Sebakkah Aku?

"Hello." "Ha, Bob." "Joe, ko kat mana Joe?" "Aku baru sampai Bandai Tasek Selatan ni. Apa hal?" "Ko terus ke HUKM Joe." "Apa kes?" "Ko datang jerk la kebahagian kecemasan." "Sekarang ke?" "Ha'a" "Ok-ok" Apa hal pulak si Bob ni? Cemas jerk suara. Dia langgar orang ke? Aku rasa tak mungkin. Sebab dia ni memang seorang yg cepat bawak kereta. Kenapa la hati aku yang pulak terasa duk dap duk dap ni?

"Hello mi, along dah sampai KL ni. Sekarang along on the way ke Hospital ni." "Hospital? Kenapa? Along eksiden ke?" "Tak de la mi, Bob tu tiba-tiba jek call suruh along pi HUKM katanya penting. Ok la mi, along tengah drive ni. Bye. Assalamualaikum." "Hati-hati wa'alaikumsalam"

Mana pulak si Bob ni? Tadi suruh aku datang sini. Aku dah sampai ni. Ko nak suruh aku tunggu berapa lama kat sini. "Joe. Jom ikut aku." "Apa cerita ni Bob? Cuba ko intro sikit kat aku Bob." "Ko ikut jerk ar. Jangan banyak bunyi." Adoi... lain macam jerk gayanya ni... Makin kuat la plak jantung aku berdegup. Muka si Bob ni pun nampak macam ada gaya baru lepas menangis. Tapi menangis style lelaki la... control macho. "Eh, Ni bilik jemput Jenazah ni! Apa kes ni Bob? Cuba ko cakap dengan aku." "Joe, ecah dah tak de." "Ha?" "Aku mimpi ke Bob? Ko jangan memain benda-benda macam ni Bob." "Betul Joe... Tu adik dia dan family dia. Ko gi la tanya." Ya Allah~ tak aku sangka. Rasa macam semalam baru aku berjumpa dengan dia. "Kenapa Bob? Macam mana semua ni berlaku? Apa puncanya?" "Tadi pagi... Dia ada call aku... Ko tau kan yang dia balik kampung?" "Tau." "Dia ada tanya pasal ko. Aku pun kata la yang ko pun ada kat kampung. Dia bertolak dalam pukul 1 petang dari kampung. Entah macam mana pukul 6 tadi aku dapat panggilan telefon dari bos aku yang mengatakan aishah ni masuk hospital." "Dia eksiden ke?" "Dia eksiden kat highway. Ada lori dari belakang yang hilang kawalan rempuh dia pastu Aishah ni mungkin hilang kawalan atau panik dia terus terbabas dan masuk dalam gaung." Adoi~ Mungkin salah aku kerana tak temani dia masa dia ajak aku hari tu. Maafkan aku aishah. Maafkan aku. Terasa bersalah, sebak apa yang telah menimpa diri Aishah.

Hari ini... Hari yang penuh kesedihan dan kesyahduan.

Pertemuan, Perpisahan
Kelahiran, Kematian
Kekayaan, Kemiskinan
Kesihatan, Keuzuran
Inilah lumrah alam
Yang hidup pasti akan mati
Pernahkah kita sedar
Atau adakah kita hanya akan sedar bila diri ditimpa musibah?
Sedar la anak cucu Adam
Sesungguhnya Allah telah menciptakan alam ini berpasang-pasangan
Lelaki dan perempuan
7 petala Langit dan 7 lapisan tanah
Matahari dan bulan
Siang dan malam
Hidup dan mati
Pulanglah kepada Maha Pencipta dengan hati dan jiwa yang tenang
wahai Umat Manusia.


Kepada yang telah pergi, Al-Fatihah~

Aku tetap aku

"Hati-hati bawak kete tu long." "InsyaAllah." "Ok kak, along balik dulu. Keje elok-elok, jaga ummi baik-baik." "Ye." "Assalamualaikum." "Wa'alaikumsalam."

Lega rasanya bila dah tengok sendiri ummi kat kampung. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. Sekarang sampai masanya aku pikirkan diri aku sendiri. Kerja yang melambak-lambak kat KL tu... Adoi.... malasnya aku nak balik. Ni la akibat dah bercuti dan balik ke kampung. Rasa malas jerk nak kerja semula... Tapi kalo tak kerja tak de duit plak aku nak makan. Nak beli rokok pun tak lepas. Tetiba... Radio memutarkan lagu ni la plak...

"Sesuatu dalam hatiku berkata,
Hari ini bagai untuk selamanya,
Dan kau katakan ini semua sementara,
Di hari esok ‘kan kembali ke asal-Nya,

Pada malam bintang berkelipan,
Aku terpesona dengan keindahan,
Yang Tuhan ciptakan,
Gadis yang jelita, lelaki menawan,
Oh indah dunia,
Yang Tuhan ciptakan.."

Layan seyh... Walaupun mereka dari kalangan member-member masa aku ligat dengan scene muzik independent kat JB dulu, tapi mereka dah pergi jauh dalam industri muzik ni. Aku jerk yang tercicir dan tak berjaya. Aku nak tegur pun agak terasa segan. Pada aku... itu semua bahagian dan rezeki masing-masing. Ada hikmahnya setiap yang berlaku. Hanya terserah pada kita ni hambaNya untuk berfikir dari sudut positif atau negatif.

Arwah abah pernah pesan, "Setiap yang berlaku jangan dikesali. Amiklah ia dari sudut yang positif. Kita ni manusia yang dikurniakan akal. Allah tak akan turunkan sesuatu kepada hambanya seandainya hambanya itu tak mampu untuk menggalas." Dan mungkin kerana itu jugalah Allah mengambil arwah abah, mungkin kerana Allah tahu yang aku ni mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai abang dah ayah kepada adik-adik aku. Dan akhirnya apa yang berlaku pada aku sekarang, itu lah aku.

Pada aku secara peribadinya, manusia tak akan sedar kemampuan diri sendiri selagi dia tak menghadapi dan tak menempuhi apa yang ada didepan matanya. Sekiranya manusia hanya berkata, "Aku tak tau ar!" atau "Aku pening ar!" atau "Aku tak berani ar!" sampai bila-bila la manusia itu tak akan berhijrah tahap pemikirannya. Maka cara yang terbaik, ada otak ada akal pikir sewaras-warasnya dan lalui apa yang terbentang dihadapan mata. Jangan biarkan akal pikiran itu hanya bergantung pada fakta dan sesuatu yang nyata. Sesekali latih lah akal kita tu memikirkan sesuatu yang abstrak dan berfikirlah diluar kotak. Pernah aku terdengar seorang sahabat bercerita, bahawa ada seorang ilmuwan Islam buntu mencari penyelesaian terhadap masalah yang beliau hadapi. Sehinggakan beliau terpikir satu cara, tetapi beliau tak berani dan ragu-ragu sama ada kaedah itu boleh diguna pakai untuk menyelesaikan masalahnya atau tidak. Dan beliau tertidur dan bermimpi, beliau berjalan di satu lorong, tetiba dihadapan beliau lorong tersebut telah menjadi gelap gelita. Akhirnya beliau berpatah balik. Semasa beliau pusing untuk balik, ada seorang hamba ni bertanya padanya, "Mengapa tuan hamba berpatah balik?" beliau pun menjawab, "Bagaimana hamba mahu berjalan di lorong yang segelap itu?" maka jawapan yang dia terima adalah, "tuan hamba kenelah lalu dulu, jika tak lalu lorong itu tetap akan gelap." Setelah terjaga dari mimpinya, maka lelaki tersebut pun lakukan lah kerjanya dengan kaedah yang dia tak pasti tadi. Dan akhirnya, memang kaedah itulah penyelesaian kepada masalahnya.

Dan itu jugalah yang berlaku pada aku. Sekarang ni hidup aku hanya lakukan apa sahaja yang aku perlu lakukan. Berjaya atau tidak itu soal kedua. Janji aku tak berputus asa dan tetap terus mencuba. Kerana aku yakin, Allah menjadikan sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Dan orang yang pikir terlalu banyak alasan adalah orang yang gagal. Orang yang selalu memikirkan sesuatu itu penuh dengan kesukaran adalah orang yang tak pernah berfikir diluar kotak. Yang dia tau hanyalah memikirkan alasan dan terus mereka alasan. Dan tetaplah mereka itu tanpa ada penghijrahan akal pikiran. Dan teruslah ketinggalan di hujung lorong yang terang kerana tak berani untuk melangkah kaki ke lorong yang gelap.

Akhirnya... Sampai gak aku kat KL.... Tiba-tiba... "trutttt... truttt... truttt..."

Pulang ke pangkal jalan.

"Assalamualaikum" "Wa'alaikumsalam, Pukul berapa dari KL tu?" "Pukul 1 tadi. Ni untuk ummi." "Terima Kasih." "Lapar ar mi. Mi masak apa?" "Masak biasa-biasa jerk." Hurm...~ tenang jerk suasana petang kat rumah ni. Walaupun ummi tinggal dikawasan taman perumahan, tapi keadaan persekitaran sunyi jerk. "Uda balik keje pukul berapa mi?" "Jap lagi balik la tu... Biasanya dalam pukul 5.30 dia dah sampai dah." "Owh... Kete arwah abah tu ada apa-apa masalah ke mi?" "Alhamdulillah... tak de apa yang rosaknya. Itu la hikmah arwah abah sempat baiki beberapa hari sebelum dia meninggal. Macam tau-tau jerk dia nak tinggalkan kita. Semua sempat dia buat. Tu la yang mi sedih sangat. Sebak jerk hati ummi setiap kali tengok kete tu. Teringat kenangan masa hidup dengan arwah." "Sabarlah mi... Allah sayangkan arwah. Biarlah arwah rehat dengan tenang."

Walaupun dah lama arwah meninggalkan kami sekeluarga, tapi kami masih lagi dapat rasakan yang arwah masih lagi ada bersama-sama kami. "Along sayangkan abah..." Itulah yang masih aku ingat semasa aku di bilik mayat. Itulah yang aku bisikan ditelinga arwah semasa arwah terlantar kejung.
"Assalamualaikum..." "Wa'alaikumsalam..." "Hai long... Balik se
nyap-senyap jerk ni... Tak bagi tau akak pun?" "Eles, akak sibuk keje... malas along nak kaco..." Ni lah telatah adik aku yang no 3 si uda.... Manjanya dengan aku tak sudah-sudah dibawaknya sampai kebesar. Walaupun dia adik... Tapi dia perempuan sulong dalam adik beradik aku... So... kami dah terbiasa membahasakan diri dia akak. "Keje macam ne kak? Ok ke?" "Ok jerk.... Macam tu la..." "Along nak ziarah kubur arwah abah. Nak ikut tak?" "Tak pe la... Semalam akak dengan mak dah gi dah..." "Ok la kalo macam tu... Cangkul kat ne?" "Ada kat depan tu." "Assalamualaikum abah. Along datang ni." "Al-Fatihah~" Sunyi jerk kawasan ni. Hanya kedengaran suara budak-budak bermain futsal di gelanggang yang berhampiran. Tiba-tiba hati aku terasa sayu jerk. Mungkin kerana aku terlalu rindukan arwah agaknya. Tak semena-mena air mata aku bergenang. Aku masih lagi menaikan tanah kubur arwah abah yang turun akibat hujan. Doa aku agar arwah abah ditempatkan dikalangan kekasih Allah. Dilapangkanlah kubur arwah. Dipermudahkanlah perjalanan kehidupan arwah dialam kubur. Amin~. Hampir setengah jam aku kat situ. Hari pun dah gelap. Sekejap lagi magrhib dah. "Abah... Along balik dulu ye... Assalamualaikum..."

"Long kenapa termenung?" "Tak de apa mi..." "Meh makan... Uda...
makan ni..." "Ok... jap..." "Bila along balik KL?" "Hari ahad petang kot... Ikut mood la..." "Keje macam ner long?" "Macam biasa jerk mi..." "Along... ko ni bila nak bawak balik hadiah untuk aku?" "Ha? Hadiah apa bendanya? Kan bufday ko lama lagi?" "Eles... Ko ni buat-buat tak faham plak... Bosan ar along ni mi... Kita kat sini nak gak terasa bermain-main dengan budak kecik... Tapi along tak mo bagi la mi... Akak bosan ni tak de kawan kat rumah." "Budak kecik? Ko kawan la dengan ummi." "Tengok tu mi... dia buat-buat tak faham plak... Harap jerk blajor tinggi-tinggi... benda-benda macam ni dia buat-buat tak reti jerk...." "Dah-dah... korang ni kalo dah berjumpa... asik nak menyakat jerk.... makan dulu abiskan." Bukan aku tak faham... tapi hati ni masih belum sampai seru lagi. Siapalah gerangannya si dia itu?

Aku dan Blues~

Hidup memang penuh cabaran, tiada cabaran maka tiada kehidupan. "Ye encik. Dah siap. Esok ek? Ok. Assalamualaikum". Selesai satu kerja aku. Design ni boleh bagi kat dia esok. Seronok aku berurusan dengan encik zul. Kerja tak tertekan. Happy jerk rasanya. Ni berkat doa ummi kat kampung. Hmmmm... Rindu pulak aku pada ummi.

"Hello, Assalamualaikum ummi. Sihat?" "Wa'alaikumsalam, sihat... long sihat tak?" "Biasa jerk mi. Ummi tengah buat apa tu?" "Ummi tengah tengok TV. Siapa yang ada kat rumah tu?"
"Uda ada ni." "Angah, achik, adik tak balik ke mi?" "Minggu lepas angah dgn adik ada balik." "Uda kerja ok ke mi?" "Ok la kot. Buat masa ni dia jerk yang keje kat sini. Dia jerk tempat ummi bergantung nak bergerak kesana sini. Nak mintak tolong korang yang lain jauh." "Belanja dapur ummi cukup tak? Ummi nak duit?" "Cukup long... Ummi dengan uda jerk kat rumah ni. Bukan banyak pun kami makan." "Ummi ada apa-apa nak cakap lagi tak?" "Tak de." "Ok lah mi... Long nak solat Isyak dulu yer... Ummi jaga diri baik-baik tau. Along sayang ummi. Assalamualaikum ummi." "Wa'alaikumsalam."

Lega hati aku dapat tau ummi sihat. Ahh... Betapa Allah itu Maha Pengasih... Dengan hanya dengar suara ibu jerk aku dapat rasakan ketenangan. Aku bersyukur sangat dapat seorang ibu seperti ummi. Bilakah aku akan bertemu jodoh seorang perempuan seperti ummi. Lembut, penyayang, pengasih, tabah, sabar dan sentiasa tersenyum. Hmmm... Mungkin masih belum sampai seru untuk aku berumah tangga. Tak pe la. Mungkin suatu hari nanti sampai lah jodoh aku. Sentiasa aku menadah tangan memohon agar aku dipertemukan jodoh dengan insan yang boleh menerima aku dan keluarga aku seadanya.

Arwah abah mesti bahagia melihat anak-anaknya berjaya. Dan yang paling penting anak-anaknya dapat menjaga ummi mereka dengan baik. Lama dah aku tak pulang jenguk ummi. Minggu ni aku balik lah. Sebab payment pun dapat esok. Kira cantik la tu. Leh ajak ummi jenjalan. Tak sabar rasanya nak tunggu hujung minggu ni. Dah la... dari aku melayan blues... baik aku solat isyak dan terus tido. Esok pun dah ada appointment dengan encik zul. Nanti kalo lambat ke appointment tu tak dapat la duit gaji aku. Come on Joe...! Semangat sikit... Perasaan balik kampung berkobar kobar.... Heee...