Hidup ini adalah perjalanan yang singkat,
Segala yang hidup telah berjanji untuk menjadi hamba yang terbaik di bumi ini,
Telah berjanji untuk memikul amanah,
Sebagai Khalifah Allah, sebagai ketua keluarga, sebagai pemimpin negara,
dan yang paling penting sebagai ketua pada diri sendiri...
Tetapi apa yang aku nampak yang banyak berlaku sekarang...
Amanah itu hanya sekadar barang perhiasan untuk menunjuk kuasa yang dimiliki,
Menunaikan segala amanah dengan tak sempurna, sekadar melepaskan batuk ditangga.
Tidakah mereka sedar bahawa amanah itu akan dipersoalkan didalam kubur itu nanti??
Maka, tunaikanlah amanah dengan ikhlas,
Seandainya diri itu tak mampu, maka janganlah mencari nahas untuk memikul amanah...

Itulah kata-kata arwah yang masih aku pegang hingga sekarang... Dengan nada yang lembut tapi penuh nasihat yang berguna.

3.48 pm, lama lagi nak balik... aku semakin layu...