Egokah Aku?

Sunyi pulak pagi ni... Fuh...~ berkepul asap rokok aku hembuskan... "Ya~ selamat pagi anda bersama saya Najman di Sinar Fm. Pagi ini mari kita kupaskan topik pagi sinar yang bertajuk ego. Siapa lagi ego? Lelaki atau perempuan?" Sambil melayan radio dan minum milo panas aku menyandar malas di sofa yang aku beli hujung tahun lepas. Hurm... Ego ek? Agak best gak tajuk tu...

Kerana ego manusia bertelagah,
Kerana ego manusia bersatu,
Kerana ego manusia kecewa,
Kerana ego manusia berjaya,

Pada aku lelaki atau perempuan siapa yang lagi ego tak penting. Yang penting bagaimana kita mengawal keegoan kita. Biar kerana ego kita berjaya jangan kerana ego kita kecewa dan menyesal. Dari perkataan ego tu aku terfikir beberapa persoalan.

Kenapa manusia tak pernah sedar yang singkatnya masa didunia ini?
Kenapa manusia tak pernah belajar untuk menghargai?
Kenapa manusia selalu sahaja terlajak kata dan laku?
Kenapa manusia mudah sahaja lupa?

Manusia satu-satunya hamba yang dikurniakan akal dan nafsu.
Tetapi kenapa sahaja nafsu yang menjadi penghulu di dalam diri?
Jangan sampai kita kehilangan sesuatu itu baru kita sedar akan kewujudannya.
Kenapa tidak dari dulu kita hargai kewujudannya di sisi kita?
Perlukah sehingga kita diberitahu akan kewujudannya di sisi kita?
Kalau diberi peluang kedua untuk kita bersamanya adakah kita akan menghargainya?
Mungkin juga kerana ego kita akan mengulangi perkara yang sama dan akhirnya menyesal kehilangannya untuk kali kedua.
Belajarlah menghargai.

Manusia sentiasa inginkan teman, sahabat, kawan dan kekasih. Tetapi kenapa bila mereka ada semua itu mereka tak tau untuk menghargai? Mungkin si dia tidak akan berkata-kata tentang perasaannya terhadap kita. Tetapi butakah kita untuk membuat penilaian tentang perasaan kasih dan sayangnya terhadap kita, diatas setiap apa yang dilakukan buat kita? Kenapakah kita masih tak tau untuk menghargai kewujudannya di sisi kita? Perlukah sehingga si dia pergi tak kembali baru kita sedar akan kewujudan dirinya? Kenapa kita perlu mencari kasih sayang yang jauh sedangkan yang dihadapan mata ada menanti? Untuk kali keberapakah kita mempersia-siakan kewujudan insan yang menyayangi kita? Kenapa manusia begitu ego sehingga akhirnya menyesal sendiri? Kita tidak akan berjumpa dengan pelengkap kehidupan kita yang sebenar seandainya kita tidak berjumpa dengan yang salah terlebih dahulu. Kita juga tidak akan berjumpa dengan pelengkap hidup itu seandainya kita tidak pernah menghargai kewujudannya. Sememangnya jodoh itu telah ditetapkan sejak azali lagi, sama seperti rezeki. Tetapi seandainya kita tidak pernah cuba untuk mencari jodoh kita... maka janganlah kita hanya berserah pada takdir. Kenapa kita mampu berusaha mencari rezeki walaupun rezeki kita telah ditetapkan sejak azali lagi. Tetapi kenapa tidak jodoh? Jawapannya hanya kita sahaja yang tahu. Tepuk dada tanya diri. Belajarlah menghargai kehadiran sesiapa sahaja di sisi agar kita tidak menyesal setelah pemergiannya nanti.

"Assalamualaikum..." Eh~ tertido rupanya. "Wa'alaikumsalam..." Sapa plak yang bagi salam pepagi ni... Eh?

Aku bersyukur sangat...

Saatku terjaga redupku merenungnya senyuman tercipta,
Dan sudah ditawan segala cabaran segala dugaan,
Dan sudah dirasa sudah dibina impian kita,
Di puncak dunia, disini kita akhirnya sampai jua,
Tapi semua hanyalah sementara,
Tiada yang kan kekal selamanya,

Terima kasih semua,
Syukur ku pada yang Esa,
Kerna ku masih berdiri, sendiri tuk diri ini,
Telah ku katakan semua,
Telah ku tunaikan semua,
Tibanya masa untuk ku, bersama diri ku, untuk diri ku,

:: The Official - Terima Kasih Semua ::

Hurm~ Malam-malam ni layan pulak lelagu macam ni. Mendalam maksud lagu ni pada diri sendiri. Syukur aku pada Illahi kerana masih diberi kesempatan menikmati kehidupan yang agak-agak lepas makan untuk diri sendiri jerk. Sambil mengadap kertas kerja yang bersepah di atas meja. Aku terkenangkan kata-kata ummi, "Kerja yang diberi itu amanah. Kepercayaan yang orang berikan jangan dipersia-siakan. Yang paling penting kena jujur jangan menipu. Insyaallah jauh mana pun, along merantau ditempat orang pasti selamat." Lembut kata-kata ummi tu. Itu lah yang aku pegang sehingga ke hari ini. Itu lah satu-satunya ummi ku yang tiada insan lain mampu menggantikan tempatnya di hati ku. Along sayang ummi.

Sambil melayan lagu-lagu The Official aku mulakan langkah pertama dengan membuka folio hijau yang diberikan kepada aku kelmarin. Aku baca setiap apa yang tercatat di situ. Sambil menekan papan kekunci di komputer riba memulakan kerja.

Fuh~! Diam-diam siap jugak kerja aku ni. Tersenyum sendirian dan... "Dah pukul 11 rupanya." Aku melangkah malas ke dapur bancuh Nescafe 3 in 1 aku tu. Tinggal 1 bungkus jerk rupanya. Esok kene berbelanja gak. Sambil menyemak apa lagi yang perlu aku beli hari esok.

Suhu badan Lan dah kurang dah. Dia pun dah di tempatkan di wad biasa jerk. Lan kene demam panas rupanya. Teruk jugak rupanya kalo dah besor-besor macam ni kene demam panas. Eh, tiba-tiba fikiran aku melayang pulak teringatkan Faizal yang berada di HSA JB. Ntah apa kabar ntah sahabat aku sorang tu. Hari tu sebelum puasa aku dapat berita mengejut dari Wak yang menyatakan Faizal pengsan ditempat kerja. Doktor kata dia demam panas, selang beberapa hari lepas itu doktor beritahu bahawa Faizal dijangkiti Leukaemia. Punya terkejut aku mendengar berita tu. Terus aku menadah tangan dan mendoakan supaya Faizal diberi peluang seperti aku untuk terus bernafas dibumi ini.

Sambil menghirup Nescafe aku berdiri di balkoni, menghembuskan asap rokok. Aku lihat dari tingkat 16 rumah ku, betapa besarnya rahmat Allah kepada aku sebagai manusia. Terasa insaf sekejap. Pernahkah aku terfikir betapa ajaib dan magic nya kejadian manusia. Antara magic yang tak mampu dilakukan oleh David Blane atau pun David Copperfield adalah magic kejadian manusia. Dari setitis air mani dan akhirnya jadi manusia.... Jadilah aku dan mereka-mereka tu semua. Mana ada magician yang mampu buat begitu? Buat seks pandailah... "Hahaha...~"
tersenyum sendirian. Kagum aku dengan kuasa Maha Pencipta. Subhannallah~

"Woi! Apa senyum sorang-sorang tu. Giler ke apa?" "Lor... ko mangkuk... Terkezut aku. Lain kali bagi salam. Jangan sergah-sergah dari belakang. Kang aku kaki kang. Baru ko ada adab. Hehehe..." "Yelah~ ko tu... tersengih sorang-sorang kat situ dah kenapa? Buang tebiat." "Bila ko balik? Aku tak dengar pun ko bukak pintu. Ko ni macam mencuri kat rumah sendiri plak." "Ko tu ha... dah berangan.... Dunia nak kiamat pun ko masih tercongok kat situ macam patung sami buddha kat topekong cina tu... Pukul 12.15 tadi aku sampai. Ha!.. Lan apa cerita?" "Dia dah masuk wad biasa dah. Demam panas jerk doktor kata. Nasib baik tak jadi apa-apa." "Joe, esok aku outstation gi Sabah. Ada meeting. So, aku nak tido dulu ni. Penat. Ko tu jaga rumah bebaik bila aku tak de. Jangan bawak chikaro sudah la..." "Kalo aku bawak ko bukannya tau kan bob? hehehehe~~~" "Memang aku tak tau... Tapi Allah tau..." "Ala... gurau tak bleh... tak bleh gurau dok surau ar... Dah ar... pi tido ar... Potong stim ar ko ni... aku tengah syok layan perasaan ni..."

Hurm~ dah 1.30 rupanya... Baik aku tido... Kalo tak liat pulak nak bangkit subuh esok... Esok bukak mata kerja... kerja dan terus kerja....

Hidup & Sejarah

"PINNNN!!!! TINNNNN!!! Woi, bawak moto elok-elok ar!" Pergh... Ini lah keadaan di bandar metropolian Kuala Lumpur. Pagi ni LRT masih lagi mcm 'sardin'. Aku yang penuh mamai pepagi ni dikejutkan dengan berita Lan dimasukan ke hospital. Suhu badannya mencecah 40 darjah celcius. Aku doakan kau cepat sembuh Lan.

Sedang aku berjalan dihadapan plaza seni, aku disapa, "Assalamualaikum" aku toleh ke kanan ku, "Wa'alaikumsalam, eh Nana. Terlambat gi keje gak ke hari ni?" Sambil tergelak, "Biasalah... Hari Isnin... memang macam ni. Malas jerk nak bangkit pagi gi keje.... Yang you ni pulak macam
Zombie tak cukup zat kenapa?" Eh?! "I macam you gak la... mengalami masalah yang sama untuk hari Isnin" Perbualan abis kat situ jerk di sebabkan pagi Isnin otak ku yang agak slow ni... tak de idea dan topik untuk aku bicarakan.

Di pejabat keadaan masih macam biasa. Aku masih lagi melakukan rutin harian ku. "Karkkerukkk!!!" Perut aku dah memainkan lagu
Nothing Else Metter dah ni... Tu maknanya aku kene isi tangki dulu... Baru boleh sambung kerja...

Sambil minum Nescafe panas yang aku buat tadi aku meneliti akhbar utusan on-line. Hurm... Tak de berita lain... Politik Malaysia yang makin pincang, kemalangan kematian, jenayah yang tak pernah kurang kat Malaysia ni dan harapan poyo pasukan bola sepak Malaysia yang umpama asap rokok.

Sejarah pernah menjulang nama Malaysia suatu ketika dulu. Arwah atuk pernah berkata, "Apa yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah untuk hari esok. Adakah kita hidup untuk mengukir sejarah atau kerana sejarah kita hidup?" umur aku masih lagi 13 tahun, memang agak mustahil untuk aku faham kata-kata tu. Tapi kini mungkin aku agak mengerti apa yang arwah cuba sampaikan tu....

Satu hari bekerja dah tamat. Petang ni aku ingat nak pergi ziarah Lan. Tapi aku tengok kat langit tu... Kapas-kapas mendung dah mula berada diatas kepala aku. Lebih baik aku cepat sebelum aku mandi di khalayak ramai ni. Dah la payung tak de ni. "Graoummm!!!!" Dia dah bunyi dah..... Dah mula gugur dah...

Pagi yang terang

Dalam lambakan kerja ni masih sempat aku melelapkan mata. He~ Bos tak de la katakan... Hurm~~~ pagi-pagi ni dah panas. Mungkin hujan kot petang ni... Lepas punch card jerk cepat-cepat aku cabut pi stall mamak kat hujung jalan tu. "Pergh... Pekena roti sardin pun best gak ni... Ane' roti sardin satu! Horlicks Ais satu!", "Orite siap!" balas ane' sambil tersengeh tengok kearah aku... Hari ni terasa lepak la pulak. Boleh la pulak lrt hari ni sesak macam dalam tin sardin gak. Biasanya tak macam ni. "Hai, minum tak ajak kita pun.", satu suara yang agak aku familiar. "Eh, nana rupanya. Macam mana u boleh ada kat sini?" sapa aku memulakan bicara, walaupun agak terkejut.

"I ada urusan kat kedai photostats tu, nie ha berlambak pulak dokumen yang bos I suruh photostats ni." sambil menunjukan dokumen di tangannya.

"Nana nak join ke?", "Tak pe la, u minum dulu, nana pi settle keje nana jap. Kalo sempat nana singgah ek." perbualan kami mati disitu.

Jam dah menunjukan 10 pagi, bermakna dah sejam aku kat mamak ni. Aku ingat aku kene jumpa client dulu la. Takut-takut petang ni hujan pulak. Biasanya macam tu la... Pagi panas macam nak rak... Tup tup petang hujan pulak. Sementara panas ni baik aku pi jumpa client ni dulu. Settle keje dulu beb... Amanah tu bakal di tanyakan dalam kubur nanti. "Mamak, kasik kira. Aku nak blah dah nie." ~

Semua tu ada hikmah-Nya


Minggu ini baru la rasa sihat sikit, setelah 3 minggu aku menikmati rasa sakit perut yang teramat sangat. Rindu pulak aku kat rakan semasa di kolej dulu. Pagi ini, hujan melanda area rumah ku. Agak menarik cuaca ni. Mata aku semakin layu dan kuyu.

Jap lagi mereka nak keluar makan. Aku ingat nak ikut gak la... "Ha, makan kat mana da?" , "Kat tempat biasa la..."balas si da. "Orite!"

Sementara itu aku duduk kat tingkap sekejap amik udara dingin akibat hujan yang melanda. Nasib baik hari ni tak de kene pi memana. Penat gak nak kluar kalo hujan-hujan nie.

Teringat kisah malam tadi. Aku kuar berjumpa dengan nana, membincangkan masalah yang melanda pada dirinya. Dengan separa minda ku berada di pejabat, aku cuba juga untuk menyelesaikan masalah orang lain. Nana berpuas hati dengan pandangan yang aku berikan. Kami singgah di area Kempas Lama untuk makan sup panas. berselera aku tengok nana makan selepas dia menerima pandangan aku. Aku hanya tersenyum kelat jerk. Semasa dalam perjalanan menghantar nana pulang, sempat aku katakan,"sudah la... tak payah tension-tension lagi... Kita amik positif semuanya yang terjadi ada hikmahnya. Sebagai manusia kita berusaha agar apa yang diusahakan akan dimiliki." Dia tersenyum tanda faham.

Tiba-tiba...!









"Woi geng! Jauh kelamun. Awek mana plak ko mimpi tadi malam?" Sambil tersenyum sinis menyindir aku. "Mana ada awek?", balas ku. "Jom! masa dah time ni... nak pi makan tak?" Da mengajak aku. Aku mengikut jek langkah si Da tu... secara tak sengaja aku tersenyum sendirian teringatkan kata-kata Da tadi.