Pulang ke pangkal jalan.

"Assalamualaikum" "Wa'alaikumsalam, Pukul berapa dari KL tu?" "Pukul 1 tadi. Ni untuk ummi." "Terima Kasih." "Lapar ar mi. Mi masak apa?" "Masak biasa-biasa jerk." Hurm...~ tenang jerk suasana petang kat rumah ni. Walaupun ummi tinggal dikawasan taman perumahan, tapi keadaan persekitaran sunyi jerk. "Uda balik keje pukul berapa mi?" "Jap lagi balik la tu... Biasanya dalam pukul 5.30 dia dah sampai dah." "Owh... Kete arwah abah tu ada apa-apa masalah ke mi?" "Alhamdulillah... tak de apa yang rosaknya. Itu la hikmah arwah abah sempat baiki beberapa hari sebelum dia meninggal. Macam tau-tau jerk dia nak tinggalkan kita. Semua sempat dia buat. Tu la yang mi sedih sangat. Sebak jerk hati ummi setiap kali tengok kete tu. Teringat kenangan masa hidup dengan arwah." "Sabarlah mi... Allah sayangkan arwah. Biarlah arwah rehat dengan tenang."

Walaupun dah lama arwah meninggalkan kami sekeluarga, tapi kami masih lagi dapat rasakan yang arwah masih lagi ada bersama-sama kami. "Along sayangkan abah..." Itulah yang masih aku ingat semasa aku di bilik mayat. Itulah yang aku bisikan ditelinga arwah semasa arwah terlantar kejung.
"Assalamualaikum..." "Wa'alaikumsalam..." "Hai long... Balik se
nyap-senyap jerk ni... Tak bagi tau akak pun?" "Eles, akak sibuk keje... malas along nak kaco..." Ni lah telatah adik aku yang no 3 si uda.... Manjanya dengan aku tak sudah-sudah dibawaknya sampai kebesar. Walaupun dia adik... Tapi dia perempuan sulong dalam adik beradik aku... So... kami dah terbiasa membahasakan diri dia akak. "Keje macam ne kak? Ok ke?" "Ok jerk.... Macam tu la..." "Along nak ziarah kubur arwah abah. Nak ikut tak?" "Tak pe la... Semalam akak dengan mak dah gi dah..." "Ok la kalo macam tu... Cangkul kat ne?" "Ada kat depan tu." "Assalamualaikum abah. Along datang ni." "Al-Fatihah~" Sunyi jerk kawasan ni. Hanya kedengaran suara budak-budak bermain futsal di gelanggang yang berhampiran. Tiba-tiba hati aku terasa sayu jerk. Mungkin kerana aku terlalu rindukan arwah agaknya. Tak semena-mena air mata aku bergenang. Aku masih lagi menaikan tanah kubur arwah abah yang turun akibat hujan. Doa aku agar arwah abah ditempatkan dikalangan kekasih Allah. Dilapangkanlah kubur arwah. Dipermudahkanlah perjalanan kehidupan arwah dialam kubur. Amin~. Hampir setengah jam aku kat situ. Hari pun dah gelap. Sekejap lagi magrhib dah. "Abah... Along balik dulu ye... Assalamualaikum..."

"Long kenapa termenung?" "Tak de apa mi..." "Meh makan... Uda...
makan ni..." "Ok... jap..." "Bila along balik KL?" "Hari ahad petang kot... Ikut mood la..." "Keje macam ner long?" "Macam biasa jerk mi..." "Along... ko ni bila nak bawak balik hadiah untuk aku?" "Ha? Hadiah apa bendanya? Kan bufday ko lama lagi?" "Eles... Ko ni buat-buat tak faham plak... Bosan ar along ni mi... Kita kat sini nak gak terasa bermain-main dengan budak kecik... Tapi along tak mo bagi la mi... Akak bosan ni tak de kawan kat rumah." "Budak kecik? Ko kawan la dengan ummi." "Tengok tu mi... dia buat-buat tak faham plak... Harap jerk blajor tinggi-tinggi... benda-benda macam ni dia buat-buat tak reti jerk...." "Dah-dah... korang ni kalo dah berjumpa... asik nak menyakat jerk.... makan dulu abiskan." Bukan aku tak faham... tapi hati ni masih belum sampai seru lagi. Siapalah gerangannya si dia itu?