Aku tetap aku

"Hati-hati bawak kete tu long." "InsyaAllah." "Ok kak, along balik dulu. Keje elok-elok, jaga ummi baik-baik." "Ye." "Assalamualaikum." "Wa'alaikumsalam."

Lega rasanya bila dah tengok sendiri ummi kat kampung. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. Sekarang sampai masanya aku pikirkan diri aku sendiri. Kerja yang melambak-lambak kat KL tu... Adoi.... malasnya aku nak balik. Ni la akibat dah bercuti dan balik ke kampung. Rasa malas jerk nak kerja semula... Tapi kalo tak kerja tak de duit plak aku nak makan. Nak beli rokok pun tak lepas. Tetiba... Radio memutarkan lagu ni la plak...

"Sesuatu dalam hatiku berkata,
Hari ini bagai untuk selamanya,
Dan kau katakan ini semua sementara,
Di hari esok ‘kan kembali ke asal-Nya,

Pada malam bintang berkelipan,
Aku terpesona dengan keindahan,
Yang Tuhan ciptakan,
Gadis yang jelita, lelaki menawan,
Oh indah dunia,
Yang Tuhan ciptakan.."

Layan seyh... Walaupun mereka dari kalangan member-member masa aku ligat dengan scene muzik independent kat JB dulu, tapi mereka dah pergi jauh dalam industri muzik ni. Aku jerk yang tercicir dan tak berjaya. Aku nak tegur pun agak terasa segan. Pada aku... itu semua bahagian dan rezeki masing-masing. Ada hikmahnya setiap yang berlaku. Hanya terserah pada kita ni hambaNya untuk berfikir dari sudut positif atau negatif.

Arwah abah pernah pesan, "Setiap yang berlaku jangan dikesali. Amiklah ia dari sudut yang positif. Kita ni manusia yang dikurniakan akal. Allah tak akan turunkan sesuatu kepada hambanya seandainya hambanya itu tak mampu untuk menggalas." Dan mungkin kerana itu jugalah Allah mengambil arwah abah, mungkin kerana Allah tahu yang aku ni mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai abang dah ayah kepada adik-adik aku. Dan akhirnya apa yang berlaku pada aku sekarang, itu lah aku.

Pada aku secara peribadinya, manusia tak akan sedar kemampuan diri sendiri selagi dia tak menghadapi dan tak menempuhi apa yang ada didepan matanya. Sekiranya manusia hanya berkata, "Aku tak tau ar!" atau "Aku pening ar!" atau "Aku tak berani ar!" sampai bila-bila la manusia itu tak akan berhijrah tahap pemikirannya. Maka cara yang terbaik, ada otak ada akal pikir sewaras-warasnya dan lalui apa yang terbentang dihadapan mata. Jangan biarkan akal pikiran itu hanya bergantung pada fakta dan sesuatu yang nyata. Sesekali latih lah akal kita tu memikirkan sesuatu yang abstrak dan berfikirlah diluar kotak. Pernah aku terdengar seorang sahabat bercerita, bahawa ada seorang ilmuwan Islam buntu mencari penyelesaian terhadap masalah yang beliau hadapi. Sehinggakan beliau terpikir satu cara, tetapi beliau tak berani dan ragu-ragu sama ada kaedah itu boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalahnya atau tidak. Dan beliau tertidur dan bermimpi, beliau berjalan di satu lorong, tetiba dihadapan beliau lorong tersebut telah menjadi gelap gelita. Akhirnya beliau berpatah balik. Semasa beliau pusing untuk balik, ada seorang hamba ni bertanya padanya, "Mengapa tuan hamba berpatah balik?" beliau pun menjawab, "Bagaimana hamba mahu berjalan di lorong yang segelap itu?" maka jawapan yang dia terima adalah, "tuan hamba kenelah lalu dulu, jika tak lalu lorong itu tetap akan gelap." Setelah terjaga dari mimpinya, maka lelaki tersebut pun lakukan lah kerjanya dengan kaedah yang dia tak pasti tadi. Dan akhirnya, memang kaedah itulah penyelesaian kepada masalahnya.

Dan itu jugalah yang berlaku pada aku. Sekarang ni hidup aku hanya lakukan apa sahaja yang aku perlu lakukan. Berjaya atau tidak itu soal kedua. Janji aku tak berputus asa dan tetap terus mencuba. Kerana aku yakin, Allah menjadikan sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Dan orang yang pikir terlalu banyak alasan adalah orang yang gagal. Orang yang selalu memikirkan sesuatu itu penuh dengan kesukaran adalah orang yang tak pernah berfikir diluar kotak. Yang dia tau hanyalah memikirkan alasan dan terus mereka alasan. Dan tetaplah mereka itu tanpa ada penghijrahan akal pikiran. Dan teruslah ketinggalan di hujung lorong yang terang kerana tak berani untuk melangkah kaki ke lorong yang gelap.

Akhirnya... Sampai gak aku kat KL.... Tiba-tiba... "trutttt... truttt... truttt..."